Saturday, October 31, 2015
Friday, October 30, 2015
RAJINIKANTH BIKIN GEMPAR DI MELAKA (TAMIL MEGA STAR WITH TAG LINES)
Benua kecil India-Pakistan dikenali kerana pergolakan politik dan isu sempadan, di samping femomena kemiskinan yang ketara. India dihuni oleh lebih satu bilion jiwa, manakala Pakistan menghampiri 100 juta orang. Kompleksiti demografi dan kerencaman status sosioekonomi penduduk menjadi cabaran terbesar dari segi pengurusan sumber strategik walaupun memiliki kelebihan saiz pasaran domestik yang sangat besar.
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Thursday, October 29, 2015
Wednesday, October 28, 2015
PENGHANTARAN PELAJAR KE LUAR NEGARA DITERUSKAN (LOW COST SCHOLARSHIP)
Era penghantaran pelajar secara besar-besaran telah lama berlalu, iaitu mulai dekad 1990-an. Sebelum itu, pelajar cemerlang SPM, lulusan Politeknik Ungku Omar, Ipoh dan Institut Teknologi Mara (kini UiTM) berpeluang menyambung pengajian di Amerika Syarikat, Australia, Britain dan beberapa buah negara lagi. Dasar pengajian tinggi mengalami perubahan dengan tertibuhnya lebih banyak universiti awam dan mengizinkan penubuhan institut pengajian tinggi swasta, selain mempelawa universiti terkemuka dunia menubuhkan cawangan do Malaysia.
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Tuesday, October 27, 2015
KEPERLUAN IJAZAH TINGGI DALAM KALANGAN GURU (ENDLESS LEARNING FOR EDUCATOR)
Dengan mengambil kira bahawa sasaran akses pengajian tinggi dalam kalangan penduduk Malaysia sebanyak 40 peratus, bermakna bahawa sebahagian besar orang dewasa bakal memiliki ijazah asas. Bilangan pasangan ibu bapa siswazah semakin membesar bilangannya. Ibu bapa yang berpengetahuan tinggi datang dengan sejumlah input ilmu di samping himpunan maklumat di hujung jari setiap kali berurusan di sekolah.
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Monday, October 26, 2015
Sunday, October 25, 2015
MENGHARUNGI CABARAN ZAMAN GST (BACK TO SQUARE ONE)
Pembentangan belanjawan negara bagi tahun 2016 menjawab pelbagai spekulasi tentang pelaksanaan rejim cukai massa, iaitu cukai barang dan perkhidmatan, GST. Penambahbaikan GST tertumpu kepada barang perubatan yang berdaftar. Kutipan GST didapati berjaya menampung defisit fiskal akibat penurunan mendadak sumbangan Petronas terhadap hasil kerajaan persekutuan.
Kejatuhan harga bahan api petroleum di bawah paras USD50 satu tong juga tidak memberi kelebihan dari segi penurunan kos pengeluaran akibat kelemahan Ringgit Malaysia berbanding dengan nilai mata wang rakan dagang utama, misalnya Amerika Syarikat , Singapura dan Jepun. Seterusnya dengan proses rasionalisasi subsidi yang bererti bayar ikut harga asal, indeks harga pengguna yang mengukur darjah inflasi, kegiatan ekonomi dalam sektor berpermintaan anjal kena diselaraskan semula.

Saturday, October 24, 2015
CARA TERBAIK MENGEMBANGKAN ISI KARANGAN (WRITING FROM HEART)
Masalah yang sering dihadapi oleh calon peperiksaan ialah menyediakan kerangka atau perancangan jawapan yang bersifat jitu dan matang. Hanya menerusi kemahiran yang diperoleh dalam proses pembelajaran memungkinkan perkara itu tercapai. Peruntukan masa yang terhad dalam persekitaran peperiksaan perlu kepada kaedah dan taktikal yang cekap dan produktif.
Calon peperiksaan juga didapati buntu untuk memulakan penulisan karangan. Mereka juga sering tertinggal penegasan yang mengikat setiap isi karangan terhadap tajuk. Karangan yang ditulis juga kurang mantap dari segi organisasi idea dan huraian.
Sesebuah karangan yang baik seharusnya menonjolkan tiga idea utama yang dipecahkan kepada isi-isi sampingan yang berkenaan. Guru-guru telah mendedahkan asas penulisan karangan yang akur dengan tugasan soalan peperiksaan. Malangnya, sebahagian pelajar tidak memberikan perhatian. Kepakaran guru mata pelajaran seolah-olah disaingi oleh tenaga pengajar tuisyen.
Perenggan pendahuluan seharusnya menegaskan tentang tajuk karangan, senarai isi utama, kepentingan tajuk dalam keadaan sebenar, serta unsur kecindan, misalnya peribahasa, kata hikmah atau ucapan tokoh. Penggunaan maksud ayat suci al-Quran dan hadis juga boleh menyokong pendahuluan karangan yang bertaraf cemerlang tinggi. Pendahuluan karangan yang baik umpama iklan bagi memujuk pembaca (baca: pemeriksa) untuk meneruskan pembacaan dengan penuh minat.

Friday, October 23, 2015
BELANJAWAN 2016: KAKITANGAN AWAM NAIK GAJI (REAL TAXPAYERS FOR MALAYSIAN)
Antara inti pati menarik belanjawan atau bajet 2016 ialah pemberian bayaran khas sebanyak RM500 bagi setiap orang kakitangan kakitangan awam. Walaupun harapan untuk menikmati sekurang-kurangnya setengan bulan bonus tidak kesampaian, pengumuman tentang penambahbaikan 252 skim perkhidmatan membabitkan satu kenaikan gaji tahunan (KGT) suatu berita yang lebih baik. Tambahan pendapatan bulanan itu sedikit sebanyak dapat membantu kakitangan awam mengharungi kesan inflasi serta rejim percukaian massa, termasuk cukai barang dan perkhidmatan, GST.
Pergerakan setakuk KGT pada 2016 bermakna bayaranberganda berdasarkan gred masing-masing. Namun, kakitangan awam harus menunggu sehingga rang undang-undang perbekalan belanjawan berkenaan beroleh kelulusan parlimen. Selain itu, perincian tentang bayaran akan diumumkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA. Sejumlah RM1.1 bilion diperuntukkan menerusi belanjawan yang dibentangkan.
Sebahagian sumber pembiayaan perblanjaan mengurus, iaitu emolumen kakitangan awam datang daripada kutipan GST justeru sumbangan Petronas susut hampir 50 peratus dan kelihatannya mengambil masa untuk mengembalikan momentum keuntungan terdahulu. Kutipan GST dalam tempoh tujuh bulan sejak diperkenalkan mencecah hampir RM40 bilion. Hitungan konservatif menganggarkan kakitangan awam memperoleh kira-kira 10peratus tambahan pendapatan tahunan 2016 bagi menyerap kesan inflasi dan bayaran GST.
Pemberian satu KGT bermakna bahawa kuasa beli kakitangan awam menokok sedikit untuk dipindahkan dalam bentuk perbelanjaan agregat yang bakal merancakkan kegiatan ekonomi. Saiz aliran pusingan pendapatan dan perbelanjaan yang membesar sedikit itu membawa khabar gembira terhadap peniaga dan usahawan yang mengalami tekanan kemerosotan jualan sebanyak 30 peratus susulan pengenalan GST. Sektor pelancongan domestik juga boleh merancang promosi terbaik untuk kakitangan awam yang sudi membelanjakan lebihan pendapatan yang mereka terima bagi aktiviti liburan.
...
...
...
...
...
Thursday, October 22, 2015
MI UDANG TANJONG RAMBUTAN (FRESH IMPORTED CRAP, PRAWN AND SO ON)
...
...
...
...
...
...
Wednesday, October 21, 2015
BERJIMAT SESEKALI MENIKMATI IKAN BAKAR TANJONG RAMBUTAN (NEW FOOD HOTSPOT NEAR IPOH)
Pekan kecil Tanjong Rambutan tidak payah diperkenalkan lagi kepada umum. Satu Malaya tahu tentang kewujudan Hospital Bahagia di situ. Dalam filem P. ramlee pun ada disebut perihal Tanjong Rambutan dengan stigma pesakit jiwa,
Tanjong Rambutan kian maju dan boleh disifatkan sebagai badar satelit kepada bandaraya Ipoh, selain sebagai pusat pertumbuhan ekonomi yang baharu. Pembinaan kawasan perumahan dan tempat rekreasi yang luas telah merobah profil demografi Tanjong Rambutan. Perjalanan dengan kenderaan dalam keadaan biasa hanya memakan masa antara 10 hingga 15 minit sahaja daripada pusat bandaraya Ipoh.
Pasar malam Tanjong Rambutan pada setiap petang Khamis ditempatkan berhampiran zon perindustrian mini di situ. Harga yang ditawarkan oleh peniaga secara relatifnya murah berbanding dengan kawasan lain di Ipoh. Memang berbaloi berkunjung ke pasar malam tanjong Rambutan yang menawarkan pengalaman berbelanja yang berbaloi.
...
...
...
...
...
Tuesday, October 20, 2015
Monday, October 19, 2015
Sunday, October 18, 2015
MENGAPA NASI LEMAK MASIH PILIHAN RAKYAT MALAYSIA? (BREAKFAST SIGNATURE OF MALAY ARCHIPELAGO)
Walaupun dikatakan kaya dengan kandungan kolestrol dan lemak, serta dikaitkan dengan pemakanan kurang sihat jika diambil dengan kerap, sambutan terhadap hidangan nasi lemak tidak terjejas. Bahkan, kreativiti chef ternama dan penjual nasi lemak jalan semakin menjadi-jadi. Aroma bau yang membangkitkan selera dan rasa enak nasi lemak lebih berpengaruh daripada cerita tentang keburukannya.
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Saturday, October 17, 2015
Friday, October 16, 2015
MENCIPTA PELUANG KECEMERLANGAN DALAM PEMBELAJARAN (TRANSFORMING IDEA INTO ACTION)
Legenda filem Tamil, Rajinikanth pernah mengungkapkan: vaipugal amayadhu, namdhan amaithu kolla vendum (klik di sini). Terjemahannya lebih kurang membawa maksud: peluang tidak muncul begitu sahaja, sebaliknya seseorang itu perlu menciptanya. Sebenarnya begitu banyak ungkapan motivasi tentang peluang, terutama daripada kitab suci, tetapi sebagai variasi kebijaksanaan, dialog filem tamil sengaja dipilih untuk mukadimah wacana ini.
Perasaan selesa atau keinginan untuk stabil, kekal dengan status quo lalu enggan berubah bererti inertia. Golongan yang enggan meninggalkan keseimbangan sedia ada takut kehilangan banyak perkara jika memilih untuk berubah.
...
...
...
...
...
....

Thursday, October 15, 2015
PERANCANGAN JAWAPAN EKONOMI MALAYSIA STPM P3 (THEORY, NOT STORY)
Apabila melangkah masuk ke ambang pengajian tinggi, iaitu kelas prauniversiti, pelajar seharusnya bersedia mempelajari dan seterusnya menggunakan pelbagai istilah, konsep, pemboleh ubah, prinsip, model, rumus dan teori. Tujuannya ialah sebagai 'alat' (teknologi ayat dan perkataan!) bagi mengungkapkan sejumlah peristiwa atau tingkah laku dengan cepat dan ringkas. Pelajar dilatih ke arah penggunaan masa yang lebih berkesan dan cekap, berbanding dengan cakap berjela-jela tetapi tiada makna, bahkan tidak ubah seperti sembang kedai kopi.
Setiap mata pelajaran atau bidang pengajian yang ditawarkan pada hakikatnya suatu disiplin yang tersendiri. Kandungan kurikulum atau sukatan pelajaran telah direka bentuk sedemikian rupa bagi mencapai hasil pembelajaran yang digariskan. Gaya berfikir dan menulis secara umum (common sense) digantikan dengan pendedahan tubuh ilmu sebagai kerangka pengetahuan yang tersusun.
Ekonomi Malaysia ditawarkan kepada calon STPM penggal tiga, bersekali dengan kesibukan menyiapkan kerja kursus. Wajaran markah bagi kertas Ekonomi 3 itu ialah 16 peratus manala kerja kursus sebanyak 20 peratus. Walaupun mewakili nisbah paling rendah, pelajar tetap perlu mengambil berat tentangnya. Kemahiran utama pembelajaran perlu disejajarkan dengan kehendak kertas peperiksaan sebenar.

Wednesday, October 14, 2015
TOL NAIK: BEBAN DITANGGUNG PENGGUNA AKHIR (DIFFRENT PERSPECTICE ON PRICE HIKING)
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Penduduk bandar raya di Lembah Kelang kini harus menokok peruntukan bayaran tol jika hendak terus menikmati keselesaan penyuraian lalu lintas yang berkesan dan cekap. Golongan berpendapatan sederhana dan rendah lwbih terasa perit justeru ada bahagian perbelanjaan yang lain terpaksa diketepikan, bahkan berhadapan dengan kemungkinan kesan rantaian kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang sukar dielakkan.
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Tuesday, October 13, 2015
DOA AWAL MUHARAM 62AMALAN SYIAH? (THE AUTHENTIC REFERENCE)
Takwim hijriyyah dimulakan oleh Khalifah Umar al-Khattab. Maka, sambutan tahun baharu hijrah tidaklah berdasarkan sirah, bahkan tidak berlaku pada zaman awal khulafa ar-Rasyidin. Malah, sambutan hari kebesaran seperti maulidur-rasul juga merupakan saranan yang berpunca daripada upaya mengingatkan generasi terkemudian tentang sejarah Islam.
Di Malaysia, hari-hari kebesaran Islam disambut secara khusus, termasuk keistimewaan kelepasan cuti am persekutuan dan negeri. Kegiatan pendidikan Islam di sekolah juga menetapkan program sambutan dalam perancangan takwim tahunan. Pendek kata, Malaysia yang memperuntukkan Islam sebagai agama persekutuan bukan sahaja memiliki wibawa undang-undang yang sah, bahkan diisi dengan penyebaran dakwah dan syiar.

Monday, October 12, 2015
Sunday, October 11, 2015
Saturday, October 10, 2015
PELAKSANAAN HARI SUKAN NEGARA DI PERINGKAT SEKOLAH (TOWERING PERSONALITY VIA FIT LEARNER)
Sasaran penyertaan 4.2 juta rakyat Malaysia secara serentak dalam program Hari Sukan Negara pagi tadi termasuk warga sekolah yang terdiri daripada murid, guru dan kakitangan. Acara sukan dan kecergasan bukan sahaja berlangsung di dalam kawasan sekolah, malah sebilangan guru dan murid juga memenuhi jemputan program Hari Sukan Negara di peringkat daerah dan negeri yang membabitkan pelbagai jabatan kerajaan. Kebetulan, tanggal 10.10.2015 merupakan hari persekolahan gantian bagi cuti hari raya puasa dengan menggunakan jadual hari Rabu.
Memandangkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bakal bermula pada hari Isnin, sesetengah sekolah mengecualikan penyertaan mereka sebagai langkah berjaga-jaga daripada sebarang kemungkinan. Hujan lebat yang turun pada petang sebelumnya (mungkinkah hasil pembenihan awan?) mengurangkan kesan jerebu apabila bacaan indeks pencemaran udara berada pada tahap baik untuk sebarang kegiatan di tempat terbuka. Pihak pentadbiran sekolah juga menggunakan budi bicara masing-masing berdasarkan kepentingan dan keperluan yang tertentu.
Guru dan murid yang mengambil bahagian mengenakan pakaian sukan, manakala guru sukan dan pentadbir sekolah lebih bertuah apabila dapat menayangkan baju-T Hari Sukan Negara. Walaupun acara yang dijalankan mengambil masa pembelajaran di bilik darjah, kegiatan Hari Sukan Negara masih bersifat pendidikan kerana tidak bercanggah dengan dasar melindungi masa instruksi murid, MMIM. Kegiatan bersifat jasmani yang terancang juga merupakan sebahagian komponen teras pelaksanaan kurikulum sepertimana yang tersurat dalam falsafah pendidikan kebangsaan.
...
...
...
...
...
Friday, October 9, 2015
PENERAPAN PRINSIP KAUNSELING DALAM KALANGAN PELAJAR (HELPING TO EXPLORE POTENTIAL)
Penerimaan tanpa syarat, iaitu setiap orang klien diterima seadanya ialah antara prinsip asas kaunseling selain etika kerahsiaan yang unggul.
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Thursday, October 8, 2015
HARI SUKAN NEGARA 10.10.15 (HEALTHY, PRODUCTIVE, UNITED)
Sejajar dengan matlamat status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, Malaysia mengorak langkah lebih deras dengan menggembleng segala sumber yang boleh diupayakan. Berasaskan hakikat latar belakang sejarah pembentukan masyarakat dan negara, perpaduan menjadi jaminan dan kunci yang boleh memacu kemajuan, kemakmuran dan pembangunan yang dihasratkan. Kegiatan sukan telah dikenal pasti sebagai salah satu komponen penting wahana perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang-bilang kepercayaan, status sosioekonomi dan tempat tinggal.
Perdana Menteri mengisytiharkan Hari Sukan Negara akan diraikan pada Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Lantaran itu, beliau mengumumkan 10 Oktober ini sebagai Hari Sukan Negara bagi tahun 2015 pada Majlis Pelancaran Hari Sukan Negara yang diadakan di Pavillion, Kuala Lumpur pada 24 Mac yang lalu. Selaras dengan Bajet 2015, Kerajaan akan mengambil langkah yang bersepadu ke arah mentransformasikan Malaysia kepada negara bersukan (klik di sini).
Justeru itu, sambutan Hari Sukan Negara pada 10 Oktober nanti, akan menglibatkan sektor awam, swasta dan rakyat secara serentak di seluruh negara. Kerajaan berhasrat untuk bukan sahaja menggalakkan budaya bersukan tetapi menitikberatkan penglibatan bersama atau ‘mass participation’ dalam aktiviti-aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan rakyat antara satu sama lain tanpa mengira umur, bangsa dan kepercayaan agama. “Di samping itu, gaya hidup sihat dengan bersukan juga dapat mengatasi masalah obesiti dalam kalangan rakyat negara ini, yang menjadi penyebab kepada penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi,” katanya.
sumber ambilan: di sini
Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan sebagai satu langkah proaktif dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara dijadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air (klik di sini).
Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu bagi menganjurkan program dan aktiviti sukan, serta kecergasan pada hari berkenaan. Hari Sukan Negara ini adalah penting dalam usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dalam kalangan rakyat Malaysia.
sumber ambilan: ibid
...
...
sumber ambilan: ibid
...
...
Wednesday, October 7, 2015
Tuesday, October 6, 2015
KISAH DI KEDAI MAKAN (TABLE MANNER IN PUBLIC)
Sedang asyik menikmati hidangan, terasa macam ada percikan air. ZRupa-rupanya seorang pumuda awal 20-an yang baru selesai membasuh tangan merenjis air di tangannya dengan selamba. Barangkali hal itu tabiat biasanya di rumah.
Satu kumpulan yang dipercayai pelajar pengajian tinggi yang memenuhi sebuah meja panjang berbual dengan suara yang nyaring disulami gelak ketawa. Terdapat lelaki dan perempuan yang tidak diketahui status hubungan mereka. Pelanggan lain di sekeliling bagaikan tidak wujud.

Monday, October 5, 2015
ISU SISWAZAH MENGANGGUR KEMBALI MEMBIMBANGKAN (MANPOWER PLANNING EDUCATIONAL APPROACH)
Graduan merujuk kepada penerima skrol ijazah semasa majlis istiadat konvokesyen. Lazimnya hanya bekas skrol ijazah yang diterima kerana jika salinan ijazah sebenar digulungkan, barangkali sukar untuk diratakan semula. Sebab itu sezetengah universiti menggantikan bekas skrol dengan buku folder yang tertera lambang universiti senasa upacara berkenaan.
Sebaik sahaja seseorang graduan menerima skrol atau buku ijazah dalam istiadat konvokesyen, dia sudah bergelar siswazah (graduate), bukan lagi graduan. Kekeliruan tentang hal itu masih berleluasa dalam kalangan pihak yang kurang cakna bahasa. Media berpengaruh kena mengambil daya usaha membetulkan kesilapan itu.

Sunday, October 4, 2015
Saturday, October 3, 2015
MOTIVASI BELAJAR: MENGALU-ALUKAN GURU (THE ETHICS IN THE CLASSROOMS)
Assalamu alaikum
Selamat sejahtera
Pelajar yang dikasihi sekalian,
Bilik darjah atau bilik kuliah umpama sebuah dunia kecil yang menghimpunkan pelbagai ragam manusia yang saling berinteraksi. Terdapat strata atau susun lapis masyarakat yang perlu diurus bagi menjamin keseimbangan perkongsian sumber. Setiap orang anggota organisasi dunia kecil itu hendaklah memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing sebaik mungkin agar segala kegiatan yang berlaku berakhir dengan pencapaian matlamat yang ditetapkan.

Friday, October 2, 2015
Thursday, October 1, 2015
HAKIKAT BINA RUMAH ZAMAN GST (PAY BIG CASH BEFORE INSTALMENT)
Setelah kontraktor menerima bayaran kemajuan pembinaan rumah, satu surat tuntutan bayaran tunai pada 6% disampaikan kepada peminjam. Contohnya, bayaran kemajuan berjumlah RM100,000, kontraktor akan menuntut tunai RM6,000. Maka, jika keseluruhan pinjaman berjumlah RM300,000 kena bayar tunai RM18,000 kepada kontraktor kerana caj cukai barang dan perkhidmatan, GST.
Peminjam skim perumahan sama ada awam atau bank kena melakukan bayaran tunai secara sekali gus setiap kali bayaran kemajuan diterima oleh pihak kontraktor. Maksudnya, bayar sejumlah besar wang secara tunai terlebih dahulu, baru boleh menikmati bayaran ansuran dalam anaun kecil menerusi potongan gaji. Maka, terdapat peminjam yang terpaksa membuat pinjaman tambahan peribadi bagi melunaskan bayaran GST.
Barangkali, pembelian rumah daripada pemaju perumahan tidak perlu membayar secara tunai dalam jumlah besar seperti itu. Caj GST sudah dimasukkan dalam hitungan harga rumah. Peminjam tidak perlu berhutang dua kali untuk satu urus niaga membeli rumah.
Caj GST tidak terhad kepada bayaran kemajuan pinjaman, tetapi juga membabitkan kerja tambahan yang tidak tercatat dalam perjanjian yang telah ditandatangani. Misalnya, menukar spesifikasi atau bahan binaan semuanya tertakluk kepada caj 6% itu. Peminjam juga mungkin menanggung kos tersembunyi seperti komisen yang diterima oleh kontraktor apabila berlaku pembelian bahan binaan.
Kelemahan gerakan pengguna yang tidak prihatin mengakibatkan peminjam menghadapi masalah berganda.