Wednesday, April 1, 2015

TAWARAN BIASISWA PELAJAR CEMERLANG SANGAT TERHAD (FINANCING HIGHER EDUCATION: FUTURE TRENDS)

Sehingga penghujung dekad 1990-an, penghantaran pelajar ke luar negara dilakukan secara besar-besaran. Ketika itu, format Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih menggunakan gred angka seperti A1, A2 untuk cemerlang, C3, C4, C5 dan C6 untuk kepujian dan P7 dan P8 untuk lulus. Enam mata pelajaran terbaik akan diambil kira untuk kiraan agregat, iaitu 6 - 24 untuk gred satu, 25 - 34 gred dua dan seterusnya.

Hampir semua pelajar gred satu dengan pencapaian Bahasa Inggeris dan Matematik yang baik berpeluang untuk ke luar negara. Pemegang diploma Institut Teknologi Mara (kini UiTM) dan Politeknik Ungku Omar (PUO) juga mudah mendapat tajaan ke luar negara. Hanya pelajar Sijil Tinggi Persekolahan (STP, HSC) yang agak ketinggalan untuk ke luar negara, tetapi kebanyakan mereka menyertai perkhidmatan kanan kerajaan sebagai pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) setelah menamatkan pengajian di universiti tempatan dan kemudian melanjutkan pengajian ijazah tinggi juga di luar negara.
keratan akhbar Kosmo!, 1.4.15, halaman 5
klik imej untuk paparan lebih jelas

Kemudian, lebih banyak universiti awam dibuka, serta universiti swasta juga dibenarkan penubuhannya. Maka, era penghantaran pelajar ke luar negara secara beransur-ansur tidak lagi menjadi amalan. Sebaliknya, pelajar digalakkan belajar di dalam negara dengan tajaan biasiswa dan juga dermasiswa.

...

...

...

...

...

No comments:

Post a Comment