Pada zaman dahulu konsep 'orang rumah' merujuk kepada kaum wanita sebagai suri rumah sepenuh masa. Namun, akses pendidikan tanpa membezakan jantina telah memungkinkan lebih ramai wanita memasuki pasaran pekerjaan, serta bersaing dengan kaum lelaki. Peralihan zaman daripada ekonomi pengeluaran dengan kudrat fizikal (manual, hands-on, p-economy) kepada ekonomi yang berasaskan pengetahuan (k-economy, minds-on) memecahkan dominasi maskulin terhadap lebih banyak bidang pekerjaan.
Tanggapan konservatif bahawa anak-anak perempuan hanya perlu diasuh sebagai bakal isteri sepenuh masa hakikatnya banyak membawa keburukan, Banyak urusan kaum wanita sendiri, misalnya rawatan perbidanan dan sakit puan (O & G) dikendalikan oleh bukan kaum sejenis mereka. Hal itu bukan sahaja membabitkan maruah diri, bahkan menyentuh hukum hakam yang sensitif.
Demikian juga dalam kerjaya penting yang lain seperti ahli akademik, keselamatan, pentadbiran, pakar runding sektor pembuatan, teknikal dan sebagainya memerlukan wanita atas sebab yang sama. Maka, fenomena kaum wanita berkerjaya bukanlah secara tuntas kejayaan gerakan feminisme, tetapi suatu tuntutan agama, maksudnya dalam lingkungan keperluan urusan wanita sendiri. Penyertaan wanita dalam dunia kerjaya bukan untuk merampas tempat sesiapa, tetapi demi kebajikan kaum wanita secara keseluruhannya.
Perbincangan natijah syariah tentang wanita berkerjaya telah banyak dibincangkan, contohnya di sini. Wanita berkerjaya wajib menjaga adab, maruah dan pergaulan supaya sejajar dengan kelonggaran yang dinikmati. Pihak majikan juga mesti akur terhadap syarat pekerjaan yang sesuai dengan fitrah wanita seperti peruntukan cuti dan waktu kerja yang luwes (fleksibel).
Pendidikan dan kerjaya melambatkan perkahwinan wanita dan tidak kurang yang memilih untuk terus membujang sepanjang hayat (baca kajian ilmiah di sini). Fenomena isi rumah tunggal dan masalah sosial kaum wanita juga semakin ketara di United Kingdom (klik di sini). Di Malaysia, wanita berkerjaya menghadapi masalah untuk bertemu jodoh yang kufu' sehingga banyak terjadi perkahwinan terdesak dengan lelaki yang berpendidikan dan berpendapatan relatif rendah (baca kajian tentangnya di sini).
Tekanan yang dihadapi oleh wanita berkerjaya bergantung terhadap bentuk isu yang dihadapi. Misalnya, wanita berkebarangkalian mengalami gangguan mental dan seksual di tempat kerja. Walaupun terdapat peruntukan undang-undang yang melindungi kaum wanita berkerjaya (klik di sini), banyak yang memilih untuk mendiamkan diri atas sebab-sebab peribadi.
Dilema wanita berkahwin yang memiliki kerjaya menghadapi cabaran yang lebih berat andai kata suami enggan berkongsi tanggungjawab pengurusan rumah tangga dan pendidikan anak-anak. Semasa belum bernikah, bulan dan bintang pun akan digapai, tetapi sesudah memilik isteri idaman, suami lupa akan janji yang dimeterai, serta membiarkan isteri menanggung beban seorang diri tanpa perasaan kasihan belas. Wanita hanya mampu menjeruk rasa dengan sikap suami yang sedemikian kerana tidak mahu dianggap isteri yang derhaka.
Kesimpulannya, wanita berkerjaya telah mengisi keperluan urusan kaum sejenis mereka di samping menggunakan kepintaran serta bakat masing-masing dalam zaman yang tidak semata-mata bergantung terhadap tenaga jasmani. Sumbangan kaum wanita kepada negara dan umat sangat signifikan selama mana mereka pandai membawa diri dan menjaga diri dalam konteks patuh syariah. Pihak yang berwibawa hendaknya prihatin dan merancang dasar yang melindungi kebajikan dan keselamatan wanita berkerjaya dari segala sudut ...

No comments:
Post a Comment