Keyakinan terhadap keupayaan universiti awam tempatan sepatutnya meningkat apabila satu demi satu pencapaian hebat dicatatkan di peringkat antarabangsa. Hasil penyelidikan ahli akademik Malaysia semakin banyak menembusi jurnal ilmiah terkemuka, manakala sekian banyak reka cipta mahasiswa dan pensyarah memenangi anugerah peringkat dunia. Kini, pasukan debat dua buah universiti tempatan pula mengharumkan nama negara di pentas persaingan tahap tertinggi.
Pasukan debat UiTM muncul sebagai juara keseluruhan antara iniversiti sedunia anjuran Universiti Cambridge, United Kingdom. UIAM memenangi pusingan akhir kategori bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (ESL) dengan membenam cabaran dua buah universiti dari Belanda dan sebuah universiti dari Tel Aviv, Israel. Pihak Kementerian Pendidikan Tinggi perlu menerbitkan naskhah khas kejayaan pelajar universiti tempatan seperti itu sebagai dorongan dan inspirasi kepada pelajar lain bagi melonjakkan pencapaian masing-masing.
Penampilan menutup aurat dalam kalangan pendebat perempuan menunjukkan bahawa tanpa prejudis bahawa setiap orang jika diberi layanan adil akan berupaya menyerlahkan potensi sebenar. Para majikan syarikat multinasional dan yang dilihat sebagai cauvenis hendaklah membuka mata terhadap nilai intelektual dan kebijaksanaan siswazah bumiputera dari universiti awam tempatan. Sumbangan ahli akademik tidak hanya dihadkan terhadap kuliah dan kecendekiawanan semata-mata, bahkan dibenarkan terbabit dengan dunia keusahawan dan perniagaan berimpak tinggi.
...

No comments:
Post a Comment