Sinopsis Bab 11
(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 79 - 84)
Datuk sibuk mencari tasbihnya yang hilang. Ketika berzikir, datuk seperti tidak tenteram. 'Aku' merapati datuk untuk bertanya status kesihatannya. Datuk membuka mata, lalu menyatakan sesudah 70 tahun menempuh cabaran hidup, baru kini dia terasa penat. Setelah memesan kopi untuk datuk, 'aku' kembali memerhatikan datuk yang terbatuk panjang dan semakin uzur. Namun, pandangan zahir sahaja tidak cukup untuk menyelami perasaan sebenar datuk.
Walaupun aroma kopi nenek menyegarkan, tetapi aku bukan penggemar kopi. 'Aku' meminta diri meninggalkan datuk dan nenek berdua, tetapi ditegah oleh datuk. Datuk mahu 'aku' bercerita tentang ibu. Apabila datuk menceritakan zaman kanak-kanak ibu, baru 'aku' menyedari banyak perkara yang tidak pernah diketahui kerana ibu tidak suka menoleh ke belakang. Barangkali itulah sebabnya ibu menghantar 'aku' bercuti di kampung.
Sinopsis Bab 12
(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 85 - 90)
Isu mempertahankan kubah surau berkaitan dengan sejarah pesanan arwah Haji Salihin dan arwah ayah datuk supaya surau tidak diubah suai sehingga 50 tahun kerana khuatir 'semangat' yang membangunkan kampung terperanjat. Nenek bercerita kononnya Kampung Sentosa telah disumpah dan ada penduduk mendakwa terserempak dengan hantu arwah yang marahkan pembangunan. 'Aku' menganggap hal itu sebagai pelik dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Tengah hari esoknya 'aku' melihat sekumpulan lelaki tergesa-gesa di bendang sambil dua orang daripadanya masing-masing mengepit ayam jantan dan ayam betina sedang dikejar oleh mereka. Abang Rashid yang muncul di situ menjelaskan bahawa penduduk kampung di ambang perpecahan. Apabila ditanya lebih lanjut, Abang Rashid hanya membisu. Ketika mereka tiba di rumah nenek, lima orang tetamu sedang bercakap-cakap di ruang tamu.
Watak dan perwatakan
'Aku' / Lili: suka menyiasat kebenaran / tegas diri / asertif. tidak membiarkan sesutu peristiwa berlalu tanpa memperoleh penjelasan. 'Aku' mendengar cerita sambil berfikir lebih lanjut.
Datuk 'aku': berjiwa halus / sentimental. Kehilangan tasbih kesayangannya memebri kesan mendalam terhadap jiwa dan perasaan datuk.
Nenek 'aku': setia. Sentiasa membancuh kopi untuk datuk, serta memberi sokongan kepada datuk tentang isu kubah surau
Abang Rashid: cakna / prihatin. Memastikan 'aku' menjauhi bahaya yang sedang melanda penduduk kampung sentosa yang berpecah belah
Latar masyarakat
masyarakat orang kampung
masyarakat yang berjiwa halus / sentimental
masyarakat yang setia kepada suami
Nilai
ketegasan
kesetiaan
keprihatinan
Persoalan
ketegasan dalam pendirian
kesetiaan terhadap suami
keprihatinan terhadap keselamatan keluarga
Pengajaran
kita hendaklah tegas dalam mempertahankan pendirian
kita hendaklah setia terhadap pemimpin keluarga
kita hendaklah prihatin terhadap keselamatan keluarga
Latar tempat
rumah datuk / nenek 'aku':
bangsal bendang di kampung Sentosa:
Latar masa
tengah hari: Abang Rashid mengatakan tidak selamat 'aku' sendirian di bangsal bendang ketika itu
Perbincangan kbkk / kbat
kepercayaan karut dalam kalangan masyarakat
kepentingan menjaga harta benda
Contoh soalan komsas
Huraikan tiga pengajaran dalam novel yang anda pelajari.
Contoh soalan kbkk / kbat
Unsur suspen menjadi daya tarikan sesebuah novel.
Berikan dua contoh peristiwa yang menyokong pernyataan diatas.

No comments:
Post a Comment