Tuesday, March 17, 2015

BAB SEMBILAN BELAS, BAB DUA PULUH NOVEL ‘JENDELA MENGHADAP JALAN’ (TARGET OF CRIME ACT)



Sinopsis Bab 19
(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 141- 148)

‘Aku’ sekadar menemankan Danel di restoran makanan segera. ‘Aku’ sekadar memesan jus epal, sedangkan Danel makan makanan ‘tidak sihat’ potensi darah tinggi. “Aku’ beralasan untuk makan tengah hari di rumah nenek, lalu Danel memberitahu dia selalu masak menu berasaskan pisang di situ. Kemudian, ‘aku’ mengikut Danel ke pasar raya tanpa ‘aku’ mahu membeli apa-apa. Sebenarnya ‘aku’ berasa kurang selesa keluar dengan lelaki asing yang mengundang risiko dan tidak sopan. ‘Aku’ malas memanjangkan perbualan yang membuka ruang ‘kemesraan’ kepada Danel untuk perkara lain.

Akhirnya ‘kami’ pulang dengan bas sahaja walaupun cadanganasal Danel ialah teksi yang mungkin memberi peluang berdua-duan lagi. ‘Aku’ berasa dalam zon selamat apabila tiba di kawasan kampung. Tiba-tiba keadaan kecoh apabila Rafik, anak Che Jah yang memegang pisau dikejar oleh beberapa orang lelaki. Dia menerpa kea rah ‘aku’, mengilas tangan kiri ‘aku’ dengan kuat, serta mencekik leher ‘aku’. Rafik mengugut untuk membunuh ‘aku’ jika ada sesiapa datang rapat. ‘Aku’ pengsan.

Apabila tersedar, kedua-dua belah tangan ‘aku’ diikat ke belakang dalam tempat kurungan yang busuk dan gelap. Kedengaran Rafik dan seorang lagi anak Che Jah bertengkar tentang ‘aku’ dan jalan melepaskan diri daripada buruan orang kampung. “Aku’ menjadi tebusan mereka.

Sinopsis Bab 20
(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 149 - 155)

Dalam pada ‘aku’ berkira-kira untuk melepaskan diri dengan kaki kebas yang tidak diikat, Danel muncul membuka ikatan dan mengarahkan ‘aku’ lari bersamanya meredah kepekatan malam. Ketika berhenti di simpang ‘aku’ berjaya melepaskan genggaman Danel. Dia tahu tempat persembunyian Rafik dan Haziq, tetapi sengaja tidak bertindak bagi mengelakkan kejadian lebih buruk. Walaupun terkilan, ‘aku’ bersyukur.

Danel yakin Rafiq dan Haziq akan tertangkap. Haziq pernah satu sekolah dengan Danel dan dia asalnya budak bijak. Apabila tiba di rumah nenek, banyak orang berkumpul di situ. Nenek segera memastikan ‘aku’ tidak diapa-apakan. Nenek membantu ‘aku’ membersihkan diri. Nnenek memberitahu dia telah memanaskan lauk tengah hari sebanyak empat kali.

‘Aku’ mengatakan Rafik dan Haziq terdesak, lalu nenek menambah bahawa tindakan mereka tidak rasional. Haziq pernah mencuri barang kemas pusaka ibunya gara-gara dadah, lalu disumbat di dalam lokap. Hampir separuh penduduk kampong berkunjung ke rumah nenek berkongsi kebimbangan. Solat hajat juga didirikan. ‘Aku’ tidak lena sambil berasa empati terhadap Rafik dan Haziq.

Watak dan perwatakan

‘Aku’ / Lili: sentiasa berjaga-jaga / waspada

Danel: suka mengambil kesempatan

Rafik:  penagih dadah, kejam

Haziq: penagih dadah, bijak

Nenek ‘aku’:  penyayang

Penduduk kampong:  prihatin

Latar masyarakat

Masyarakat yang sentiasa berjaga-jaga / waspada

Masyarakat penagih dadah

Masyarakat yang penyayang

Nilai

Kewaspadaan

Kasih sayang

Keprihatinan

Persoalan

Kewaspadaan terhadap kemungkinan unsur bahaya / risiko

Kasih sayang sesama keluarga

Keprihatinan terhadap keselamatan jiran

Pengajaran

Kita hendaklah sentiasa waspada terhadap niat yang tersembunyi

Kita janganlah terjebak dengan pengaruh dadah /  jenayah

Kita hendaklah prihatinterhadap keselamatan jiran

Latar tempat

Restoran makanan segera di pekan

Tempat persembunyian Rafik / Haziq

Rumah datuk / nenek ‘aku’

Latar masa

Tengah hari

Malam / selepas waktu solat isyak

Perbincangan kbkk / kbat

Kesan buruk pergaulan bebas

Iltizam memerangi najis dadah sahaja belum mencukupi

Contoh soalan aras komsas

Jelaskan tiga peristiwa yang mengandungi unsur kejutan dalam novel yang anda pelajari.

Contoh soalan aras kbkk / kbat

Unsur kebetulan sering ditemui dalam pembacaan sesebuah novel.

Berdasarkan novel yang anda pelajari, berikan dua contoh unsur kebetulan yang digunakan oleh penulisnya.

No comments:

Post a Comment