Monday, September 8, 2014

LAKSA TELOQ GORENG BERSARANG DI IPOH (ENTREPRENEURSHIP CREATIVITY)

Bandaraya Ipoh memang agak dikenali dengan aneka jualan makanan yang menambat selera. Terdapat begitu banyak pilihan untuk menikmati hidangan sarapan, makan tengah hari, minum petang atau makan malam. Premis eksklusif seperti hotel, restoran mewah, bistro, medan selera dan pusat penjaja jalanan boleh jadi tersenarai pendek dalam minda.

Peminat laksa boleh mencuba macam-macam cara masakan seperti laksa utara (kuah pekat), laksa Johor (mi sphegetti), laksa Kedah (padang Polo), laksa Kuala Kangsar (laksa beras) dan sebagainya. Dahulu terdapat laksa top power di taman Cempaka, tetapi kini entah di mana. Pendek kata, semangkuk laksa di Ipoh memang berbaloi.
Pengunjung yang berhasrat melewati Taman Botani (jalan persendirian) sama ada untuk ke rumah keluarga dan kenalan, atau sekadar laluan pintas ke Batu Gajah dan Pengkalan Pegoh, terlebih dahulu akan melewati taman perumahan Bandar Cyber dan Taman Hartamas. Pasar malam mingguan di kawasan berkenaan ialah pada setiap hari Selasa (4 petang hingga 9 malam). Pada hari lain, kawasan itu menjadi lokasi penjaja bergerak. Memang ramai yang singgah di situ untuk menikmati kelainan suasana di tempat terbuka apabila cuaca cerah.

Orang kaya yang memandu kenderaan mewah dan tinggal di kawasan perumahan elit di situ juga sesekali mahu lari daripada persekitaran tipikal berhawa dingin dan menu berat. Maka, gerai penjaja jalanan yang menjual makanan dengan harga murah menjadi pilihan kerana sememangnya tidak kalah jika dibandingkan dengan air tangan chef profesional di hotel. Siapa tahu bahawa peniaga jalanan juga memiliki kelayakan dalam bidang kulinari dan sajian mewah?

Hanya satu perkara yang perlu kompromi apabila makan-makan di gerai jalanan yang dikunjungi oleh pelbagai latar belakang sosial pelanggan, iaitu dari segi nada suara dan kelakuan. Segelintir pelanggan sengaja bercakap dengan suara yang kuat dan tidak kurang juga yang selamba menghembuskan asap rokok tanpa rasa bersalah. Layanan petugas gerai juga mungkin ala kadar.
Selain makanan panas, aneka sup dan mi, terdapat sebuah gerai yang menjual laksa teloq (telor utara bagi telur) goreng bersarang. Laksa itu memang enak dinikmati di situ juga berbanding dengan dibungkus untuk dinikmati oleh seisi rumah. Jika tidak berjaya memperoleh kerusi, bawa sahaja laksa ke kereta.

...

...

No comments:

Post a Comment