Thursday, December 4, 2014

KADAR SEWA HOTEL LEBIH MURAH UNTUK KAKITANGAN AWAM (THE IMPORTANT OF OCCUPATION INFO)

Ketika mahu mendaftar masuk ke Concorde Inn, KLIA Sepang petang tadi, petugas kaunter hotel bertanya status pekerjaan. Katanya, perbezaan bayaran penginapannya memang ketara kepada orang 'gomen'. Kebetulan, tiada dokumen rasmi seperti kad ID pengesahan pekerjaan, misalnya kad keanggotaan koperasi guru pun jadilah.

Memandangkan beza bayarannya boleh tahan, iaitu RM100, mesti panjang akal dan tidak mengalah begitu sahaja. Penulis blog (PB) lantas bertanya sama ada salinan slip gaji boleh diterima sebagai dokumen gantian. Petugas kaunter itu menyatakan persetujuan.

Masalah seterusnya tiada salinan slip gaji di dalam tangan. PB terus meminta izin menggunakan kemudahan internet hotel untuk mencetak slip e-penyata gaji. Nasib baib Concord Inn mesra pelanggan kerana dengan senang hati melayan permintaan PB itu.



PB ditunjukkan 'business centre room' lalu ditinggalkan bersendirian di situ setelah petugas hotel menaip kata laluan di skrin komputer. Tidak sampai dua minit PB berjaya mencetak slip gaji terkini. Alhamdulillah, capaian internet di kawasan koridor raya multimedia (MSC) memang laju walaupun pada waktu puncak.

Tiada bayaran dikenakan walaupun pada waktu itu PB belum mendatar sebagai penyewa bilik penginapan di situ. Tidak seperti Bank Islam yang mengenakan bayaran RM1 bagi setiap keping salinan fotokopi walaupun kepada pemilik akaunnya sendiri. Rasa macam kena rompak pada siang hari kerana di negara maju sekalipun paling tinggi RM0.50 setiap keping.

Penjimatan sewa penginapan berdekatan KLIA sangat penting kerana apabila berurusan di lapangan terbang segala-galanya tidak murah lagi. Sebab itu pihak hotel menyediakan perkhidmatan shuttle secara percuma kepada penyewa dalam jarak perjalanan kenderaan kira-kira lima minit itu. Contohnya caj letak kereta bertingkat di blok bersebelahan balai berlepas ditetapkan pada kadar RM5 bagi setiap satu jam.

Berbalik kepada kad dokumen pekerjaan untuk potongan harga sewa penginapan di hotel terpilih, maksudnya bukan harga murah. Kalau polis atau tentera memang mudah kerana kad pengenalan mereka memang khas selagi masih berkhidmat. Namun, kakitangan awam yang lain kena menambah koleksi kad masing-masing di dalam dompet selain pelbagai kad kesetiaan tiga empat buah pasar raya, kad debit (kredit?) dan sebagainya.

Concorde Inn KLIA lebih kurang Hotel Seri Malaysia, macam asrama sekolah atau kolej kediaman universiti. Tiada bangunan bertingkat-tingkat, lif atau tangga. Cuma, petugas hotelnya banyak warga Indon dan Bangla ...

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete