Sinopsis Bab 19: Perang Dunia Kedua, muka surat 156 - 168
Perang Dunia Kedua, serta dasar peluasan kuasa Jepun ke Asia Tenggara mencemaskan Adnan tentang keselamatan keluarganya yang tidak sampai setahun bersamanya di Pasir Panjang, Singapura. Sophia hairan dengan suaminya yang muram dan tidak berselera makan. Sophia mengangguk lemah apabila diberitahunya lusanya akan dihantar pulangke Kampung Sungai Ramal.
Mak Milah terkejut dengan kepulangan Adnan, serta bimbang akan keselamatannya. Kemudian, Adnan bertemu Mamat dan Nordin bercerita hal tentera. Adnan memberi semangat kepada Mamat dan Nordin yang agak goyah menghadapi risiko pertempuran. Di stesen kereta api, seluruh keluarga Adnan dan Sophia tidak dapat menahan air mata. Adnan dan Sophia juga saling berdoa dan bermaafan. Adnan menghadiahi Sophia sehelai selendang merah sebagai lambang keberanian.
Setiba di Singapura, Adnan perlu memastikan proses perpindahan penduduk kampung berjalan lancar. Namun ada yang enggan berpindah, sebaliknya mahu berjuang menentang musuh. Tentera bergabung tenaga dengan pengawal kampung bagi menjaga keselamatan penduduk yang masih tinggal.Pengawal kampung ada yang bertelagah seperti Husin yang bersemangat melawan musuh, sementara Karim tidak senang dengan bantuan Inggeris.
Sinopsis Bab 20: Bukit Candu, muka surat 169 - 179
Adnan menerima arahan mempertahankan Bukit Candu dan Pasir Panjang serentak. Kedua-dua tempat itu strategik, termasuk kilang candu Inggeris juga di situ. sarjan Hasan melaporkan penduduk Kampung Bukit Candu enggan berpindah walaupun sudah dipujuk oleh Penghulu Sidek. Akhirnya, pasukan pengawal kampung ditubuhkan. Persiapan sistem pertahanan Bukit Candu diselesaikan dalam tempoh 24 jam berdasarkan keputusan mesyuarat dan taklimat Leftenan Adnan.
Adnan terlantar keletihan, tetapi sempat menulis surat untuk Sophia sebelum terlena. Keesokannya, Adnan sekali lagi bertemu Penghulu Sidek. Persetujuan dicapai, tetapi Samad menganggap British mereka cerita tentang kedatangan Jepun, lalu bertikam lidah dengan Deris. Penghulu Sidek mengarahkan Samad balik ke rumah sahaja.
Adnan tersenyum sendirian membaca surat Sophia. Dia bangga dengan semangat Sarjan Hasan walaupun melepaskan keluhan tentang perihal berjauhan dengan keluarga. Mereka juga berbincang tentang persidangan tentera Amerika dan British di Manila. Mereka kesal kerana askar Melayu hanya dibekalkan senjata ringan. Trak tentera yang datang esoknya juga membawa barang yang masih belum memuaskan hati Adnan. Sarjan Hasan juga melontarkan pendapatnya bahawa British sengaja mengarahkan askar Melayu mempertahankan Bukit Candu dan Pasir Panjang kerena mereka mahu lari, serta takut mati. Adnan menambah bahawa tentera upahan dari India dan Nepal juga tiada kepentingan di Tanah Melayu.
Watak dan Perwatakan
Adnan: penyayang. Menghantar keluarga pulang ke kampung demi keselamatan.
Sophia: setia. Akur dengan kehendak suami supaya dia dan anak pulang ke Kampung Sungai Ramal
Mak Milah: prihatin. terlalu bimbang akan keselamatan Adnan di medan pertempuran dengan musuh
Sarjan Hasan: berpandangan jauh. Dapat mengagak helah tentera British melepaskan peranan mempertahankan Singapura daripada pencerobohan Jepun
Penghulu Sidek: tegas. Meleraikan perbalahan antara Deris dengan Samad sebelum menjejaskan perancangan kawalan kampung
Samad: mementingkan diri. Sengaja menimbulkan kekecohan serta membuat andaian yang belum pasti.
Latar masyarakat
Masyarakat yang penyayang
Masyarakat yang berpandangan jauh
Masyarakat yang mementingkan diri
Nilai
Kasih sayang
Kebijaksanaan
Bersatu padu
Persoalan
Kasih sayang sesama keluarga
Kebijaksanaan membaca muslihat pihak lain
Bersatu padu dalam kumpulan
Pengajaran
Kita hendaklah menyayangi sesama keluarga
Kita hendaklah bijaksana bagi membaca muslihat pihak lain
Kita hendaklah bersatu padu dalam kumpulan
Latar tempat
Pangkalan tentera Pasir Panjang, Singapura
Rumah Adnan
Kem tentera Bukit Candu
Latar masa
Waktu makan malam: Adnan menyampaikan berita untuk enghantar Sophiadan anak ke kampung
Petang: Leftenan Adnan berbual dengan Sarjan hasan tentang keluarga dan kelengkapan persenjataan askar Melayu yang terhad.
Perbincangan kbkk / kbat
...

This comment has been removed by the author.
ReplyDeletebab 19 ngan 20 x de lagi ke ?
ReplyDeleteringkasan lain utk bab 19 takde ke
ReplyDeleteAda Punya pergi cari
Delete