Perjalanan dari Dungun ke Kuala Terengganu
menerusi jalan negeri begitu lancar. Pembukaan
Lebuh Raya Pantai Timur secara percuma telah melegakan pergerakan kenderaan
tempatan, tetapi serba sedikit menjejaskan perniagaan keropok di sepanjang
laluan berkenaan. Tiada air melintas jalan atau air yang bertakung di sana sini, melainkan kerosakan
kecil jalan akibat hujan lebat.
Kenderaan penulis blog (PB) terus
sahaja menghala ke Duyong untuk menziarahi keluarga di sana. Banyak kenderaan diletak di bahu jalan kerana petempatan di situ agak rendah. Pada waktu siang
memang tiada masalah banjir kerana air pasang hanya terjadi apabila malam menjelang.
Usai urusan di Duyong, perjalanan
diteruskan menuju Pulau Wan Man melalui Losong yang pernah tersohor dengan
keropok lekor asli Terengganu sebelum disaingi hebat oleh Kuala Ibai, Kelulut
dan Kuala Kemaman. Sebaik sahaja meletak kenderaan di hadapan Masjid Kristal,
laungan iqamah solat Zuhur berjemaah berkumandang. Maka, perkara pertama yang
perlu dilakukan ialah ke ruang wuduk.
Masjid Kristal sebenarnya gemerlapan dan cukup indah pada waktu malam. Sistem lampu yang silih berganti
warna sebagaimana di Dataran Merdeka menyerlahkan keunikan seni bina Masjid
Kristal bagaikan hikayat seribu satu malam. Projek Dato’ Seri Idris Jusoh
ketika menyandang jawatan Menteri Besar Terengganu yang menelan belanja lebih
RM250 juta itu pernah menjadi kontroversi, tetapi masih bertahan hingga kini.
Bilangan pengunjung memang agak
kurang barangkali kerana waktu tengah hari, pelancong lebih bertumpu di kedai
makan dan restoran. Namun, jemaah dalam ruang solat Masjid Kristal penuh
sehingga saf belakang. Kebanyakan jemaah ialah remaja yang memakai baju-t
berwarna kuning.
Sejumlah 200 orang remaja berusia
antara 8 hingga 15 tahun sedang mengikuti kem tahfiz sejak sebulan lalu anjuran
Masjid Kristal yang bakal tamat dua hari lagi. Jadual harian kem bermula pada
pukul lapan pagi dan berakhir pada pukul lima petang. Peserta berulang alik
dari rumah masing-masing kerana kemudahan penginapan seperti villa di situ
tidak cukup untuk menampung penghuni secara ramai sekali gus.
Laporan media yang menyebut
bahawa Masjid Kristal turut dilanda banjir sebenarnya berlaku di perkarangannya
sahaja. Peserta tahfiz memaklumkan bahawa ketika mereka dijemput pulang oleh
keluarga, air pasang belum berlaku. Hanya jika hujan lebat segala kegiatan di
luar Masjid Kristal digantikan dengan program di dewan solat Masjid Kristal.
Di samping sejumlah pengunjung warga tempatan, hanya tiga orang pelancong kulit
putih yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka kelihatan
di situ. Pelancong wanita bukan Islam dikehendaki menyarung jubah khas yang disediakan untuk
memasuki kawasan masjid. Ketiga-tiga orang pelancong asing berkenaan begitu selesa kerana remaja
peserta tahfiz bertingkah laku seperti biasa tanpa memerhatikan pergerakan mereka
secara khusus.
'air tenang jangan disangka tiada buaya'
kalau sungai banyak udang galah, maknanya apa ya?
bila masa Pok Su Mimi sempat tulis iklan di tembok itu?
Kemudian, perjalanan diteruskan
menuju Pasar Payang. PB sempat singgah untuk mengambil gambar Sungai Duyong
yang mencatat aras waspada. Setelah itu singgah pula di sebuah restoran separa mamak
gred B (penarafan kebersihan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu).
Kawasan Pasar Payang juga
tidaklah sesak seperti musim cuti biasa tanpa banjir. Kuala Terengganu kelihatan
bebas daripada masalah banjir, tetapi laluan masuk dari Kuantan dan Jeli
nampaknya banyak yang tersekat. Kunjungan ke sana kali ini memang santai,
tetapi kasihan pula kepada para peniaga yang harus bergantung kepada pembeli
tempatan sahaja …
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
ReplyDeletepengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.