Tajuk
“PERMUFAKATAN DALAM PERANCANGAN PROGRAM PERKEMBANGAN STAF DUA
BUAH SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI NEGERI PERAK”.
2 Pendahuluan
Di Malaysia, program perkembangan staf di kalangan guru
biasanya diertikan sebagai kursus dalaman peringkat sekolah dan bersifat kursus
dalam perkhidmatan. Program biasanya dikendalikan oleh penceramah jemputan atau
kalangan guru yang menghadiri kursus anjuran pelbagai agensi Kementerian Pelajaran.
Dengan mengambil kira bahawa sistem pendidikan negara yang berpusat (centralized), maka pelaksanaan program
dipengaruhi oleh jumlah peruntukan yang diterima oleh pihak sekolah. Idea pengurusan program perkembangan staf
berasaskan sekolah sebagaimana yang diamalkan di negara-negara maju yang direka
bentuk sebagai proses pembangunan profesional yang berterusan, merangkumi
program latihan praperkhidmatan, dalam perkhidmatan, pensiswazahan dan
pengijazahan tinggi, kini mula mendapat perhatian ahli akademik dan perancang
pendidikan. Satu daripada elemen penting program perkembangan staf berasaskan
sekolah ialah permuafakatan dalam proses perancangannya. Kajian ini akan meneliti amalan permuafakatan
sedia ada, asas dan keberkesanannya, serta mengenal pasti perbezaan bentuk
permuafakatan yang mungkin wujud antara dua
buah sekolah yang dikaji. Inferen kajian boleh menjadi input berguna untuk
proses reka bentuk perancangan program perkembangan staf kalangan guru di
Malaysia pada masa depan.
3 Objektif Kajian
Pada akhir kajian diharapkan bahawa pengkaji akan dapat:
- Menentukan sejauh mana permufakatan dalam perancangan program perkembangan staf dilaksanakan di sekolah menengah teknik
b. Menilai asas permuafakatan dalam program
perkembangan staf di
sekolah menengah teknik
- Menentukan keberkesanan permuafakatan sedia ada
- Mengenal pasti perbezaan bentuk permuafakatan sekolah menengah teknik akademik dengan sekolah menengah teknik kemahiran
4 Soalan Kajian
Pengkaji ingin mendapatkan jawapan bagi
soalan-soalan kajian berikut:
- Adakah guru-guru sekolah menengah teknik melaksanakan permuafakatan dalam perancangan program perkembangan staf di sekolah masing-masing?
- Apakah asas permuafakatan yang digunakan dalam merancang program perkembangan staf di sekolah menengah teknik yang dikaji?
- Sejauh manakah keberkesanan permuafakatan dalam merancang program perkembangan staf di sekolah menengah teknik yang dikaji?
- Apakah perbezaan antara permuafakatan dalam merancang program perkembangan staf di sekolah mnengah teknik akademik dengan sekolah menengah teknik kemahiran?
5 Kaedah Kajian
Kajian ini
menggunakan kaedah tinjauan dan temu bual. Dua sekolah yang bakal dilibatkan
dalam kajian ialah:
a. Sekolah Menengah Teknik Ipoh, Persiaran Brash, Ipoh;
b. Sekolah Menengah Teknik
Leboh Cator, Ipoh;
dan
Item soal selidik
dan temu bual dibina berdasarkan instrumen yang diubah suai daripada Zulwali
Kifli Merawi (disertasi Ph.D, University
of Manchester,
1996). Instrumen berkenaan sesuai untuk
meneliti amalan perancangan program perkembangan staf berasaskan sekolah di
sekolah yang dikaji. Soal selidik akan
ditadbirkan secara berkelompok di kalangan guru dengan kehadiran pengkaji bagi
memastikan kadar pengembalian set soal selidik yang tinggi dengan jawapan
lengkap. Temu bual akan ditadbirkan
kepada kedua-dua pengetua sekolah terbabit, serta terhadap beberapa orang guru
di setiap sekolah menengah teknik yang dikaji.
6 Analisis Data
Semua item soal selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS)
bagi mendapatkan data kekerapan dan peratusan bagi menggambarkan amalan, asas
permuafakatan dan keberkesanannya dalam proses perancangan program perkembangan
staf berkenaan. Data temu bual akan
ditranskripsikan bagi menyokong data
kuantitatif yang diperoleh.
7 Skop / Batasan Kajian
Kajian akan hanya membabitkan dua buah sekolah menengah
teknik di negeri Perak yang dipilih. Akses
dokumen yang berkaitan akan dibuat berdasarkan kerjasama pentadbir sekolah yang
dikaji. Sebarang kekurangan yang wujud
akan cuba
ditampung menerusi pemerhatian pengkaji sendiri dengan menghadiri beberapa program perkembangan staf yang
dilaksanakan di sekolah yang dikaji.
8 Kepentingan Kajian
Kajian ini penting memandangkan bahawa program
perkembangan staf kalangan guru peringkat sekolah di Malaysia boleh dikatakan bersifat top – down, ad-hoc dan tidak berterusan. Belum ada suatu sistem pemantauan
perkembangan profesional guru peringkat sekolah diguna pakai untuk memastikan
guru yang diiktiraf menerusi program latihan praperkhidmatan akan sentiasa
memperoleh input terkini kerjaya perguruan jika dibandingkan dengan bidang profesional lain seperti akauntan,
doktor, jurutera dan peguam. Pengetua
juga tidak mendapat pendedahan dan latihan yang mencukupi bagi merancang
program perkembangan staf berasaskan sekolah supaya diterima dengan baik dan
benar-benar menyumbang kepada keberkesanan sekolah dan penghasilan pembelajaran
murid yang menjadi sebab kewujudan institusi sekolah itu sendiri. Elemen
permuafakatan dalam proses perancangan program masih perlu diperkukuh.
No comments:
Post a Comment