Monday, March 27, 2017

BOLA SEPAK KINI SEMAKIN SUKAR (NO MORE POWER HOUSE IN SPORT)


dahulu (1970-an), malaysia dengan mudah menumpaskan korea selatan dan jepun, malah pernah mengalahkan australia. arab saudi dan kuwait langsung tidak boleh angkat mula.

malaysia memenangi pingat gangsa sukan asia 1974, tewas tipis 0-1 di tangan iran (juara), dan membenam korea utara 2-1 untuk penentuan pingat gangsa. 

baca keputusan penuh 👇

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Bola_sepak_di_Sukan_Asia_1974

ketika itu, dua orang legenda bola sepak negara, syed ahmad dan mokhtar dahari bergandingan bersama harun jusoh dan isa bakar.

kini, sejarah hebat itu tinggal kenangan. dengan filipina yang dibelasah 11-0 dalam sukan asia berkenaan pun, malaysia sudah berkali-kali hanya mampu seri.


keterangan gambar:

penjaga gol iran, milad mohammadi bersaing dengan penyerang qatar, hasan al haydos. iran menang 1-0 di doha.

(sumber: the star, selasa 28/3/17: ms 43

bukan malaysia sahaja bermasalah. kuasa besar bola sepak seperti australia dan belanda juga terkial-kial untuk melayakkan diri ke kejohanan piala dunia akan datang.

No comments:

Post a Comment