Wednesday, November 11, 2015

BAHASA MELAYU BAHASA KECIL? (ONCE UPON A TIME AS A LINGUA FRANCA)

Bahasa Sanskrit menjadi contoh klasik betapa sesuatu bahasa agung boleh lenyap akibat peredaran masa dan kemunculan peradaban baharu. Sarjana bahasa seperti Dr. Anwar Ridzwan menyebut bahawa setiap tahun ratusan bahasa kecil mengalami proses kepupusan. Malah, Pendita Zaaba bagaikan dapat meramalkan kemerosotan kedudukan bahasa Melayu apabila tulisan Jawi semakin lemah.

Latar belakang sejarah penjajahan yang panjang oleh imperialis British mengakibatkan bahasa Inggeris mendapat tempat istimewa sebagai bahasa kedua selepas bahasa kebangsaan. Pengaruh Amerika Syarikat dalam bidang politik, ketenteraan, ekonomi, teknologi dan media menyambung nyawa bahasa Inggeris di sini. Tambahan pula, masyarakat di negara yang pernah dijajah akan berasa kagum terhadap bekas penjajah mereka.

Kebanyakan pegawai tinggi awam dan pemilik organisasi korporat kebanyakannya pernah mendapat pendidikan dalam aliran Inggeris semasa bersekolah menengah. Malah, golongan berpendidikan Inggeris lebih mudah diterima dalam dunia glamor hingga ke peringkat antarabangsa. Status wajib lulus Muet minimum band 3 menggambarkan betapa bahasa Inggeris begitu gah di negara kita.

Sebahagian besar disiplin pengajian perniagaan dan teknikal di politeknik dan UiTM dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Proses pengantarabangsaan pengajian tinggi diikuti dengan penggunaan bahasa Inggeris yang lebih dominan di peringkat sarjana dan doktor falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menjadi penanda aras penggunaan bahasa Melayu wacana ilmiah juga tidak terkecuali.

Suara pejuang bahasa Melayu semakin kurang bermaya. Malah, Dr. Rahman Shaari. mantan profesor pengajian media di Universiti Malaya yang dikenali sebagai 'hafiz' sastera Melayu pula yang beralih arah menyokong bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran dan pembelajaran. Beliau yang memperoleh Ph.D dari Amerika Syarikat mumgkin terpesona dengan perkembangan bahasa Inggeris walaupun beliau sendiri memiliki ijazah sarja muda dan sarjana dari UKM.

...

...

...

No comments:

Post a Comment