Manik Urai di Kelantan akan sentiasa diingati dalam sejarah bencana banjir negara. Daerah kecil Kampung Gajah di Perak yang dikenali kerana sejarah pembunuhan J.W.W. Birch di Pasir Salak juga mengalami fenomena banjir yang besar buat pertama kali sejak 10 tahun. MRSM Pasir Salak hanya akan memulakan sesi persekolahan pada 19 Januari, lewat seminggu bagi memberi laluan kepada kerja pemulihan maktab yang menjadi pusat pemindahan mangsa banjir.
Pada zaman kerajaan beraja zaman dahulu, Kampung Gajah memiliki kelebihan kerana perhubungan sungai yang lancar. Sungai Perak boleh disusuri hingga ke Beruas (kerajaan Gangga Negara) dan Durian Sebatang (Teluk Intan). Namun, sejarah gemilang Sungai Perak yang dalam dan lebar itu semakin dilupakan.
Adik Haifah Abdul Razak, 12, mahu menyertai ibunya di seberang sana. Kedalaman air bertakung
selepas banjir di Kampung Selat Pulau itu mencapai 1.5 meter.
selepas banjir di Kampung Selat Pulau itu mencapai 1.5 meter.
Seorang suri rumah berusia awal 50-an memberitahu bahawa banjir kali ini memang di luar jangkaan. Kampung Gajah memang sudah biasa banjir, tetapi tidaklah sampai perlu ke pusat pemindahan. Namun, paras banjir yang mencecah bacaan hampir dua meter serta naik dengan cepat mengakibatkan mangsa tidak sempat menyelamatkan harta benda masing-masing. Banjir paling serius lapan tahun yang lalu pun hanya pada paras lutut orang dewasa.
Kampung Selat Pulau hanya boleh dihubungi dengan bot dan sampan. Kini, paras air Sungai Perak sudah tidak melimpah lagi, tetapi air bertakung masih belum menampakkan tanda akan surut. Satu hal yang menarik ialah meskipun penduduk tempatan sudah lali dengan pacat dan lintah, tetapi
pada musim banjir kali ini ancaman lintah semakin menjadi-jadi
Penduduk Kampung Biak baru balik ke rumah masing-masing.
Kereta yang diletakkan di jalan juga mengalami kerosakan teruk.
Hampir semua mangsa banjir di pusat pemindahan sudah kembali menjenguk rumah masing-masing. Halaman rumah begitu becak, penuh lumpur dan selut. Bau masam di kawasan bekasan banjir menyesakkan hidung.
Sebahagian motosikal dan kereta yang diletakkan di atas jalan juga seperti sudah dapat dicam lagi. Pemiliknya harus mencari ongkos untuk baik pulih badan dan enjin kenderaan. Walaupun demikian, penduduk Kampung Gajah tetap bersyukur kerana keselamatan diri lebih utama.
Longgokan pakaian dan peralatan mangsa banjir
jalan menuju Kampung Pulau Tiga
Ketika banjir melanda, mangsa banjir akur dengan arahan pasukan bantuan dan penyelamat, iaitu meninggalkan tempat kejadian sehelai sepinggang. Harta benda dan keselesaan boleh diusahakan semula, sedangkan nyawa tiada galang gantinya. Mereka pasrah apabila terpaksa berpisah dengan pelbagai kenangan dan barang kesayangan.
Langkah segera untuk mendalamkan dan melebarkan semula Sungai Perak yang telah mengalami proses mendapan akibat pencemaran perlu tindakan segera. Mungkin beberapa bilion RM diperlukan untuk itu, tetapi dalam jangka panjang, masalah banjir mungkin lebih terkawal. Selain itu, sejarah kegemilangan Sungai Perak sebagai perhubungan air dari Teluk Intan hingga ke Beruas boleh dihidupkan semula dengan produk pelancongan susur sungai bertaraf antarabangsa ...
semoga banjir besar sebegini tidak muncul lagi.
ReplyDelete