Alhamdulillah, syukur ke Hadrat Ilahi justeru dengan Inayah dan Kurnia-Nya, kita nasih berkesempatan berkelana di dunia yang fana ini. Ramai juga kenalan yang telah menyahut panggilan Ilahi sepanjang tahun 2017. Mudah-mudahan mereka yang telah mendahului kita itu beroleh keampunan-Nya dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang sejahtera di negeri yang kekal a badi.
Selagi bernafas dan berdaya upaya, kita akan terus berusaha secara optimum demi memastikan bahawa kita tergolong dalam kalangan insan yang mensyukuri nikmat serta sentiasa berbakti dalam kehidupan. Kita berusaha bersungguh-sungguh melakukan pembaharuan dan penambahbaikan dalam segala amalsn dan tingkah laku. Segala yang kita lakukan bukan semata-mata untuk manfaat peribadi, sebaliknya suatu perkongsian dan memenuhi ciri umat terbaik sebagaimana yang terungkap dalam surah Ali Imran (3) ayat 110.
Kita mengukuhkan keimanan kepada Allah dan Rasul, menyeru kepada kebaikan dan mencegah keburukan (mungkar). Kaedah atau uslub yang digunakan mungkin berbeza, tetapi tetap berlandaskan ilmu pengetahuan yang sah. Matlamat biar jelas, manakala pelaksanaan mengambil kira sisi kebijaksanaan yang tuntas.
Andai kita berada dalam organisasi tempat mencari rezeki, berikan sumbangan yang terbaik. Ganjaran yang diperoleh hendaklah setimpal dengan pencapaian spesifikasi tugas. Konsep rezeki yang berkat dan halal sentiasa diberi perhatian yang sewajarnya.
Sejajar dengan peningkatan usia (baca: baki usia semakin menurun), tahap kematangan diri seharusnya membimbing kita ke arah kecemerlangan dan kejayaan. Jangan terlalu cepat berpuas hati dengan status quo tanpa hasrat mendaki puncak kemenangan yang lebih tinggi. Buang sifat ego dan inertia agar membuka ruang untuk terus belajar sepanjang hayat.
...
...
...
...
...
...
...
...
No comments:
Post a Comment