Wednesday, December 24, 2014

PESTA KUTIP KERANG DI TEPIAN PANTAI DEKAT SMK SURA, DUNGUN (IS IT A GEOGRAPHICAL SIGNAL OR ELSE?)



Musim air pasang, ombak besar dan air laut keruh pada penghujung setiap tahun memang pengalaman biasa bagi penduduk di sepanjang pantai Dungun yang menghadap Laut China Selatan. Namun, kali ini fenomena bulan penuh yang menghadirkan banjir luar biasa turut bersekali dengan kejadian kerang mendarat secara besar-besaran di beberapa buah lokasi termasuk di pantai berhampiran Sura Tengah. Berita yang tersebar dengan cepat sama ada melalui komunikasi tradisional lisan atau aplikasi Whatsapp menggamit tumpuan orang ramai yang berhampiran.
gambar pada 24/12/14, Rabu: sekitar 5.30 petang
(klik untuk paparan penuh)

Kalau dalam hikayat lama, macam-macam gambaran tentang cara orang kelainan upaya menyertai ramai, pada zaman ini pelbagai kenaikan digunakan bermula dengan basikal, motosikal, kereta penumpang, pacuan empat roda dan lori. Hanya pengangkutan kereta api yang tidak ditawarkan di negeri Terengganu Darul Iman ini. Semua yang datang berhajat untuk merasai sendiri pengalaman dan suasana mengutip kerang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Turut kelihatan ialah datuk dan nenek yang barangkali mendirikan rumah tangga awal, ibu bapa dan kanak-kanak. Pelbagai gelagat dan ragam mengutip kerang yang dapat disaksikan. Ada yang mengutip kerang dengan tangan kosong sahaja, ada yang membawa tangguk dan pelbagai peralatan yang sempat dibawa dari rumah masing-masing.
Jika pada hari-hari biasa mereka hanya ‘mengutip’ kerang di pasar basah atau sekadar menikmati kerang rebus di gerai sepanjang pantai, kali ini mereka bermula dengan kegiatan paling asas, iaitu mengutip sendiri kerang di hadapan mata. Kepuasan jelas tergambar di wajah setiap pengunjung yang hadir di tepi pantai. Bukan senang hendak beroleh kesempatan menjadi nelayan amatur dan sambilan seperti itu.

Tidak terkecuali ialah kelibat nelayan sepenuh masa dan penjual kerang di pasar basah. Mereka datang lengkap dengan peralatan mengutip kerang berskala besar, bekas simpanan kerang dan segera diangkat ke atas lori. Mereka tidak kisah berebut dengan orang awam yang lain kerana mereka sangat arif akan cara pemasaran kerang.

Orang ramai yang bertumpu di pantai seolah-olah tidak menghiraukan suara amaran ombak besar di hadapan mereka. Pada hal, sedikit sahaja kelekaan boleh membawa padah dan sesalan yang tidak berpenghujung. Mujur setakat ini Allah masih memelihara keselamatan sekalian yang ada.
Menyedari bahawa keghairahan orang ramai untuk bertumpu di sesuatu kawasan yang menjadi tumpuan, pasukan keselamatan turut diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. Anggota polis berpakaian seragam dan preman, serta anggota bomba sentiasa berada di celah-celah orang ramai dan membuat pengawasan di gigi air. Laporan status keselamatan dibuat secara masa sebenar menerusi walkie-talkie dan aplikasi whatsapp.

Kumusykilan yang bermain-main di benak pemerhati peristiwa alam ialah sama ada kejadian timbunan kerang yang terdampar itu suatu alamat bencana alam yang lebih besar atau sekadar suatu perubahan ekosistem hidupan laut. Di sebalik kegembiraan beroleh rezeki terpijak, penduduk sekitar pantai Sura hendaklah sentiasa berdoa semoga keselamatan mereka sentiasa dilindungi oleh-Nya. Mudah-mudahan sekaliannya dikurniakan panjang umur dan murah rezeki adanya, amin …

2 comments:

  1. Salam...

    saya rasa ini adalah sesuatu yg luarbiasa dan kerang2 tersebut ingin memberitahu sesuatu dan ternyata ingin memberitahu tentang banjir besar yg bakal datang...

    mungkin juga... yer tak?? fenomena alam yg luarbiasa selalu berkait dengan fenomena alam yg lain...

    ReplyDelete
  2. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete