I
Di sebuah hotel di Jalan Burmah, Pulau Pinang
II
Di dataran fakulti pendidikan, Universiti Malaya
III
Di sebuah perkampungan orang Asli di Sungai Siput Utara
IV
Di dewan makan sebuah asrama sekolah
V
Di sebuah majlis pernikahan
VI
Di surau hentian Pudu Raya
VII
Di sebuah hotel 'enam bintang' di ibu kota
VIII
Jamuan pasukan kadet bomba di sekolah
IX
Jamuan Majlis Islam Singapura
X
Jamuan kenduri di Kerinchi C2
Di sebuah hotel di Jalan Burmah, Pulau Pinang
Dalam majlis makan malam dengan kaedah hidangan satu demi satu (course by course). Meja dipenuhi sebahagiannya oleh tokoh ilmuan terkenal tanah air. Tidak disangka mereka sanggup meninggalkan kuah sahaja untuk cikgu-cikgu yang kemudiannya harus membeli nasi lemak di luar.
II
Di dataran fakulti pendidikan, Universiti Malaya
Kebetulan lalu di situ, penulis blog (PB) dipelawa menikmati hidangan. Rupa-rupanya majlis itu anjuran pelajar ijazah asas pendidikan. Hanya PB seorang pelajar siswazah yang 'tersesat' di situ, kisahnya ...
III
Di sebuah perkampungan orang Asli di Sungai Siput Utara
Setelah melalui jalan balak yang mencabar dengan kenderaan pick-up ala Camel Trophy selama lebih setengah jam jauh di dalam hutan, begitu ramai komuniti Islam di situ menanti untuk majlis berbuka puasa. Hadir sama, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, pegawai tinggi kerajaan dan pertubuhan belia. Pengalaman pertama berbuka puasa di kawasan hutan sehingga solat tarawikh.
IV
Di dewan makan sebuah asrama sekolah
PB dipelawa warden untuk menguji hidangan tengah hari penghuni asrama kerana warden kedua tidak dapat berbuat demikian. Kontraktor sajian datang ke meja dan menceritakan betapa dia sendiri pun hanya mampu makan nasi kosong dengan telur goreng. PB berasa seperti makan pasir dan cepat-cepat berhenti makan.
V
Di sebuah majlis pernikahan
PB hanya sebagai peneman, terpacak di kawasan buffet selama 10 minit tanpa dipedulikan oleh tuan rumah dan tetamu yang lain. Pengantin lelaki yang keluar dengan cerita sekali lafaz sahaja pun buat tidak nampak. Terasa macam orang ghaib (invisible man), PB pun beredar tanpa sesiapa pun yang menahan.
VI
Di surau hentian Pudu Raya
Begitu banyak pek makanan disumbangkan oleh dermawan ibu kota. Namun, ada seorang pemuda berserban dalam usia pertengahan 20-an mengambil semua dua pinggan buah tamar yang disediakan. Jemaah lain, termasuk PB, hanya mampu kaget dan terdiam.
VII
Di sebuah hotel 'enam bintang' di ibu kota
Sarapan dan minum petang RM69 setiap set, makan tengah hari dan malam RM139 setiap set, ditanggung oleh kerajaan. Makanan mewah boleh diambil sesuka hati jika larat menelan kesemuanya. PB dan rakan sempat mendapatkan maklumat hidangan halal daripada petugas hotel yang budiman.
VIII
Jamuan pasukan kadet bomba di sekolah
Paling seronok kerana tiada protokol. Pelajar juga makan bersungguh-sungguh dan benar-benar menikmati hidangan yang disediakan. Pengalaman lebih hebat daripada majlis di hotel lima bintang.
IX
Jamuan Majlis Islam Singapura
Sudah kenyang kerana telah singgah di kedai makan sebelumnya, tetapi demi mengambil hati, jamah juga. Macam teori utiliti sut, memang rasa hendak tersembur keluar balik semuanya. Namun, tahan juga bagi menjaga air muka tuan rumah.
X
Jamuan kenduri di Kerinchi C2
Majlis diumumkan di masjid usai solat Isyak, tetapi hanya empat orang jemaah yang ke sana. Nasib baik PB pernah belajar berzanji dan marhaban, dan hadirin yang lain membaca naskhah berzanji seperti mengeja perkataan. PB tidak dapat mengelak daripada menjadi anchor majlis, lalu diberi penghormatan sebagai orang pertama memotong jambul bayi yang diraikan.
Pepatah Inggeris mengatakan what goes around, comes around, you will get served what you deserve (klik di sini). Barangkali pengalaman yang dilalui sebagai balasan terhadap kesilapan terdahulu. Setiap peristiwa mengandungi hikmah untuk difikirkan ...
No comments:
Post a Comment