Perjalanan bermasud bahawa seseorang itu berada di luar kawasan rumah dalam tempoh yang tertentu. Sama ada menggunakan pengangkutan awam atau memandu kenderaan sendiri, sesuatu perjalanan mengakibatkan akses kepada kemudahan di rumah sudah terpisah. Maka, terdapat barang kegunaan peribadi yang perlu dibawa bersama supaya tidak timbul sebarang kesulitan sepanjang perjalanan.
Bagi memudahkan perancangan perjalanan, kaedah dari hujung rambut hingga ke hujung kaki boleh dimanfaatkan. Jika masih ada juga ketinggalan, sekurang-kurangnya kos yang ditanggung tidaklah begitu mahal. Kemudahan di tempat penginapan yang telah ditempah, sama ada hotel, resort atau inap desa belum tentu serasi.
Berikut, senarai semak yang boleh diubah suai dan dikemas kini lagi berdasarkan keperluan yang lain:
Bil
|
Item
|
Catatan
|
|
Kepala
|
|||
1
|
Lebai, topi
|
||
2
|
Sikat rambut
|
||
3
|
Minyak rambut
|
||
4
|
Gunting, pisau cukur
|
||
5
|
Cermin mata
|
||
6
|
Berus gigi, ubat gigi
|
||
7
|
Telefon bimbit, pengecas bateri
|
||
8
|
Laptop, pengecas bateri
|
||
9
|
Peranti jalur lebar
mudah alih
|
||
10
|
Kamera, pengecas bateri
|
||
Badan
|
|||
11
|
Deodran
|
||
12
|
Talkum
|
||
13
|
Kemeja
|
||
14
|
Baju-T
|
||
15
|
Tali leher
|
||
16
|
Singlet
|
||
17
|
Tali pinggang
|
||
18
|
Tanda nama
|
||
19
|
Blazer
|
||
20
|
Baju batik
|
||
21
|
Baju korporat (Rabu)
|
||
Kaki
|
|||
22
|
Seluar kerja
|
||
23
|
Track suit
|
||
24
|
Pakaian dalam
|
||
25
|
Dompet
|
||
26
|
Wang tunai
|
||
27
|
Kad bank / kad kredit / kad stesen minyak
|
||
28
|
Kad touch n go
|
||
29
|
Buku bank / salinan nombor akaun (tuntutan)
|
||
30
|
Surat lantikan
|
||
31
|
Surat panggilan mesyuarat
|
||
32
|
Kasut
|
||
33
|
Selipar
|
||
34
|
Stoking
|
||
35
|
Pemotong kuku
|
||
36
|
Beg roda
|
||
37
|
Plastik pakaian
|
||
38
|
Kunci rumah
|
||
39
|
Kunci kenderaan
|
||
40
|
Tisu
|
||
41
|
Tuala (wanita)
|
||
42
|
Alat tulis: pen biru, hitam, merah, pensil, stepler,
kertas A4, gunting, gam
|
||
43
|
Air minuman (semasa perjalanan)
|
||
44
|
Pemacu luaran (thumb drive)
|
||
45
|
Pembaca memori (card reader)
|
||
46
|
Pil dan ubat (jika berkenaan)
|
||
47
|
Pengenalan pegawai /salinan
slip gaji terkini
|
||
48
|
Buku log persendirian / takwim
jabatan / sekolah
|
||
49
|
GPS
|
||
50
|
Kain basahan
|
Jika menggunakan pengangkutan awam dan menginap di hotel, barang yang diangkut mungkin boleh dikurangkan sedikit dengan andaian bahawa pihak hotel menyediakan bantal, naskhah al-Qur'an, al-Ma'thurat, selimut, sejadah, seterika, tilam, tuala, bahan pembersihan diri dan minuman asas. Barang-barang kecil mungkin boleh dibeli di kedai yang berdekatan. Kemudahan mesin pengeluaran wang juga biasanya tidak menjadi masalah.
Bagi kaki gajet, kemudahan capaian jalur lebar wi-fi sangat penting. Sebahagian besar hotel memberikan kemudahan percuma, manakala sebahagian lagi mengenakan bayaran. Risiko penerimaan isyarat yang lemah mungkin memerlukan pilihan membawa bersama peranti jalur lebar mudah alih atau sekadar menggunakan telefon pintar.
Sekianlah. Selamat meneruskan perjalanan dengan selamat. Jangan lupa membaca doa Subhanalladhi sakkharalana hadha wama kunna muqrinin. Wa inna ila rabbina lamunqalibun; Innalladhi faradha alaikal-Qur'an, laradduka ila ma'ad. Amin ...
No comments:
Post a Comment