Friday, April 3, 2015

MENIKMATI SATE KAJANG HAJI SAMURI (CHEAP IS NOT ALWAYS THE BEST)

Usai urusan di Putrajaya, penulis blog (PB) sekeluarga menuju ke Kajang yang banyak menyimpan kenangan waktu belajar di UKM Bangi dahulu. Kemajuan pesat bandar Kajang memang terserlah apabila lebih banyak kegiatan ekonomi berlaku walaupun masalah banjir kilat akibat sistem pengairan dan saliran yang belum bersedia menampungnya. PB harus menggunakan bantuan sistem pengesanan kedudukan sejagat (GPS) kerana kebanyakan jalan bandar diwartakan sebagai sehala, tidak seperti dahulu.

Teknologi GPS membawa PB tepat di perkarangan cawangan induk Restoran Sate Kajang Haji Samuri di Bangunan Dato' Nazir. Tempat meletak kenderaan yang disediakan memang luas, tetapi mungkin sesak pada waktu malam. PB sudah biasa membeli sate terkenal itu di Restoran Jejantas Sungai Buloh sesekali singgah di situ.
Di kaunter pesanan, petugas merangkap juruwang memninta nombor meja sebelum memasukkan butiran pesanan dalam sistem komputer. Bayaran dibuat serta-merta secara tunai. Pelanggan disuakan dulang dengan semangkuk kuah sate, sambal sate berwarna hitam dan hirisan timun untuk kembali ke meja sebelum pesanan dihantar.

Harga sate istimewa di situ memang mahal jika dibandingkan dengan sate biasa di pasar malam atau restoran biasa yang lain. Namun, saiz setiap cucuk sate serta tekstur sate yang dibakar boleh memberikan jawapannya. Selain sate, PB juga memesan makanan panas ala carte yang berharga biasa-biasa sahaja.


...

...
sumber ambilan gambar dan berita: klik di sini

...

...

No comments:

Post a Comment