Kini, sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 (PPPM), dasar pelantikan pengetua dan guru besar adalah menerusi permohonan oleh calon yang telah menjalani program kelayakan kepengetuaan di Institut Aminuddin Baki (IAB). Maka, jawatan pentadbiran sekolah tertinggi yang boleh diisi oleh guru penolong (PPP) tanpa NPQEL setakat Penolong Kanan. Maka, kemungkinan bahawa pengetua atau guru besar berusia lebih muda daripada semua penolong kanan, guru kanan dan sebahagian guru lama yang 'ditakdirkan' bakal bersara sebagai guru mata pelajaran sahaja.
Pada tahun 1970-an dan 1980-an ketika kebanyakan guru hanya memiliki sijil perguruan, terdapat siswazah pendidikan yang baharu tamat pengajian terus dilantik sebagai pengetua, atau selepas setahun memegang jawatan penolong kanan. Pengetua sangat muda, baharu 26 tahun. Lama-kelamaan, bilangan siswazah pendidikan semakin besar jumlahnya menyebabkan sesetengah pengetua hanya dilantik setelah mencecah usia 50-an.
Dahulu juga, pelantikan pengetua dibuat menerusi pencalonan di peringkat Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) sebelum diangkat ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Proses tapisan dan saringan tertentu akan dibuat sebelum surat pelantikan ditandatangani oleh Pengarah JPN. Maka, peluang lebih cerah dalam kalangan calon yang menonjol dalam kegiatan pendidikan di peringkat daerah dan negeri, serta dikenali oleh pegawai atasan.
Sebenarnya, kelayakan kepengetuaan NPQH telah lama dilaksanakan oleh IAB, tetapi kuat kuasa syarat kelayakan berkenaan baharu dikuatkuasakan sejak tahun 2014. Maka, terdapat sebahagian lulusan NPQH dan sarjana kepengetuaan Universiti Malaya telah diketepikan kerana mereka tidak begitu dikenali atau kurang menonjol. Ada yang sudah sepuluh tahun memperoleh kelayakan itu dan sudah hampir bersara.
Pemohon jawatan pengetua atau guru besar yang memiliki kelayakan NPQH atau NPQEL bukan calon automatik untuk pelantikan, tetapi perlu menghadiri sesi temu duga dan tapisan keutuhan terlebih dahulu. Panel temu duga lazimnya dalam kalangan pegawai tinggi JPN atau PPD, serta pengetua kanan. Jika sosok mereka didapati sesuai untuk jawatan pengetua dan guru besar, panel berkenaan akan memberi perakuan kepada pihak JPN untuk tindakan selanjutnya.
Persaingan untuk mengikuti kursus kepengetuaan IAB nampaknya semakin sengit kerana banyak guru muda teruja untuk menyandang jawatan pentadbiran sekolah. Bilangan pemohon mencecah hampir 10,000 orang, tetapi tempat yang disediakan tidak sampai 500. Permohonan untuk NPQEL bagi tahun 2015 telah dibuka secara atas talian sehingga tarikh tutupnya pada 31 Ogos ini (klik di sini).
Kelayakan kepengetuaan telah sekian lama menjadi amalan negara maju (klik di sini dan di sini). Mereka menuju ke arah keanggotaan ikhtisas berdaftar seperti chartered accountant, jurutera bertauliah (Ir.), lembaga arkitek, majlis pengamal perubatan dan sebagainya. Maknanya, pengetua dipantau oleh sebuah majlis ikhtisas yang berkuasa melucutkan keanggotaan sesiapa yang didapati melanggar etika dan peraturan ikhtisas kepengetuaan yang ditetapkan.
...

cikgu main dengan pengetua
ReplyDelete