Skuad juara bola sepak Piala Dunia edisi 2010, Sepanyol (La Roja) kelihatan menaiki bas Hyundai menuju lapangan terbang di Brazil untuk kembali ke negara mereka walaupun mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas wakil Asia, Australia dalam perlawanan terakhir kumpulan. Negara rujukan liga profesional dunia, England, juga terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal apabila tewas dua kali berturut-turut di tangan Itali 1-2 dan di tangan Uruguay dengan jumah jaringan yang sama. Lebih perit lagi ialah apabila kedua-dua gol Uruguay dicetak oleh pemain kelab ternama liga mereka, Liverpool, iaitu Luis Suarez.
Kelab bola sepak Sepanyol seperti Barcelona dan Real Madrid begitu gagah di pentas Eropah, malah di kejohanan kelab dunia. Namun, tonggak pemain yang menjulang kejayaan mereka kebanyakannya datang dari benua Amerika Latin seperti Lionel Messi dan Neymar selain bintang Portugal, Ronaldo dan bintang Wales, Gareth Bale. Pemain utama Sepanyol seperti David Silva, Fernando Torres dan Juan Mata pula berkelana ke bumi England.
England yang diberi jolokan The Three Lions, selaku juara edisi 1966 di laman sendiri, ternyata tidak pernah mampu mengulangi sejarah itu. Legenda kontroversi, Diego Maradona dari argentina berpendapat bahawa England selaku ikon sejarah bola sepak tidak sepatutnya menerima nasib malang sebegitu awal. Beliau merumuskan bahawa skuad England kali ini dibarisi pemain-pemain yang agak berusia untuk bersaing dengan tenaga muda negara lain.
...
...
...
...
...
...
...
No comments:
Post a Comment