Friday, July 31, 2015
Thursday, July 30, 2015
Wednesday, July 29, 2015
Tuesday, July 28, 2015
LULUSAN EKONOMI TERAJUI KEPIMPINAN NEGARA (NEW CABINET LINE-UP)
Hari ini pasukan jemaah menteri yang baharu telah diumumkan. Pengisian jawatan kabinet kerajaan persekutuan menjadi hak prerogatif perdana menteri. Perkenan DYMM Yang Di-Pertuan Agung menjadi amalan sistem raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen di negara ini.
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Sunday, July 26, 2015
Saturday, July 25, 2015
Friday, July 24, 2015
Thursday, July 23, 2015
Wednesday, July 22, 2015
TAKLIMAT IGCSE DAN MUZAKARAH MRSM (PARENTAL SUPPORT IN LEARNING)
Barangkali kerana majoriti ibu bapa dan murid Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) orang Islam, maka hari terbuka dinamakan sebagai muzakarah permuafakatan. Namun, pertemuan guru dengan setiap orang ibu bapa hari Rabu, 22 Julai 2015 dikhususkan kepada mereka yang mempunyai anak dalam tingkatan dua sahaja. Hal itu disebabkan murid tingkatan dua bakal menduduki ujian check point kemasukan program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) pada bulan September.
MRSM Parit ialah antara beberapa buah maktab rintis program IGCSE yang bakal diperluas kepada semua MRSM. Maksudnya, di samping kurikulum kebangsaan dengan PT3 dan SPM, murid MRSM juga menduduki peperiksaan O Level dengan status bahasa Inggers sebagai bahasa pertama. Calon yang lulus dengan cemerlang dalam IGCSE akan diterima masuk ke universiti terkemuka dunia tanpa perlu menduduki saringan (TOEFL, klik di sini). Selain MRSM, sekolah antarabangsa juga diberi keizinan untuk menggunakan kurikulum Cambridge IGCSE.
Oleh sebab program muzakarah berlangsung pada hari kerja sebaik tamat cuti hari raya, banyak ibu bapa yang tidak dapat hadir pada awal pagi kerana sukar untuk mendapat kelulusan cuti rehat khas (CRK). Kakitangan awam yang hendak meninggalkan pejabat melebihi tempoh tiga jam dikehendaki mengambil CRK. Maka, sebahagian ibu bapa yang berdekatan hanya muncul pada lewat pukul sebelas pagi.
Niat pihak RSM mungkin baik, iaitu ibu bapa diberi kelonggaran untuk menghantar anak masing-masing pada awal persekolahan. Dalam keadaan biasa, paling lewat murid wajib berada dalam kawasan maktab sebelum pukul enam semalamnya. Barangkali perkara ini perlu dipertimbangkan semula dalam perancangan muzakarah yang akan datang.
Paparan di atas mungkin melegakan ibu bapa yang hadir taklimat sejak awal pagi. MRSM Parit mencatat keciciran sifar. Walaupun demikian, elok juga jika pencapaian antara MRSM seluruh Malaysia dipaparkan untuk perbandingan. Penarafan berdasarkan band 1 hingga 6 itu membolehkan segala sumber kepakaran dalam kalangan guru dn ibu bapa digembleng ke arah skor yang lebih tinggi.
Kertas bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama jelas sekali hanya melepasi sempadan kepujian. Sesuatu perlu dilakukan supaya keadaan yang demikian tidak berkekalan begitu. Semakan semula pedagogi dan modul latih tubi mungkin suatu jalan yang boleh dipertimbangkan dengan serius.
Selepas sesi taklimat oleh penyelaras program, ibu bapa mengambil giliran berjumpa dengan guru mata pelajaran. Anak memainkan peranan untuk memilih barisan yang lebih pendek secara relatif supaya urusan lebih lancar. Ketiadaan sistem nombor giliran mengakibatkan ibu bapa harus bertolak ansur.
Mulai pulul 11.30 pagi, ibu bapa yang berkelapangan dialu-alukan menuju dewan makan untuk menikmati menu istimewa penghuni asrama, iaitu nasih ayam yang lazat. Di situ, ibu bapa sempat bertukar-tukar maklumat tentang hal anak dan keluarga. Majlis bersurai pada pukul 1.30 tengah hari ...
Tuesday, July 21, 2015
PERANCANGAN KEWANGAN KELUARGA SELEPAS MUSIM PERAYAAN (THE ABILITY TO SPEND ACCORDINGLY)
Perbelanjaan yang berhemah menjamin kesejahteraan institusi keluarga. Sebaliknya, sikap boros dan membazir bakal membawa padah serta mengancam keutuhan sesebuah keluarga. Jumlah perbelanjaan yang melbihi jumlah pendapatan isi rumah pada kebiasaannya dibiayai menerusi hutang.
...
...
...
...
...
...
...
Monday, July 20, 2015
SEBARAN PALSU WHATSAPP JEJAS KREDIBILITI MEDIA SOSIAL (WHEN EVERYONE BECOME JOURNALIST)
Aplikasi whatsapp muncul sebagai pencuri masa paling kuat dalam kalangan pengguna telefon pintar. Penyakit melayan whatsapp telah menjangkiti semua peringkat umur yang memiliki akses terhadap aplikasi tersebut. Kepuasan melayani mesej perbualan bertulis, imej atau salinan video mungkin melebihi komunikasi sosial secara bersemuka.
Pengguna whatsapp berlumba-lumba menyalin sebaran mesej, imej atau audio video untuk disebarkan dalam kalangan anggota kumpulan. Jika seseorang itu mendaftar dalam banyak kumpulan, maka kebarangkalian untuk menerima fail yang sama berulang-ulang adalah besar. Hal itu nampaknya tidak pernah memudarkan keinginan untuk bermain-main dengan whatsapp yang berjaya mencetus fenomena komunaksi masa sebenar maya yang menakluk jiwa kebanyakan pengguna telefon pintar.
...
...
...
...
...
...
Sunday, July 19, 2015
MEMBETULKAN PERSEPSI TENTANG PEMBELAJARAN (WHOM TO PLEASE IN THE CLASSROOM?)
Maklum balas terhadap kegiatan bilik darjah akan berbeza kepada orang yang berbeza. Guru sebagai ahli ikhtisas menginginkan semua murid beroleh akses dan ekuiti dalam pembelajaran. Sebaliknya, sebahagian murid beranggapan bahawa m,ereka belajar untuk memuaskan keinginan orang lain, terutama ibu bapa dan guru.
...
...
...
...
...
...
...
Saturday, July 18, 2015
MUDAH TERASA PETANDA MENINGKAT USIA? (THE PSYCHOLOGY OF SENIOR CITIZEN)
Biasalah orang tua mudah merajuk tidak ubah seperti senjata anak-anak kecil bagi meraih perhatian. Pantang tersalah cakap atau terlebih tingkah laku, perasaan mereka mudah tergores. Perkara itu berlaku secara automatik walaupun mereka cuba bertahan.
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
GURU BERI LAYANAN ADIL DI BILIK DARJAH (ACCOMODATIVE APPROACH AT THE LEARNING SETTING)
Murid datang daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi dan kecenderungan. Ibu bapa mereka berbeza kedudukan dan pengaruh. Persamaan antara mereka ialah sebagai pembayar cukai yang membiayai penyediaan barang awam termasuk kemudahan pendidikan.
Pendemokrasian pendidikan bererti mutu pendidikan terbaik untuk semua murid. Setiap orang daripada mereka berhak memperoleh akses terhadap pendidikan bermutu bagi memupuk pembelajaran dalam konteks persekitaran yang pesat berubah. Prinsip ekuiti atau kesaksamaan menjadi pegangan kepada guru yang berkesan.
Murid diterima seadanya tanpa sebarang syarat. Murid datang ke sekolah sebagai insan kekurangan (disadvantage) serta mengharapkan pertolongan guru sebagai ahli ikhtisas yang berwibawa (advantage). Walaupun dalam era maklumat di hujung jari bermaksud bahawa murid sarat maklumat, tugas membimbing murid bagi menyaring serta mengorganisasikan maklumat yang melaut itu masih terletak di tangan para guru.
Sebagai insan biasa, tidak dinafikan kadang-kadang beberapa orang murid yang memiliki kelebihan tertentu diberi perhatian sedikit istimewa. Sama seperti masyarakat awam, hal itu mungkin menjadi bualan gosip sesama murid. Jika dibiarkan berterusan, bunga-bunga krisis dan skandal mungkin mempengaruhi persepsi murid.
Keadaan bertambah rumit jika layanan khas terhadap mana-mana murid dikaitkan dengan hubungan kekeluargaan, status kekayaan dan pengaruh. Murid lain berpotensi untuk 'memberontak' dan mengadu secara tidak sengaja di rumah. Hal itu lebih serius jika dapat dihidu oleh pucuk kepimpinan sekolah.
Dengan pengecualian terhadap program pendidikan khas yang bersifat eksklusif, semua murid berhak menerima layanan yang saksama dalam proses pembelajaran. Pendidikan inklusif menepati hak kanak-kanak untuk memiliki kesempatan yang setara sesama rakan sebaya bagi menikmati pengalaman pembelajaran yang terbaik, menarik, menyeronokkan dan berkesan. Tiada murid yang berasa tersisih kerana beranggapan bahawa diri mereka sebagai mangsa diskriminasi yang kejam.
Setiap orang guru memang sedar tentang etika layanan yang saksama seperti yang diharapkan. Namun, kes-kes terpencil tentang isu layanan yang bersifat 'berat sebelah' masih wujud. Barangkali hal itu lebih menjurus kepada persepsi atau kerana terlepas pandang.
Maka, demi kebaikan pendidikan serta ke arah kebajikan semua murid secara optimum, elok juga dari masa ke masa, keperluan layanan yang saksama diberi penegasan yang khusus. Walaupun program sekolah penyayang, sekolah selamat dan sarana sekolah turut menyentuh hal berkenaan, suatu ukuran tentang pelaksanaannya masih boleh dipertimbangkan. Sesungguhnya layanan yang saksama dalam proses pembelajaran memberi jaminan terhadap pembentukan sebuah masyarakat madani yang unggul ...

Friday, July 17, 2015
TUGAS MENGAJAR HAK EKSKLUSIF GURU? (LIVING ISSUES IN EDUCATION)
Perancangan pendidikan di sesebuah negara banyak dipengaruhi oleh permintaan sosial, keperluan guna tenaga dan juga penjanaan modal insan. Idea-idea tentang pendidikan berbaris panjang untuk dikemukakan oleh pelbagai pihak yang berkepentingan. Tenaga ikhtisas bidang pendidikan terutama kaum guru pula tidak betah berkubu dalam persekitaran mereka sendiri semata-mata justeru hal yang demikian.
...
...klik di sini.
...
...
...
...
...
Thursday, July 16, 2015
APLIKASI WHATSAPPS GANTI SMS, FACEBOOK (REAL TIME GREETING AND FESTIVE WISHING).......
Berapa banyakkah kiriman kad ucapan hari raya yang diterima? Soalan itu hanya bersifat akademik, nostalgia dan retro. Pengalaman menerima dan membalas kad raya suatu yang asing dan pelik dalam kalangan generasi muda.
...
...
...
...
Penambahbaikan fungsi telefon pintar sebagai peranti mudah alih yang begitu canggih turut mempengaruhi cara komunikasi segenap laisan umur termasuk budak kecil hingga orang tua. Dengan berlalunya masa, kaedah panggilan sudah tidak begitu digemari. Sebaliknya, telefon pintar digunakan untuk bertukar-tukar pesanan teks, audio dan video menerusi perkongsian fail masa sebenar.
Kegiatan salin dan tampal (coppy paste) semakin mudah dan berleluasa. Dalam tempoh beberapa saat sahaja imej, teks atau fail audiovideo dapat dimuat turun, disalain dan seterusnya dikongsikan dengan anggota kumpulan whatsapp yang lain. Sebaran atau viral sedemikian sering dijadikan bahan parodi dan juga menimbulkan kegemparan bagi pengguna media sosial yang lurus bendul.
Era digital maya ini bererti cabaran besar buat pemilik hak cipta atau paten untuk mempertahankan ciri eksklusif yang didaftarkan. Klip video rasmi atau runut bunyi begitu mudah disalin dalam pelbagai format tanpa dapa dapat dikenakan sekatan. Kegiatan 'mencuri' hasil kreativiti atau hak cipta sukar dibendung justeru edisi rasminya dimuat naik oleh pemilik asal untuk tujuan promosi.
...
...
...
...
SELAMAT TINGGAL RAMADAN 1436 HIJRIYYAH (PRAY FOR NEXT FASTING MONTH)
Akhirnya bulan puasa tiba jua di penghujung jalan. Bagaikan baru semalam bermula, Ramadan kini berakhir. Rutin kehidupan mungkin kembali seperti kebiasaannya, tetapi umat Islam yang bertaqwa sudah pasti berat hati untuk berpisah dengan Ramadan kali ini justeru tiada jaminan untuk bertemu Ramadan 1437 hijriyyah.
....
...
...
...
...
...
...
....
...
...
...
...
...
...
Tuesday, July 14, 2015
CATATAN PERJALANAN RAYA KALI INI (FROM IPOH TO KUALA BERANG)
Sekolah harian dan SBP berjaya memperoleh cuti berganti, tetapi MRSM tidak. Maka, permohonan pulang bermalam lebih awal perlu dibuat. Mujur aplikasi whatsapp diterima sebagai dokumen sah. Pukul 10 pagi baru ibu bapa pelajar yang memohon dibenarkan mengambil anak mereka.
Namun, satu urusan penting di Ipoh menyebabkan pergerakan ke Cameron Highland hanya bermula kira-kira pukul 1.00 tengah hari. Perjalanan lancar kerana tidak banyak kenderaan memilih laluan mendaki dan berliku-liku itu. Sebaik memasuki sempadan Pahang, kami sekeluarga singgah sebentar di sebuah gerai peniaga Melayu bagi membeli barang keluaran tempatan.
Pemandangan sepanjang laluan Kampung Raja - Lojing menimbulkan tanda tanya apa sudah jadi dengan operasi mengusi penceroboh tanah tinggi di situ. Kesan gondolan dan hakisan jelas dapat dilihat dari jauh. Demikian juga terdapat satu kes pembakaran terbuka di sebuag lereng gunung.
Setelah dua jam kami memasuki pinggir pekan Gua Musang, lalu singgah untuk menunaikan solat jamak dan qasar. Hujan turun, tetapi tidaklah begitu lebat. Penulis blog (PB) mengambil kesempatan lena sebentar bagi menghilangkan kesan mengantuk akibat cuaca yang membahang.
Kesesakan lalu lintas yang agak luar biasa berlaku menuju lampu isyarat bersebelahan SMK Gua Musang. Setelah melepasi sekatan lampu isyarat dan laluan muncung botol, PB singgah di stesen minyak Caltex di Perasu. Pembantu pam di situ memberitahu bahawa kesesakan telah bermula sejak pagi kelmarin (maksudnya semalam).
Jarak dari pekan Gua Musang ke persimpangan laluan gugusan Felda Aring ialah 38 kilometer, manakala laluan Felda Aring yang tidak rata dan masih banyak bertampung dan lubang itu berjarak 30 kilometer sebelum memasuki laluan Tasik Kenyir. Hanya sebuah dua kenderaan yang 'berjiran' dengan kenderaan kami menjadikan keadaan begitu sunyi seolah-olah Felda Aring tidak berpenghuni. Kenderaan mesti tip-top kerana tiada perkhidmatan membaiki kenderaan dan langsung tiada kedai yang kelihatan seperti petempatan desa yang lain.
Laluan Tasik Kenyir ke Hulu Terengganu berjarak 70 kilometer sebelum lega tiba di bandar Kuala Berang untuk singgah berbuka puasa di Restoran Bunga Selasih. Hasrat untuk menunaikan solat jamak takhir di stesen minyak Petronas bagaimanapun tidak kesampaian kerana tekanan air yang sangat rendah. Kami berbuat demikian di hentian sebelah menuju Bukit Besi ...
Monday, July 13, 2015
HARGA MINYAK PETROL DUNIA TURUN DI BAWAH PARAS PSIKOLOGI (THE IMPLICATION OF FOREX )
...
...
Harga bagi kontrak minyak mentah Brent jatuh ke bawah paras AS$50 (RM175.75) setong buat kali pertama sejak Mei 2009 berikutan lebihan penawaran dan permintaan global yang lemah. Rentak pertumbuhan perniagaan dunia susut ke paras terendah dalam tempoh setahun pada penghujung 2014, mengikut Indek Pengeluaran Semua Industri Global oleh JPMorgan. Penyederhanaan kegiatan ekonomi menokok kebimbangan mengenai deflasi yang mana data inflasi di zon euro yang akan dikeluarkan lewat malam ini dijangka menunjukkan penurunan pertama dalam indeks harga pengguna sejak 2009. Dalam dagangan di London pagi ini, Brent jatuh 85 cents kepada AS$50.25 (RM177) setong selepas seketika merudum mencecah AS$49.66 (RM175), paras terendah sejak Mei 2009. Kontrak penanda aras Amerika Syarikat (AS) WTI pula susut 40 cents kepada AS$47.53 (RM167) setong selepas mencecah AS$46.83 (RM165), paras terendah sejak April 2009. Harga minyak dunia kini sudah susut 57 peratus daripada paras kemuncak AS$115 (RM404) pada Jun 2014. Bjarne Schieldrop, ketua penganalisis komoditi di firma penyelidikan SEB, di Oslo berkata, ada lebihan penawaran antara 1-1.5 juta tong sehari pada 2015 dan masih tiada petanda OPEC akan campur tangan dengan mengurangkan keluaran.

sumber: klik di sini
...
...
...
...
...
Saturday, July 11, 2015
Thursday, July 9, 2015
MUSIM CUTI RAYA DAN KESESAKAN JALAN RAYA (CREATIVITY IN TRAFFIC PLANNING)
Pengalaman menempuh perjalanan dalam kenderaan selama 18 jam memang sangat mencabar. Seolah-olah sang musafir di gurun yang saujana mata memandang. Sudahlah tidak pasti entah bila hendak tiba ke tempat yang dituju, bahkan sering terpedaya dengan pantulan logam maya (miraj, fatamorgana) dek kehausan yang ekstrem.
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Wednesday, July 8, 2015
Tuesday, July 7, 2015
ISU REKOD MENGAJAR ELEKTRONIK DAN FAIL FOLIO (MANUAL WRITING VS KEYBOARD POWER)
Seiring dengan kepesatan teknologi, semakin banyak dokumen dikendalikan secara atas talian. Secara logik, tentulah kecekapan penyampaian akan lebih mudah dicapai. Namun, terdapat beberapa isu yang menyebabkan sistem dokumentasi secara atas talian mengalami batasan berbanding dengan kaedah penulisan secara manual.
Persediaan buku rekod mengajar secara tahunan, mingguan dan harian menjadi bukti bahawa proses pembelajaran murid telah direka bentuk dengan teliti setelah mengambil kira sukatan pelajaran, pencapaian murid dan kreativiti pedagogi. Namun, bagi guru yang berpengalaman luas, pergantungan kepada dokumen bertulis menjadi berkurangan. Cara berfikir guru berpengalaman ibarat peranti elektronik paling canggih yang bersifat lentur (flexible).
Isu 1: rintangan status quo
Isu 2: kaedah salin dan tampal
Isu 3:
...
...
...