Saturday, November 8, 2014

PT3 UJIAN INTEGRITI PENDIDIKAN (THE AGGREGATE OF CREDIBILITY AND VIRTUE)

Bermula dengan proses pemasangan item, dikuti dengan pengawasan peperiksaan dan seterusnya pemeriksaan skrip jawapan calon semuanya dilakukan di sekolah masing-masing. Walau bagaimanapun, semua guru yang menerima lantikan bagi melaksanakan segala tugas yang disebutkan terikat dengan Akta Rahsia Rasmi yang mereka tandatangani. Begitulah gambaran umum pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) sebagai penambahbaikan konsep pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) berikutan pemansuhan peperiksaan berpusat Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Taklimat penyelarasan setiap proses diturunkan dari pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) hingga ke peringkat negeri, daerah dan sekolah. Maka, secara automatik, pengetua dan setiausaha peperiksaan tingkatan tiga memikul tanggungjawab yang sangat berat bagi memastikan pentadbiran PT3 akur dengan tatacara piawai tindakan, S.O.P. yang ditetapkan. Usai pemeriksaan kertas serta penyelarasan, markah yang sudah muktamad perlu dimasukkan secara atas talian untuk tindakan LPM selanjutnya.

Nampaknya semua guru mata pelajaran tingkatan 3 juga secara automatik dilantik secara sebagai pemeriksa, manakala ketua panitia bertindak sebagai penyelaras di peringkat sekolah. Jika sebelum ini hanya guru bahasa terbabit melaksanakan pentaksiran lisan berasaskan sekolah (PLBS), kini semua guru mata pelajaran menanggung tugas yang sama. Tugasan di peringkat sekolah tidak dibayar sebarang elaun sebagaimana peperiksaan berpusat PMR.

Kini, hujung tahun merupakan tempoh yang sibuk bagi guru mata pelajaran tingkatan 3, termasuk guru pendidikan jasmani dan guru kaunseling yang turut mentadbir PAJSK sebagai sebahagian komponen PBS. Mujur kemajuan teknologi atas talian yang mesra pengguna telah memungkinkan aplikasi kemasukan markah PT3 boleh dilakukan walaupun ketika waktu puncak. Selain komputer, markah juga boleh dimasukkan dengan menggunakan telefon pintar.

Setakat ini belum kedengaran isu kebocoran kertas soalan PT3 kerana pihak LPM telah menyediakan set soalan yang berkebarangkalian tidak sama bagi setiap sekolah. Tambahan pula, amaran hukuman berat kepada petugas peperiksaan sudah cukup menggerunkan. LPM juga telah bersedia dengan segala mekanisme pemantauan dan penyelarasan akhir sebelum julat skor dan gred ditetapkan.

Keberkesanan dan keberhasilan pelaksanaan PT3 sulung pada tahun 2014 ini akan diketahui apabila keputusan PT3 diumumkan, diikuti dengan sidang media tentang analisis pencapaian calon yang dijangka sebelum cuti krismas nanti. Sehingga tarikh itu, semua pihak hendaklah menahan diri daripada membuat ulasan yang bersifat amatur dan tidak wajar. Ciri disentralisasi pendidikan, iaitu pemberian autonomi sekolah telah sekian lama diamalkan di negara maju seperti Amerika Syarikat.

Konsep integriti, iaitu keutuhan peribadi memang menjadi sebahagian etika dan ikrar perkhidmatan keguruan, malah dikukuhkan lagi dengan program wajib seminar integriti warga pendidik sepanjang tahun ini. Kajian juga menunjukkan bahawa kaum guru mendudukan tempat kedua selepas doktor sebagai orang yang paling dipercayai oleh masyarakat. Maka, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa PT3 akan dianggap sebagai penanda aras integriti guru sekolah yang seterusnya.

Persaingan antara sekolah untuk pencapaian gred purata sekolah (GPS) yang tertinggi bukanlah alasan untuk berlakunya kecurangan dalam pentaksiran. Guru-guru telah maklum tentang prinsip adil, amanah dan cekap sebagaimana yang diterapkan oleh pihak LPM. Pendek kata, segala kemungkinan berlakunya ralat pentaksiran akibat faktor kebetulan dan pengaruh peribadi telah diminimumkan pada aras signifikan yang tertentu.

Bagi mata pelajaran yang ditaksir secara kerja kursus per se, pelaksanaannya telah berakhir sebelum peperiksaan bertulis yang baru lalu. Bimbingan kemajuan kerja calon oleh guru mata pelajaran menepati konsep pendidikan secara berterusan dan menyeluruh (holistik). Penambahbaikan yang sentiasa disarankan menyediakan modal insan yang berdaya saing dalam persekitaran yang pesat mengalami perubahan.

Sesungguhnya, PT3

No comments:

Post a Comment