Monday, June 30, 2014

TUTORIAL KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN (WASTING, SCARCE, INADEQUATE)

...

...

SMK ST MICHAEL, IPOH, LA3: TUTORIAL 1, KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN, KKP (01072014)  ____________

Arahan: Tampal lembaran ini dalam buku latihan. Perbincangan dan rujukan buku teks dibenarkan.

            Tentukan sama ada pernyataan yang diberikan benar atau palsu.
Bil.
Pernyataan
Jawapan anda
1
KKP ialah had maksimum kuantiti 2 barang dikeluarⁿ ketika guna tenaga penuh, paling cekap

2
Andaian utama KKP tunggal ialah pengeluaran jangka pendek

3
Dalam jangka pendek, tingkat teknologi diandaikan tetap / tidak mengalami kemajuan

4
Tambahan keluaran sesuatu barang hanya berlaku dengan pengurangan keluaran b. lain

5
Pilihan kombinasi pengeluaran di sepanjang KKP berpunca daripada masalah kekurangan

6
Kombinasi yang berada di sebelah bawah / dalam / kiri KKP disebabkan pembaziran sumber

7
Kombinasi di sebelah luar / atas / kanan KKP masih boleh tercapai

8
Hanya kombinasi di sepanjang KKP menunjukkan kecekapan penggunaan sumber

9
Kombinasi di luar / atas / kanan KKP juga akibat masalah kekurangan

10
Hitungan kos lepas ialah +ΔY / +ΔX, atau –ΔY / -ΔX

11
Kos lepas malar: +ΔY = -ΔX dengan ∑ yang = pada setiap tingkat pgⁿ

12
KKP kos lepas malar berbentuk garis lurus

13
Kos lepas malar bermakna bahawa penggunaan sumber yang tidak sama cekap

14
Kos lepas meningkat: +ΔY > +ΔX

15
KKP kos lepas meningkat berbentuk cekung

16
Kos lepas meningkat kerana penggunaan faktor pengeluaran sama cekap

17
Peralihan KKP boleh berlaku dalam jangka pendek dan jangka panjang

18
Peralihan KKP boleh berlaku dalam jangka panjang sahaja

19
Penemuan anugerah sumber alam baharu menyebabkan KKP beralih ke kiri

20
Kehausan / kepupusan anugerah sumber mengalihkan KKP ke kanan

21
Kemajuan teknologi meningkatkan daya pgⁿ / produktiviti

22
Kemajuan teknologi yang berbeza antara dua barang mengakibatkan KKP beralih selari

23
Pilihan barang modal mengakibatkan KKP beralih dengan kadar yang lebih besar ke kanan

24
Keputusan mengeluarkan lebih banyak barang pengguna tidak memaksimumkan kepuasan

25
Pengangguran bermakna tiada pilihan kombinasi pengeluaran diperlukan

26
Masalah tidak cukup sumber boleh diatasi dengan pertumbuhan ekonomi

27
Agihan barang tidak dipengaruhi oleh pilihan masyarakat

28
KKP dapat menjelaskan punca masalah asas ekonomi

29
KKP menjadi rujukan penyelesaian masalah asas ekonomi

30
KKP menjadi asas pembentukan model sistem ekonomi




Soalan esei:

1  (a)  Berikan takrif keluk kemungkinan pengeluaran.   [2 markah]

    (b)  Jelaskan empat perbezaan antara KKP kos lepas malar dengan KKP kos lepas meningkat.   [8 markah]


2   Huraikan akibat kemajuan teknologi yang berbeza bagi dua barang ke atas KKP.      [10 markah]


3   Dengan bantuan contoh berangka, tunjukkan cara menghitung kos lepas meningkat.  [10 markah]





©   Azhar bin Mohd Rodzi, SmEkon (UKM), Dip.Ed (UIAM), M.Ed (Distinction) (Malaya)
...

...

No comments:

Post a Comment