TEKS CERAMAH
PERANCANGAN JAWAPAN
EKONOMI STPM: PENGGAL
1, ULANGAN 1
Khamis, 16102014. 8.35-9.45 pagi
Assalamu alaikum warahmatullahi
wabarakatuh
Selamat pagi
Guru Ekonomi prauniversiti SMK
St. Michael, Ipoh dan calon STPM Penggal 1 tahun 2015 yang dihormati dan
dikasihi sekalian.
Terima kasih kerana sudi hadir di
dewan kuliah yang begini indah pada pagi ini demi mencari jalan menuju persada
kecemerlangan akademik yang menjadi tujuan utama pelajar berdaftar sebagai
pelajar prauniversiti tingkatan enam mulai bulan Mei yang lalu. Kini, setelah
lima bulan berlalu, kalian bakal menempuh peperiksaan penggal 1 kira-kira
sebulan dari sekarang. Selagi detik melangkah ke dewan peperiksaan belum
menjelma, segala persiapan dan strategi masih relevan.
Pada pagi ini, saya diberi
kepercayaan oleh pihak pentadbiran prauniversiti SMI untuk mendapatkan maklum
balas pelajar tentang kertas Ekonomi 1, iaitu mikroekonomi dan seterusnya kita bersama-sama
memperakukan saranan terbaik buat persediaan STPM penggal 1. Mari kita uji
betapa semangat kerjasama dalam kalangan Michaelian
memungkinkan impian hebat kecemerlangan STPM Penggal 1 menjadi kenyataan.
(aktiviti tepuk tangan: mulakan dengan satu jari, dua jari, tiga jari,
empat jari, semua jari )
Terima kasih. Sebagai pelajar
yang sedang melalui fasa usia matang, saya berpendapat bahawa kalian berupaya
membuat kesimpulan masing-masing tentang aktiviti tepuk tangan sebentar tadi.
Pelajar yang dimuliakan,
Apakah peperiksaan?
(mula slaid power point)
Hakikatnya peperiksaan lebih
daripada sekadar luahan pengetahuan dan kemahiran tertentu. Peperiksaan ialah
tentang kepekaan (cakna), kecekapan dan kebijaksanaan. Calon berhadapan dengan
sejumlah peruntukan masa dan peruntukan markah yang tertentu. Maka, kelebihan
untuk memperoleh skor markah dan gred tertinggi memihak kepada pelajar yang
memiliki perancangan jawapan yang tepat.
Mari sama-sama kita teliti
maklumat peperiksaan Ekonomi 1
Tarikh: 19 November 2014 (Khamis)
Masa: 8.00 – 10.00 pagi (2 jam = 120 minit)
Format kertas: aneka pilihan 20 soalan = 20 markah
: esei jawab 4 daripada 6 soalan = 40 markah
: kuantitatif jawab 2 daripada 3 soalan = 20
markah
Jumlah markah = 80 markah, dan
wajaran keseluruhan kertas Ekonomi STPM = 32 peratus
Secara hitungan konservatif, 80
markah = 120 minit à
1 markah = 1.5 minit
Hitungan konservatif ialah gambaran ekstrem,
had maksimum sesuatu nisbah.
Namun, calon peperiksaan yang
bijak, cakna dan cekap akan mengaplikasikan prinsip hitungan konservatif itu ke
arah perancangan jawapan yang jitu sebagai prasyarat pencapaian kecemerlangan.
Mari pertimbangkan saranan
berikut:
Sebaik sahaja dibenarkan menulis,
pertama catatkan jadual ini
8.00 – 8.25 pagi: Bahagian A: aneka pilihan
8.25 – 8.50 pagi: Bahagian C: kuantitatif
8.50 – 9.40 pagi: Bahagian B: esei
9.40 – 10.00 pagi: Semakan ketinggalan dan penambahbaikan
Bahagian A akan membantu calon
beroleh imbasan konseptual dan teoritikal yang boleh membantu perancangan
jawapan kuantitatif dan esei. Misalnya, dari segi laras ayat ekonomi, cara
melukis keluk yang lengkap dengan paksi dan label, serta idea jawapan.
… bersambung dalam bahagian 2
No comments:
Post a Comment