Pendahuluan
Apabila tiba masanya, daun akan kering dan gugur begitu sahaja. Lantaran itu, penyajak mengingatkan supaya tidak berlagak sombong dengan sebarang kelebihan yang dimiliki. Insan tidak wajar meminggirkan insan yang lemah atau serba kekurangan (duafa = daif) yang memerlukan pertolongan untuk meneruskan kehidupan.
Puisi moden empat rangkap dengan 64 patah perkataan ini dimuatkan pada muka surat 11 antologi "Kuingin Berterima Kasih'. Nukiln SMahadzir ini ditulis pada tahun 2007. Kata 'umpama' dalam judul sajak menunjukkan unsur perlambangan (metafora).
Tema sajak: Amalan yang baik dalam kehidupan (rujuk teks antologi, muka surat 9)
Perbincangan rangkap demi rangkap
Rangkap 1
kita umpama sehelai daun
bertunas segar di hujung ranting
lalu melebar dan merimbun
tempat bercanda unggas meriang
di bawah redup bebayang mentari
Penyajak menegaskan bahawa kita sebagai insan tidak ubah seperti daun yang bergantung kepada banyak pihak lain demi kelangsungan hidup. Daun hanya boleh tumbuh dengan menumpang ranting, lalu menjadi besar dan berkembang.
Dalam masa yang sama nikmat yang sedang dikecapi hendaklah dikongsi dengan pelbagai pihak yang berkeperluan. Daun menjadi tempat unggas bergurau senda dan bergembira dalam sebuah persekitaran yang selamat dan selesa. Pendek kata, saling bergantung dan saling memudahkan.
Rangkap 2
andai kikir jasa dan bakti
di mana lagi tempat bernaung
dari tusukan bahang memijar
unggas kecil tidak berkudrat
Jika daun bersifat kedekut untuk menyumbang pertolongan, pihak yang memerlukan akan hilang tempat berlindung daripada cabaran hidup yang keras. Tusukan bahang memijar bererti suhu panas yang memeritkan (pijar). Unggas kecil melambangkan insan yang memerlukan pertolongan. Tidak berkudrat bermaksud tidak berdaya melindungi diri secara bersendirian.
Insan hendaklah menjauhi sikap berkira atau kedekut untuk menyumbang atau menghulurkan pertolongan. Dengan kelebihan tertentu yang dimiliki, seseorang itu dapat menolong insan lain yang tidak berdaya mengharungi cabaran hidup yang sukar.
Rangkap 3
kita umpama sehelai daun
bakal kering sampai waktunya
usahlah angkuh keupayaan diri
sehingga lupa makhluk duafa
ingin bernaung mencari hidup
Rangkap 4
jadilah sehelai daun
hijau melunas menyegar mata
kering gugur menjadi baja
Penyajak menyeru pembaca (sekalian insan) supaya mencontohi kejadian daun yang sentiasa bermanfaat sama ada ketika segar mahupun apabila sudah layu (kering). Ketika segar, daun yang menghijau sedap dipandang, manakala apabila kering dan gugur masih berguna sebagai baja yang menyubur bumi.
Insan ketika hidup hendaklah sentiasa berguna serta memudahkan urusan orang lain. Kebaikan yang dilakukan menjadi contoh dan sebutan sesudah insan itu lanjut usia dan akhirnya meninggal dunia.
Perbincangan:
Nilai murni
1 Saling menolong / bantu-membantu: Daun bergantung kepada ranting untuk pembesaran,
kemudian menjadi tempat unggas berlindung dan membina koloni.
2 Murah hati / jiwa besar: daun tidak kedekut / mementingkan diri untuk menghalang unggas kerdil
tumpang berlindung daripada tusukan bahang yang memijar
3 Keinsafan / merendah diri: daun akan kering jua akhirnya / tidak segar selama-lamanya untuk berlaku sombong / mengabaikan pihak yangkurang beruntung (daif)
Persoalan:
1 Saling menolong / bantu-membantu sesama insan
2 Murah hati / jiwa besar dalam kehidupan bermasyarakat / menghulurkan pertolongan
3 Keinsafan / merendah diri tentang kesudahan diri / pusingan usia kehidupan
Pengajaran:
1 Kita hendaklah saling menolong / bantu-membantu sesama insan
2 Kita hendaklah bermurah hati / berjiwa besar / jangan kedekut untuk menolong sesama insan
3 Kita hendaklah sentiasa insaf / merendah diri tentang kesudahan diri / pusingan usia kehidupan
Contoh soalan aras petikan:
1
2
3
Contoh soalan aras kbkk / kbat:
1
2
3
Contoh soalan aras komsas:
1
2
3
Penutup dan Kesimpulan:
1
2
Thanks, this helped a lot
ReplyDeletesangat membantu
ReplyDeletethanks man
ReplyDeleteSaranan penyajak kepada manusia
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteTq..for it
ReplyDeleteApa maksud berkudrat
ReplyDeleteBertulang
Deletethank you so much soooo helpful
ReplyDeleteThank you so much and very helpful
ReplyDeleteKepentingan tak de ke
ReplyDeleteNicer.. i know a lot now :)
ReplyDeleteMantap jiwa
ReplyDeletePenjelasan sangat membantu. Terima kasih.
ReplyDeleteSangat membantu
ReplyDelete