Sunday, December 21, 2014

SYAIR BIDASARI: KOMSAS BAHARU TINGKATAN 4 (THE ROLE OF A MONARCHICAL HEAD OF THE KINGDOM)

Naskhah asal manuskrip Jawi Syair Bidasari (SB) yang terdiri daripada lebih seribu rangkap (1,035) tersimpan di London School of Oriental and African Studies, University of London. Salinan dalam bentuk mikrofilem boleh dibaca di Perpustakaan Universiti Malaya, Perpustakaan Negara Malaysia, serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Di Malaysia, naskhah SB diselenggara oleh Puan Jamilah binti Ahmad, pegawai penyelidik DBP yang kini telah bersara (klik di sini).

Dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul (JKKDI), hanya lapan rangkap permulaan SB dihidangkan untuk pembelajaran komponen sastera (komsas) tingkatan 4, iaitu pada halaman 5 hingga 7. Murid tidaklah diharapkan untuk membuat kajian yang terlalu mendalam sebagaimana dalam mata pelajaran Kesusteraan Melayu, atau wacana kesarjanaan (klik di sini, hanya untuk makluman bukan untuk dibaca). Maka memadai dengan memahami maksud setiap rangkap, kemudian cuba memenuhi keperluan pembelajaran komsas seperti tema, latar, nilai, pengajaran dan persoalan.

Rangkap 1

          Dengarkan tuan suatu riwayat
          Raja di desa Negeri Kembayat
          Dikarang fakir dijadikan hikayat
          Supaya menjadi tamsil ibarat

Pengenalan kisah seorang raja yang memerintah Negeri Kembayat. Pengarangnya hanya mahu dikenali sebagai fakir sebagai tanda merendah diri. Tujuan hikayat supaya menjadi contoh dan perbandingan kepada pembaca.

Rangkap 2
          Ada raja suatu negeri,
          Sultan halifah akas bestari,
          Asalnya baginda raja yang bahari,
          Melimpah ngadil dagang senteri.

Di sebuah negeri terdapat seorang pemerintah, iaitu sultan yang gagah perkasa lagi bijaksana. Baginda raja dahulukala yang cemerlang (pada peringkat awal sebelum dilanggar geroda). Keadilan baginda telah menggamit kedatangan para pedagang dan orang soleh (pelajar ilmu agama yang merantau).

Rangkap 3
           Hairan orang empunya temasya,
           Baginda itulah raja perkasa,
           Sangat tiada merasai susah,
           Entah pada esok dan lusa.

Kegagahan dan kelangsungan pemerintahan baginda memang mengkagumkan. Sesaat pun baginda tidak mengalami kesusahan. Namun, tiada sesiapa yang tahu sama ada keadaan itu akan berkekalan atau sebaliknya.

Rangkap 4
          Seri sultan raja bestari,
          Setelah ia sudah beristeri,
          Beberapa bulan beberapa hari,
          Hamillah puteri permaisuri.

Sultan yang bijaksana bertambah berseri apabila menempuh alam perkahwinan. Selang beberapa bulan, permaisuri pun hamil.

Rangkap 5
          Beberapa lamanya dalam kerajaan,
          Baginda duduk bersuka-sukaan,
          Datanglah beroleh kedukaan,
          Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Setelah beberapa tahun memerintah negara dengan bahagia dan aman sentosa, dugaan mala petaka datang melanda. Baginda terpaksa berundur dari istana.

Rangkap 6
          Datanglah kepada suatu masa,
          Melayanglah unggas dari angkasa,
          Unggas gurda sangat perkasa,
          Menjadi negeri rosak binasa.

Tiba-tiba pada suatu hari muncul seekor burung raksasa melayang di ruang angkasa negeri Kembayat. Geroda, iaitu helang besar (seperti dalam epik Hindu, Visynu: dalam syair dieja sebagai gurda) melanggar Kembayat sehingga menimbulkan huru-hara dan kemusnahan.

Rangkap 7
          Datanglah menyambar suaranya bahana,
          Gemparlah sekalian mulia dan hina,
          Seisi negeri gundah-gelana,
          Membawa diri ke mana-mana.

Geroda melakukan serangan dengan suara yang bergema luar biasa. Sekalian rakyat negeri Kembayat berada dalam keadaan huru-hara dan kekalutan. Seluruh negeri dilanda duka lara dan lesu, serta rakyat bercempera tanpa arah tujuan.

Rangkap 8
          Baginda pun sedang dihadap orang,
          Mendengar gempar seperti perang,
          Bertitah baginda raja yang garang,
          "Gempar ini apakah kurang."

Ketika itu baginda sedang bersemayam di singgahsana sambil menerima menghadap pembesar dan rakyat jelata. Keadaan huru-hara bagaikan di medan peperangan jelas kedengaran. Baginda bertitah dengan nada yang tegas tentang perkara cemas apa pula yang berlaku.

...

PERBINCANGAN

1   Tema

     Cabaran yang dihadapi oleh seorang raja ketika memerintah negara (muka surat 3 antologi JKKDI)

2  Nilai

    a)  Keadilan: Raja Negeri Kembayat memerintah dengan adil (rangkap 2, baris 4)
   b) Kewaspadaan / kesiapsiagaan:  Walaupun dilimpahi kesenangan, persediaan menghadapi keadaan sebaliknya
              perlu difikirkan (rangkap 3, baris 3 dan 4)
    c) Kebijaksanaan:  bertindak cepat menyelamatkan diri daripada huru-hara /kemusnahan (rangkap 5 dan 7)

3   Persoalan

     a)  Keadilan dalam pemerintahan
     b)  Kewaspadaan / kesiapsiagaan ketika menikmati kesenangan
     c)  Kebijaksanaan / kesegeraan dalam membuat keputusan / tindakan (pada saat genting)

4   Pengajaran
     a)  Kita hendaklah adil dalam memimpin sesebuah organisasi / keluarga / menjalankan amanah
     b)  Kita hendaklah berwaspada / bersiap sedia walaupun ketika senang
     c)  Kita hendaklah bijaksana / matang dalam membuat keputusan / tindakan

5   Perwatakan

     a)  Adil
     b)  Peka / prihatin / sentiasa waspada
     c)  Bijaksana / matang

6   Sinopsis

Contoh soalan aras petikan

Contoh soalan aras kbkk / kbat

Contoh soalan aras komsas

Panduan menulis jawapan

Penutup dan rumusan

35 comments:

  1. Mengikut buku rujukan JKKDI keluaran SASBADI saya dapati sinopsis syair ini membawa maksud kepada 2 raja iaitu di mana rangkap ke 5 bermaksud raja telah mangkat dan digantikan dngn raja lain yg tidak prihatin pada rangkap ke 8..Boleh encik tolong berikan penjelasan?

    ReplyDelete
  2. Bagi merungkai kemusykilan scarlett stewart diturunkan bahan rujukan yang lebih berwibawa daripada Sasbadi:

    SB terbahagi kepada lima kisah. Secara struktural dan “rekonstruk”, Braginsky melihatnya dalam episod-episod dan hubungan plot yang bersimetri. Kisah yang pertama, mengisahkan pasangan diraja hidup serba senang, tetapi mala petaka serangan geruda, tiba-tiba menimpa mereka, menukarkan suka menjadi duka. Pasangan diraja tidak berdaya lagi menjelajahi hutan, anak ditinggalkan dalam paksaan. Kisah yang pertama berakhir dengan tema dukalara. Kisah kedua, bermula dengan nada gembira, dengan sedikit kecacatan Lela Jauhara tidak dikurniakan cahaya mata. Penemuan Bidasari meniupkan semangat dalam keluarga saudagar. Kisah bersambung, Johan Mengindera Raja Negeri Inderaputera bersama permaisuri Lela Sari yang cantik jelita. Lela Sari kemudiannya, tewas dalam nafsu haiwani, saingannya Bidasari diseksa penuh kesengsaraan. Air mata ibu bapa Bidasari menjadi rintihan keluarga. Saudagar tua merintih keruntuhan akhlak pada zamannya, kekejaman pegawai-pegawai tinggi dan permaisuri Lela Sari. Kisah ketiga, bermula dengan tema keriangan dan kegembiraan. Raja Mengindera dan isterinya Lela Sari hidup bahagia. Raja bertemu Bidasari di perburuan menjadikan episod cinta yang berpanjangan. Kedurjanaan Lela Sari terbongkar, Raja murka tersiksa jiwa. Kemabukan cinta, Bidasari menjadi isteri kedua. Duka Bidasari telah bertukar menjadi kebahagiaan, manakala kebahagiaan Lela Sari diganti duka. Kisah keempat, kisah Raja Kembayat kembali ke tanah airnya selepas dilanggar geruda. Kisah bermula dengan tema dukacita, sedih kehilangan puterinya jelita. Mereka mendapat cahaya mata, Putera Bangsawan diberi nama, berjaya mencari kakaknya, Puteri Bidasari di Inderapura. Kisah keempat berakhir dengan tema gembira. Kisah kelima, kembali dengan tema dukacita tetapi sejenak sahaja. Kerinduan Raja Kembayat kepada puterinya. Utusan dihantar ke Kembayat, membawa rombongan keluarga diraja ke negeri Inderapura. Suasana pertemuan membawa tema kegembiraan. Temasya dan pesta diadakan. Putera Bangsawan menemui pasangannya di perburuan dan mengasaskan Kota Inderanegara. Syair ditutup dengan cerita tentang pemerintahan yang sejahtera. Ketiga-tiga raja di negeri masing-masing dan perubahan sikap Lela Sari yang agak terlambat mengakui kesalahannya dan menyesali perbuatannya(Braginsky, 1994: 141)

    http://chethashim.blogspot.com/2011/04/keindahan-syair-bidasari.html

    Untuk tujuan pembelajaran komsas, murid tidak dikehendaki mendalami keseluruhan kisah SB yang berjumlah 1,035 rangkap itu. Hanya lapan rangkap awal yang dikaji pada permukaannya sahaja ...

    ReplyDelete
  3. Assalammuallaikum. Salam kenal sebelumnya, saya dari indonesia. Nak tanya dimana saya bisa mendapatkan buku Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul? Terimakasih banyak.

    ReplyDelete
  4. Saya enggak pasti, tapi boleh dapatkan dari online

    ReplyDelete
  5. Semoga semakin sukses dan bermanfaat bagi banyak orang. AMiiin

    ReplyDelete
  6. bolehkah cikgu berikan huraian bagi persoalan? terima kasih..

    ReplyDelete
  7. http://www.kayustigi.com/
    http://www.ranjangminimalis.com/

    ReplyDelete
  8. cikgu...boleh saya tau apa cadangan cikgu untuk soalan untuk 'cara mengatasi serngan burung garuda' ?

    ReplyDelete
  9. cikgu , sya nak mintk pendpat cikgu untuk soalan "cara2 untuk mengatasi serangan burung garuda?"

    ReplyDelete
  10. Nota yg cikgu sediakan sangat bermanfaat dan sangat membantu saya. Terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  11. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. AKHIR TAHUN PINJAMAN DI RATE SANGAT RENDAH.
    Halo, aku Mrs. Sandra Ovia, pemberi pinjaman uang pribadi, yang Anda dalam utang? Anda membutuhkan dorongan keuangan? pinjaman untuk mendirikan sebuah bisnis baru, untuk bertemu dengan tagihan Anda, memperluas bisnis Anda di tahun ini dan juga untuk renovasi rumah Anda. Aku memberikan pinjaman untuk lokal, internasional dan juga perusahaan pada tingkat bunga yang sangat rendah dari 2%. Anda dapat menghubungi kami melalui Email: (sandraovialoanfirm@gmail.com)
    Anda dipersilakan untuk perusahaan pinjaman kami dan kami akan memberikan yang terbaik dari layanan kami.

    ReplyDelete
  14. boleh saya tau maksud setiap rangkai kata yang terdapat di dalam syair tersebut?

    ReplyDelete
  15. The ancient magus bride

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum..mohon dikongsi bersama anak - anak pelajar..terima kasih

    ReplyDelete
  17. Thanks cikgu 😆 really appreciate...

    ReplyDelete
  18. Tq Cikgu... Senang kerje kito nk buat pembentangan.... Tapi ado yg kito perlukan yg tak mencukupi-bentuk and gaya bahasa...

    ReplyDelete
  19. Assallammualaikum tuan, Aapa khabar? Terima kasih. Saya banyak baca artikel tentang Syair Bidasari untuk digunakan dalam PdP saya. tahun ini kurang guru B. Melayu, jadi saya ambil tanggung jawab.

    ReplyDelete
  20. Bentuk dan gaya bahasa syair bidasari ada tak cikgu?

    ReplyDelete
  21. Boleh tak saya nak sinopsis bagi syair Bidasari ini?

    ReplyDelete
  22. gaya bahasa dan bentuk syair ini apa ye cikgu? atau ada yg blh tlng?

    ReplyDelete
  23. Berdasarkan rangkap ketujuh, berikan dua akibat serangan burung gurda di Negeri Kembayat.

    Saya nak tanya apa akibat dia ye sebab saya x faham sangat lah tentang syair badasi ini.

    Boleh beri penyelasan.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  24. āļ§āļ§āļāļĒāļēāļ–āļ āđ„ึ āļĄāļāļ āļ”āđ†āļ‚āļˆāļžāļ‡ āļĄāļāļŠ āļāļēāļĢāļŠāļž āļāļ§āđƒāļŦāļĨāļĄāļģ

    ReplyDelete
  25. Boleh saya tahu apa perjanjian yang terdapat syair ini?

    ReplyDelete