Tuesday, February 17, 2015

BAB 5 NOVEL 'PANTAI KASIH' TINGKATAN 4 (HOLDING THE PAST SINS)

Sinopsis
(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 68- 84)

Terganggu dengan bayangan arwah anak Raiha di banglo mewahnya, Dr. Uwang berkunjung ke pusat hiburan eksklusif. Namun, kata-kata ayahnya Datu Ontong kpada isteri jelitanya menerusi telefon masih terngiang-ngiang: "Entah apa-apa lagi yang palsu selepas ini. Sudahlah palsu,murah dan tak bermutu pula". Seorang pengunjung wanita muda merenungnya takjub, tetapi Uwang buat tidak peduli. Raiha menerjah minda Uwang, diikuti oleh Unong Siron. Uwang berasa tidak ada salahnya membezakan pesakit kurang berada dengan pesakit elit demi mencari untung besar.

Lintasan gambaran isteri jelitanya dan pesakit kelas menengah silih berganti tidak mampu ditepis. Sejenak kemudian wanita muda yang memandangnya tadi didatangi seorang wanita berpakaian serba hitam, lalu berdakapan. Sedang Uwang asyik memerhatikan gelagat dua wanita itu, Uwang melihat wanita berpakaian serba hitam berubah menjadi Unong Siron, manakala wanita muda itu menjadi arwah anak Raiha. Peristiwa kanak-kanak perempuan itu disambar api turut mengenai tubuh sasa Uwang.

Kedua-dua pergelangan tangan dan kepala lutut Uwang terasa nyeri ngilu yang parah. Uwang kembali ke alam nyta, tetapi ingatannya terhadap Raiha dan Unong Siron muncul lagi. Raiha yang pernah mengkaguminya kini mempersoalkan kewibawaan dirinya. Unong bingkas bangun untuk meninggalkan pusat hiburan terhuyung-hayang. Uwang sedar betapa gambaran palsu yang berlaku itu bisa memusnahkan keutuhan dirinya.

***


Felicia Landosi juga dibayangi peristiwa kematian ngeri anak Raiha yang silih berganti dengan wajah duka ibu Unong Siron. Kemudian Dr. Mohammad tiba di PRPK kerana panggilan kembali kecemasan kes bayi perempuan pramatang. Rungutan Dr. Mohammad tentang panggilan palsu segera menggemparkan keluarga pesakit yang menunggu di situ. Ariana Abdullah membuatkan Felicia tersentak apabila mengatakan panggilan kecemasan palsu itu dibuat olehnya. Dr. Mohammad menganggap Ariana hanya mengusik, sambil memancing perasaan Felicia. Ariana tidak senang dengan perhatian doktor bujang itu kepada Felicia. Cadangan Felicia supaya Dr. Mohammad bermalam di PRPK disetujui walaupun Ariana berpendapat sebaliknya.

Panggilan palsu, doktor palsu dan ketenteraman palsu ubat batuk merimaskan Felicia. Bayangan peristiwa kebakaran Porsche milik Dr. Sadiz bagaikan infeksi (jangkitan) dahsyat sehingga Felicia bergegas ke bilik air. Tiba-tiba Felicia berasa seperti berada dalam bilik kuliah semasa latihan kejururawatan dahulu. Wajah penceramah berubah menjadi Dr. Uwang, manakala jururawat pelatih menjadi Unong Siron. Mereka mengerumuni rangka tubuh tanpa kepala dan tanpa pakaian di situ.

Felicia berasa rangka tubuh itu dirinya. Dia juga berasa Dr. Uwang menghina dirinya walaupun mereka pernah sama-sama berpakat (demi keuntungan PRPK). Suara Ariana mengejutkan Felicia daripada khayalan dan tangisan dosa silamnya. Ariana menyangka Felicia tergelincir di bilik air itu, tetapi Felicia tergesa-gesa beredar keluar.

Watak dan Perwatakan

Dr. Uwang: kebendaan / materialistik, diburu bayangan dosa silam dan layanan berbeza terhadap pesakitberdasarkan kemampuan kewangan mereka.

Felicia Landosi: perahsia, diburu dosa silam dalam peristiwa kematian ngeri anak tunggal Dr. raiha

Dr. Mohammad:  masih bujang / penggoda. Cuba memikat Felicia dengan kata-kata pujian sambil membela Ariana yang dicurigai Felicia.

Ariana Abdullah: prihatin, cuba membantu Felicia yang terduduk kebingungan di bilik air PRPK

Latar masyarakat

Masyarakat yang bersikap kebendaan / materialistik

Masyarakat yang suka berahsia

Masyarakat yang prihatin

Nilai

Kesederhanaan

Kerahsiaan

Keprihatinan

Persoalan

Kesederhanaan dalam gaya hidup

Kerahsiaan kisah silam peribadi

Keprihatinan sesama rakan setugas

Pengajaran

Kita hendaklah bersikap sederhana dalam gaya hidup / kita janganlah bersikap kebendaan

Kita hendaklah merahsiakan kisah silam peribadi

Kita hendaklah prihatin terhadap rakan setugas

Latar tempat

pusat hiburan eksklusif

ruang rehat kaunter penyambut tetamu PRPK

bilik air PRPK

Latar masa

...

...

...

Perbincangan kbkk / kbat

...

...

...

No comments:

Post a Comment