Thursday, November 3, 2016

DIRGAHAYU DYMM TUANKU SULTAN PERAK (THE INSTITUTION OF UNITY IN MALAYSIA)

...

Sempena ulang tahun keputeraan DYMM Sultan Perak, khutbah Jumaat di Surau Diri Jumaat De Palma sebentar turut menyentuh perihal institusi beraja sebagai lambang ketuanan Melayu Islam di Nusantara. Ketuanan yang dimaksudkan bukanlah hubungan antara tuan dengan hamba, tetapi ikatan hubungan antara pemerintah yang adil melindungi rakyat yang taat setia. Hakikat itu tercatat dalam naskhah Sejarah Melayu:

Sembah Demang Lebar Daun: “Adapun tuanku, segala anak cucu patek sedia akan jadi hamba ke bawah duli Yang di-Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinusta dengan kata-kata jahat. Jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Shara’.”

Sang Si Perba pun bertitah: “Akan minta bapa itu hamba kabulkanlah. Tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba…”“Janji yang mana itu, tuanku?”“Hendaklah akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada anak cucu kita. Jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekali pun”. “Baiklah tuanku. Tetapi jikalau anak buah tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patek pun mengubahkanlah.”Titah Sang Si Perba: “Baiklah, kabullah hamba akan wa’adat itu.”

Mereka pun bersumpah-sumpahan serta berteguh janji, barang siapa yang mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbung rumahnya ke bawah, tiangnya ke atas.

(ambilan di sini.)

Sesungguhnya sejarah kesultanan Melayu sebagai kesinambungan empayar Melaka yang gemilang suatu ketika dahulu menggalas tanggungjawab utama dalam memastikan bahawa Islam sebagai tonggak yang memberikan keadilan kepada rakyat jelata. Amalan dan kepercayaan agama lain tidak diganggu selama mana tidak disebarkan kepada umat Islam, serta akur terhadap kedudukan Islam dalam perlembagaan negara. Sejarah menjadi bukti betapa hal berkenaan sentiasa terjaga, tidak seperti di sesetengah negara yang menindas penduduk minoriti yang beragama Islam ...

...

...

No comments:

Post a Comment