Saturday, June 14, 2014

BAHAN TAKLIMAT KERJA KURSUS EKONOMI STPM (GATEWAY TO MINI RESEARCH PROJECT)

Assalamu alaikum dan salam sejahtera

Pelajar yang dikasihi,

Sedar tidak sedar, pelajar telah berada pada penggal ketiga pengajian prauniversiti tingkatan 6. Maknanya, pelajar hanya mempunyai lebih kurang 90 hari pertemuan secara rasmi untuk kuliah, tutorial, dan komponen pembelajaran yang lain. Lantas, gunakanlah kesempatan yang terhad ini untuk memburu impian, mengejar kecemerlangan dan membuktikan potensi sebagai personaliti unggul yang menyumbang terhadap kesejahteraan secara tuntas.

Bagi mata pelajaran ekonomi, pelajar telah pun selesai dengan kertas mikro pada penggal satu dan kertas makro pada penggal 2. Untuk penggal 3 ini, pelajar akan belajar Ekonomi Malaysia dan ditambah pula dengan kerja kursus yang akan dibincangkan sekarang.

Pelajar yang bijaksana sekalian,

Mungkin sekali sebahagian pelajar sudah pun memuat naik tema kerja kursus ekonomi tahun 2014 menerusi laman Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Pada kali ini, pelajar diberi pilihan sama ada hendak memilih tema imbangan akaun semasa Malaysia 2002 - 2010 secara kajian perpustakaan atau isu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) secara kajian lapangan. Dalam kata lain, pelajar perlu membuat keputusan sama ada hendak menggunakan data sekunder atau melakukan pengumpulan data primer.

Seperti yang sering ditegaskan bahawa pelajar prauniversiti hendaklah sentiasa akur terhadap prinsip 3C, iaitu cakna, cekap dan cermat. Dengan mengambil kira tempoh masa kira-kira dua bulan setengah dari sekarang untuk melengkapkan tugasan kerja kursus, termasuk pembentangan, pelajar tidak boleh sama sekali bertangguh atau sambil lewa dalam perancangan kerja kursus ekonomi. Kertas Ekonomi Malaysia pula diharapkan turut membantu sebagai input asas terhadap penulisan kerja kursus.

Pengalaman sebagai pelajar prauniversiti yang sibuk dan kesuntukan masa bukan perkara baharu lagi. Perasaan tertekan dan waktu yang terbatas untuk menikmati zaman penghujung remaja juga tidak dapat dielakkan. Begitulah mahalnya harga sebuah kejayaan yang menuntut banyak sekali pengorbanan kecil demi memperoleh kesenangan jangka panjang.

Pelajar yang dihormati,

Proses pertama pelaksanaan kerja kursus ialah menetapkan pilihan tema, lalu menyediakan tajuk untuk pertimbangan guru pembimbing, iaitu guru ekonomi masing-masing. Jumlah perkataan dalam tajuk seelok-eloknya antara enam hingga sepuluh patah perkataan sahaja. Tajuk yang telah diluluskan masih boleh diubah suai sehingga hampir selesai proses penulisan kerja kursus supaya sejajar dengan data yang telah dianalisis.

Bahagian latar belakang kajian memberikan gambaran umum tentang tajuk dan skop kajian. Penjelasan kata kunci utama (pemboleh ubah) yang digunakan diberi takrifan konsep ekonomi yang sah (rujukan autentik).  Data primer menghendaki huraian lokasi, ciri dan status pencapaian misalnya; data sekunder pula huraian ringkas sektor atau organisasi yang dikaji.

Pernyataan masalah
Bukan menceritakan kesukaran dalam melaksanakan kajian, tetapi isu kajian: huraian aspek / tumpuan kajian dan juga kepentingan kajian (nyatakan pihak yang beroleh manfaat daripada hasil kajian). Dalam kata lain, mengapakah kajian dijalankan? Untuk siapakah kajian ditujukan?

Objektif kajian
Minimum 2. Pertama menjurus tema secara umum seperti tinjauan bacaan (literature review). Kedua, data khusus yang hendak dikaji.

Kaedah kajian
Penjelasan cara mengumpul data: primer (pemerhatian, temu bual); sekunder (kajian perpustakaan). Kaedah analisis data juga diterangkan, termasuk rumus penghitungan, jika berkenaan.

Analisis data

Perbincangan dan cadangan

Kesimpulan dan penutup

Cara menulis rujukan

Lampiran

Abstrak / sinopsis

Penghargaan

Penjilidan

Pembentangan

...

...

...

...

...

...

5 comments:

  1. Asalamualaikukum cikgu..saya nak tanya,.saya merupakan student form 6 dlm jurusan kemanusiaan..sy ambil subject ekonomi,,cikgu,bolehkah bila saya mengambil degree di u nanti degree dlm bidang perubatan dan farmasi?saya minat sangat dengan bidang sains..harap cikgu bleh bantu..tq cikgu

    ReplyDelete
  2. asalamualaikum..maaf ckgu

    ReplyDelete
  3. W.salam,

    kena mohon UiTM diploma sains (menjurus kepada sains perubatan) @ ipts (misalnya diploma pusrawi, kemudian sambung MBBS, MD @ BSc (farmasi). jika stpm kemanusiaan, paling dekat dengan kerja di hospital ialah bidang psikologi klinikal.

    Wallahu a'lam ...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum cikgu...saya belajar sains tulen dari peringkat spm sehinggalah ke asasi. Namun selepas asasi saya merasakan yang saya kurang berminat dalam bidang sains walaupun result saya memuaskan. Jadi, saya memohon untuk sambung bachelor ekonomi walaupun sya x ada basic econs dan alhamdulillah sya dpt. tapi saya risau sbb ramai yg ckp kos ini x byk peluang pekerjaan dan ramai jugak yang mempersoalkan tindakan sya utk menukar bidang. Adakah saya dapat bersaing dgn pelajar2 lain yg sudah mempunyai basic dlm bidang ini dan bagaimana pula prospek kerjaya yang boleh saya terokai setelah tamat belajar? harap cikgu dpt mmbantu.

    ReplyDelete
  5. W.salam

    tahniah. pelajar sains tiada masalah dengan pengajian ekonomi. tentang prospek kerjaya banyak dipengaruhi pencapaian pngk, kemahiran insaniah, permintaan pasaran dan sudah tentunya rezeki. semua bidang pun (termasuk pengajian kritikal: perubatan, undang-undang) kena bersaing. kesimpulannya, belajar dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, serta kukuhkan sisi kreativiti dan keusahawanan sebagai persediaan.

    Wallahu a'lam ...

    ReplyDelete