Sepasang suami isteri dan anak kecil mereka duduk di ruang kafe gerabak C perjalanan kereta api laju dari KL Sentral menuju Ipoh. Rupa-rupanya mereka menggunakan tiket bertarikh semalam. Petugas tren beberapa kali berbincang kerana mengikut peraturan Suruhanjaya Pengangkutan Darat (Spad), mereka kena turun serta-merta. Akhirnya, atas budi bicara ketua petugas, mereka diberikan tempat duduk simpanan di gerabak D.
Penulis blog (PB) ke kafe untuk membeli hidangan malam, iaitu bihun dan kopi putih panas. Harganya RM9.00 dikira munasabah untuk jualan dalam perjalanan. Kemudian, datang petugas tren bersembang tentang pelbagai hal seperti pengalaman bertugas dan kisah umum peribadi.
PB memang sudah biasa menggunakan perkhidmatan kereta api sejak zaman kanak-kanak dari Sungai Tukang Sidin, Permatang Halt, Sungai Kerawai dan Teluk Anson. Ketika itu, bahan api yang digu akan ialah arang batu. Irama roda kereta api menyentuh landasan dan bunyi wisel yang unik masih terngiang-ngiang lagi.
Perkhidmatan kereta api mel biasa pernah melewati era suram sebelum penjenamaan semula perkhidmatan perjalanan antara bandar dan landasan berkembar di sebelah pantai barat. Sistem ini juga bersambung dengan laluan di dalam bandar di sekitar Lembah Kelang dan bakal diperluaskan. Jualan tiket secara atas talian juga memudahkan urusan pelanggan berbanding dengan menunggu di kaunter stesen, terutama pada waktu puncak.
Pekerjaan di dalam geranak kereta api dikira bertuah memandangkan keadaan nyaman pendingin hawa. Risiko untuk kereta api terbabit dengan insiden tidak diingini juga terhad. Pergerakan di sepanjang perjalanan juga stabil, iaitu tiada kejutan seperti pengangkutan darat yang lain.
...

No comments:
Post a Comment