Kekalahan teruk 0 - 10 kepada Kesatuan Arab Emiriyah (UAE) di laman lawan memberi tamparan hebat terhadap kepimpinan Petsatuan Bola Sepak Malaysia (Fam). Sebelum itu, skuad Harimau Malaysia dibelasah 0 - 6 oleh Palestin. Dalam pusingan kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia itu, pasukan bimbingan Dolah Saleh sekadar mengutip satu mata hasil keputusan seri 1-1 dengan pasukan kerdil, tetapi dibarisi pemain naturalisasi Portugal di laman sendiri.
Terbaru, di bawah kendalian Datuk Ong Kin Swee, Malaysia berjaya mengekang pesta gol Arab Saudi di Shah Alam. Taktik 'parkir bas' menyukarkan lawan menceroboh kotak penalti. Malah, Ketua pasukan, Safiq Rahim berjaya merobek gawang lawan pada minit ke-70 menerusi serangan balas mengejut.
Namun, kelekaan meraikan gol pendahuluan itu dihukum oleh lawan menerusi dua gol pantas dalam tempoh enam minit. Penguasaan bola hampir 80 peratus, serta serangan bertubi-tubi Arab Saudi tidak digemari lebih 1,000 penonton tempatan yang menggelar diri mereka 'Ultras Malaya'. Mereka bertindak liar membaling suar, roket dan bebola api ke dalam padang ketika permainan memasuki minit ke-88.
...

No comments:
Post a Comment