Alhamdulillah, bersyukur ke Hadrat Ilahi justeru dikurniakan panjang umur murah rezeki atas kesempatan menjalani ibadah Ramadan buat kesekian kalinya. Betapa ada insan yang menyahut panggilan Ilahi pada hari-hari teralhir bulan Syaaban. Maka, anugerah Ramadan kali ini hendaklah diisi dengan segala amalan yang menjurus ke atas peningkatan taqwa.
Malaysia, Arab Saudi dan Indonesia antara negara yang memulakan Ramadan pada tanggal 6 Jun 2016, manala Brunei pada 7 Jun. Maka, sekalian umat Islam yang memenuhi segala syarat wajib berpuasa akan menahan diri daripada makam minum serta segala perkara yang membatalkan puasa. Selepas solat Isyak sebentar, umat Islam melaksanakan solat sunat tarawih dan diikuti dengan niat berpuasa keesokan hari kerana Allah Taala.
Masjid dan surau menerima kunjungan jemaah dengan kapasiti relatif lebih ramai daripada hari-hari biasa. Marilah kita bersangka baik bahawa kedatangan sekalian jemaah demi meraih reda Ilahi semata-mata. Kesempatan yang berharga ini dijadikan jambatan membina persaudaraan yang lebih utuh dalam kawasan kejiranan kariah yang sama.
Pada hari-hari biasa mereka solat berjemaah di tempat kerja masing-masing atau di tempat mereka berurusan. Sementelah suasana ramai sehingga menjelang 10 hari terakhir Ramadan, segala mesej tentang imarah masjid dan surau, serta rayuan dana surau disampaikan secara bijaksana. Peringatan tentang kelebihan lailatul qadr juga demikian.
Sebahagian masjid dan surau menggunakan khidmat imam jemputan, termasuk pelajar tahfiz. Bayaran sagu hati diberikan sebagai penghargaan yang setimpal. Peruntukan dana telah dirancang lebih awal.
Pelajar tahfiz tempatan juga menerima jemputan daripada komuniti Muslim minoriti di negara maju seperti Australia, United Kingdom dan USA. Mereka berupaya memimpin solat fardu dan tarawih dengan bacaan yang teratur. Para huffaz remaja dan muda itu bakal menyambung legasi para ulama tersohor pada mada hadapan.
...
...
No comments:
Post a Comment