Friday, September 16, 2016

KE ARAH 100 PERATUS TOL ELEKTRONIK (THE END OF MANUAL ERA)

Kesesakan yang berlaku di lebuh raya pada waktu puncak seperti musim cuti dan perayaan ialah plaza tol. Pengguna harus menunggu giliran dengan sabar sebelum dapat menghampiri tempat bayaran. Pemandu yang tidak terbabit dengan urusan jurutol tunai juga terpaksa berbaris panjang sehinggalah berpisah di lorong bayaran yang berbeza.

Masalah di kaunter bayaran tunai ialah nominasi wang baki apabila pemandu menghulurkan wang kertas semata-mata. Sesetengah pemandu pula sengaja mengusik jurutol atau bertanya arah destinasi yang ditujui. Gelagat mereka mengakibatkan masa menunggu jiran di belakang semakin lama.
Rungutan pengguna lebuh raya yang membayar demi perjalanan yang lancar tidak seyogia dibiarkan berlarutan.Maka, pasukan pemikir pengangkutan jarak jauh tampil dengan pelbagai saranan supaya tujuan pembinaan lebih raya yang hakiki itu tetap tercapai walaupun bilangan kenderaan terus meningkat tanpa henti.

...

...

...

...

...

No comments:

Post a Comment