Monday, January 5, 2015

SAJAK ‘GELANGGANG’ KOMSAS BAHARU TINGKATAN 4 (PRESERVE OUR HERITAGE)



Pengenalan

Buah tangan Onn Malini (Haji Othman Mahali, 71, mantan guru besar) sepanjang 150 patah perkataan ini asalnya daripada naskhah antologi Pohon Tradisi terbitan Gapeniaga Sdn. Bhd. pada tahun 2012. Sajak ini puisi moden kedua terpanjang dalam antologi ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’ yang termuat pada halaman 21 – 22.  Sebagaimana tajuknya yang hanya satu patah perkataan, sajak ini paling mudah difahami kerana disampaikan tanpa penggunaan perlambangan atau unsur abstrak yang banyak.

Walaupun demikian, cabaran pembelajaran sajak ini barangkali lebih terarah kepada aspek kemahiran berfikir aras tinggi (kbat) dan unsur komsas tanpa mengabaikan maksud terperinci bagi setiap rangkap. Sejak rangkap pertama lagi, pembaca sudah dapat mengagak bahawa sajak ‘Gelanggang’ berbicara tentang pengisian kemerdekaan generasi sekarang dari segi mempertahankan kedaulatan dan maruah negara, bersatu padu dan menangkis ancaman demi menuju kecemerlangan. Baris sajak sengaja dikekalkan sebagaimana dalam antologi walaupun mungkin sesetengah baris masih boleh bersambung lagi atas sebab saiz muka surat antologi.


Rangkap 1
          Ini gelanggang kita
          yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
          lima dekad yang lalu
          satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
          di kemudian hari.

Malaysia ialah tanah air sebagai pusaka peninggalan generasi pejuang kemerdekaan negara lebih 50 tahun yang lalu. Kaum-kaum utama ketika itu (Melayu, Cina, India), kemudian disertai oleh pelbagai kaum di Sabah dan Sarawak telah bermuafakat dan bersetuju (menerusi kontrak sosial dan perlembagaan) tentang kemerdekaan negara. Maka, generasi yang kemudian hendaklah akur tentangnya.

Rangkap 2
          Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
          dan air mata
          dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
          berpadu
          kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
          kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
          kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
          keturunan.

Generasi sekarang sedang mengecapi dan menikmati hasil pengorbanan serta perjuangan nenek moyang mereka. Keamanan dan kemakmuran negara  yang bergantung kepada perpaduan rakyat jelata hendaklah dijaga dengan teguh lagi ikhlas dan bersungguh-sungguh. Kedaulatan negara mesti dilindungi daripada sebarang ancaman musuh bagi menjamin kelangsungan dan kesinambungan perpaduan yang telah terbina sekian lama.

Rangkap 3
          Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
          demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
          suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
          hati nurani
          kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
          gelanggang
          jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.

Generasi muda berjiwa merdeka hendaklah sanggup melawan ancaman tuduhan melulu yang berniat jahat jika mahu menjaga martabat bumi bertuah yang sangat dicintai ini. Seruan yang berbaur kebencian, permusuhan dan hasutan bagi menimbulkan kegelisahan atau ketakutan dalam kalangan masyarakat, melemahkan dan membakar perasaan hendaklah ditolak tanpa tolak ansur. Semua pihak hendaklah tidak cuba membakar perasaan yang berpotensi menggugat kerukunan  masyarakat.

Rangkap 4
          Marilah pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah
          elakkan pertelingkahan sesama sendiri.
         
Penyajak menyeru agar generasi yang mencintai negara memperteguh jalinan perpaduan. Perbalahan sesama sendiri (walaupun memang wujud perbezaan latar belakang dan pendapat) hendaklah dijauhi.

Rangkap 5
          Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini
          agar kecemerlangan tercerna di persada arena
          terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
          membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
          kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.

Generasi sekarang sebagai penerima pusaka kemerdekaan negara menggalas kepercayaan supaya usaha membawa negara mendaki puncak jaya sentiasa kesampaian. Proses itu hendaklah sentiasa dipastikan berlaku bagi menjaga nama baik dan sebagai lambang sebuah negara yang dibanggakan. Tugas memajukan tanah air sebagai negara bangsa yang sentosa lagi disegani hendaklah dipikul dan dilaksanakan seumur hidup.


PERBINCANGAN

Tema


Nilai




Persoalan




Pengajaran




Contoh soalan aras petikan




Contoh soalan aras kbkk / kbat



Contoh soalan aras komsas




Saranan cara belajar sajak “Gelanggang’




Saranan aktiviti pembelajaran di bilik darjah



..

Penutup dan kesimpulan


No comments:

Post a Comment