Sinopsis Bab 6
(rujukan naskhah edisi murid: muka surat 85 - 101)
Pulang dari pusat hiburan, Dr. Uwang masih mundar-mandir di koridor banglo mewahnya kerana tidak mampu menangkis bayaran peristiwa hitam yang meragut nyawa anak Dr. Raiha. Segalanya bermula apabila dia terpaksa akur dengan saranan bapanya, Datu Ontong menghantar Dr. Sadiz dari rumah mereka selepas majlis tahun baharu. Dia juga terpaksa menghantar Felicia atas cadangan isteri jelitanya yang berharap ikut serta, tetapi Uwang menyuruhnya menjaga rumah sahaja. Mereka bertiga menaiki kereta Volvo 960 milik Uwang.
Pintu unit kondominium milik Sadiz terbuka, manakala kereta Porsche miliknya juga lesap. Kemudian, Sadiz memberitahu Uwang perihal Raiha melarikan Ayu, anak tunggal mereka (Sadiz punya dua orang anak menerusi perkahwinan pertama). Uwang menawarkan bantuan. Felicia pula mahu turun kereta, tetapi dicegah oleh Uwang. Felicia diumpan dengan kuasa dan gaji yang setimpal di PRPK bagi menutup mulutnya. Bayangan peristiwa hitam tadi lenyap apabila kedengaran suara isteri
jelitanya memberitahu ada panggilan kecemasan Dr. Raiha tentang kes
Unong Siron.
***
Di unit kondominiumnya, Raiha berpeluh bagi melepaskan diri daripada bayaran peristiwa hitam kebakaran Porsche yang menyambar nyawa anaknya. Sejak itu semangat kewanitaannya tergugat. Perasaannya yang bercampur-baur itu menyebabkan Raiha letih dan sukar merehatkan dirinya. Perbincangan dengan Dr. Uwang tentang kes Unong Siron muncul pula. Uwang cuba menjustifikasi masalah penolakan tubuh Unong Siron setelah melalui lima kali pembedahan yang dilakukan oleh Uwang, termasuk takdir. Uwang juga berasa wibawa dirinya sebagai pakar bedah terkenal dicabar.
Raiha juga teringat perihal layanan kasar Felicia terhadap ibu tua Unong Siron sehingga tergamak digelar sebagai orang tua lisut yang keterlaluan. Raiha memanggil Felicia ke pejabatnya untuk diberi teguran. Penjelasan Felicia membongkar rahsia dia menerima komisen hampir lima peratus apabila mencadangkan jirannya itu mendapatkan rawatan di PRPK. Unong Siron menggunakan wang insurans kemalangan yang diperolehnya. Felicia menuduh ibu Unong Siron dengki kepadanya tentang hal itu. .Dr. Raiha memberi amaran keras kepada Felicia supaya tidak mengulangi
layanan kejamnya. Felicia bingkas bangun lalu keluar sambil
menghempaskan pintu pejabat Dr. Raiha
Lamunan Raiha terhenti apabila terdengar deringan telefon. Panggilan diterima daripada Dr. Uwang yang mengarahkannya ke PRPK untuk kes kecemasan Unong Siron. Dalam pada dia bersiap untuk pergi, bayangan arwahnya pula muncul. Arwah ayahnya, pakar bedah membantah cadangan Raiha mengikut jejak langkahnya atas alasan IQ kaum wanita tidak setanding dengan lelaki.
Watak dan perwatakan
Dr. Uwang: mementingkan darjat / kedudukan / status. Dia berasa tidak senang dengan cadangan isteri jelitanya untuk menghantar pulang Felicia, kakitangan bawahannya.
Dr. Raiha: tegas, memberi teguran keras terhadap layanan kasar Felicia kepada ibu tua pesakit yang bernama Unong Siron
Felicia Landosi: angkuh, dia tidak menghormati teguran ketuanya Dr. raiha, sebaliknya menunjukkan bantahan dengan keluar pejabat sambil menghempas pintu
(arwah) Dr. Sadiz / suami Dr. Raiha / bapa saudara Dr. Uwang: kejam / zalim / sadis (hampir sama dengan nama watak yang diberi oleh pengarang), sanggup merancang pembunuhan Rohayu, anaknya sendiri bersama Raiha.
Datu Ontong / bapa Dr. Uwang / abang arwah Dr. Sadiz / bapa mertua Dr. Raiha: cakna / peka / prihatin, mengambil berat tentang keselamatan tetamu majlis di rumahnya lalu meminta Uwang menghantar adiknya Dr. Sadiz pulang walaupun dalam jarak tidak sampai suku kilometer.
Latar masyarakat
Masyarakat yang mementingkan darjat / kedudukan / status
Masyarakat yang tegas
Masyarakat yang angkuh
Nilai
Hormat-menghormati / saling menghormati
Ketegasan
Keakuran / kepatuhan / kesetiaan
Persoalan
Saling menghormati sesama manusia / sesama warga organisasi
Ketegasan tentang etika kerja / tingkah laku
Keakuran / kepatuhan terhadap teguran ketua
Pengajaran
Kita hendaklah saling menghormati sesama manusia / sesama warga organisasi
Kita hendaklah tegas tentang etika kerja / tingkah laku
Kita hendaklah akur / patuh terhadap teguran ketua
Latar tempat
Majlis sambutan tahun baharu di rumah Datu Ontong
Banglo mewah Dr. Uwang
Unit kondominium Dr. Raiha / arwah Dr. Sadiz
Latar masa
lewat malam
ketika ayah Dr. Raiha masih hisup
Perbincangan kbkk / kbat
...
...
...
No comments:
Post a Comment