Monday, August 29, 2016

MODUL TUTORIAL TEORI PENGELUARAN (CONCEPTUAL AND THEORITICAL SENTENCES)

...

...

SMK ST. MICHAEL, IPOH (LA1): TUTORIAL 2, TEORI PENGELUARAN, 30082016 _____________________________

Tentukan status pernyataan di bawah, sama ada benar atau palsu
1
Fungsi pengeluaran jangka pendek merujuk hubungan antara dua input berubah
Benar / Palsu
2
Hukum pulangan bertambah bermula dari keluaran sut sifar hingga keluaran sut maksimum
Benar / Palsu
3
Bahagian keluaran sut menurun menunjukkan tambahan input berubah ke atas input tetap mengakibatkan tambahan jumlah keluaran merosot
Benar / Palsu
4
Apabila jumlah keluaran maksimum, maka keluaran purata bersamaan sifar
Benar / Palsu
5
Dengan bertambahnya keluaran secara berterusan, kos berubah purata semakin menghampiri kos purata, tetapi tidak akan menyentuhnya atau memotongnya
Benar / Palsu
6
Keluk kos purata berbentuk U kerana pengaruh kos tetap purata semakin kuat
Benar / Palsu
7
Apabila keluk keluaran sut di tingkat maksimum, keluk kos berubah purata di titik minimum
Benar / Palsu
8
Keluk kos sut memotong titik minimum kos berubah purata dan minimum kos purata
Benar / Palsu
9
Bahagian menurun keluk kos purata jangka panjang menjelaskan tak ekonomi bidangan
Benar / Palsu
10
Ekonomi bidangan luaran merujuk faedah yang dinikmati firma apabila menjalankan pengeluaran besar-besaran akibat perkembangan industri
Benar / Palsu

© azhar bin mohd rodzi, SmEkon (ukm), dip.ed(uiam), m.ed (distinction(malaya)

...

...

...

...

...

No comments:

Post a Comment