Sejajar dengan matlamat status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, Malaysia mengorak langkah lebih deras dengan menggembleng segala sumber yang boleh diupayakan. Berasaskan hakikat latar belakang sejarah pembentukan masyarakat dan negara, perpaduan menjadi jaminan dan kunci yang boleh memacu kemajuan, kemakmuran dan pembangunan yang dihasratkan. Kegiatan sukan telah dikenal pasti sebagai salah satu komponen penting wahana perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang-bilang kepercayaan, status sosioekonomi dan tempat tinggal.
Perdana Menteri mengisytiharkan Hari Sukan Negara akan diraikan pada Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Lantaran itu, beliau mengumumkan 10 Oktober ini sebagai Hari Sukan Negara bagi tahun 2015 pada Majlis Pelancaran Hari Sukan Negara yang diadakan di Pavillion, Kuala Lumpur pada 24 Mac yang lalu. Selaras dengan Bajet 2015, Kerajaan akan mengambil langkah yang bersepadu ke arah mentransformasikan Malaysia kepada negara bersukan (klik di sini).
Justeru itu, sambutan Hari Sukan Negara pada 10 Oktober nanti, akan menglibatkan sektor awam, swasta dan rakyat secara serentak di seluruh negara. Kerajaan berhasrat untuk bukan sahaja menggalakkan budaya bersukan tetapi menitikberatkan penglibatan bersama atau ‘mass participation’ dalam aktiviti-aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan rakyat antara satu sama lain tanpa mengira umur, bangsa dan kepercayaan agama. “Di samping itu, gaya hidup sihat dengan bersukan juga dapat mengatasi masalah obesiti dalam kalangan rakyat negara ini, yang menjadi penyebab kepada penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi,” katanya.
sumber ambilan: di sini
Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan sebagai satu langkah proaktif dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara dijadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air (klik di sini).
Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu bagi menganjurkan program dan aktiviti sukan, serta kecergasan pada hari berkenaan. Hari Sukan Negara ini adalah penting dalam usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dalam kalangan rakyat Malaysia.
sumber ambilan: ibid
...
...
sumber ambilan: ibid
...
...
tema sukan negara yang sangat menarik dan
ReplyDeletetake a shoot