Tuesday, September 2, 2014

CALON UPSR JANGAN BERGANTUNG KEPADA SOALAN RAMALAN (ALMOST HALF MILLION YOUNG CHILDREN FACING PRIMARY EXAM)

Bilangan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mencatatkan peningkatan sebanyak 1.5 peratus atau 7,008 orang. Jika pada tahun lepas, jumlahnya sebanyak 466,167 orang, maka pada tahun ini bertambah kepada 473,175 orang. Daripada jumlah berkenaan, calon berdaftar sekolah bantuan kerajaan merangkumi nisbah 98 peratus atau 463,937 orang, manakala baki 9,238 orang lagi ialah calon sekolah swasta (sumber di sini).

Peperiksaan berpusat kendalian Lembaga Peperiksaan Malaysia itu bermula dari hari Selasa, 9 September hingga Khamis, 11 September ini. Jumlah pusat peperiksaan membabitkan 8,299 buah, manakala bilangan petugas yang dilantik ialah sebanyak 51,438 orang. Debaran calon turut dikongsi oleh ibu bapa yang berharap agar anak masing-masing menyambung pencapaian peribadi yang mungkin belum kesampaian.

Pihak sekolah telah bertungkus-lumus membuat persiapan rapi seperti kelas tambahan, program kecemerlangan dan harapan lulus yang menggunakan pelbagai jenama. Ibu bapa juga menghantar anak ke kelas tuisyen yang dipercayai bakal mengukuhkan keyakinan anak-beranak. Mereka juga berkejar untuk menghadiri bengkel dan seminar yang menampilkan penceramah atau pemudah cara yang berpengalaman luas dalam pentaksiran sekolah rendah.

Mesej tentang soalan berkemungkinan (ramalan) tersebar menerusi aplikasi Whatsapp meningkatkan kesibukan calon dan ibu bapa mencari cadangan jawapan terbaik walaupun menyedari bahawa ikhtiar penyudah itu tidak semestinya berhasil. Namun, khuatir terlepas kesempatan, risiko tetap diambil supaya tidak sampai berputih mata kelak. Hakikatnya, perancangan menulis jawapan secara tepat masih boleh digunakan untuk bidang atau tema soalan yang mirip ke arah itu.

...

...

...

...

...

...


No comments:

Post a Comment