Pengenalan
Jumlah muka surat: 174 termasuk 2 halaman biodata penulis asal, tetapi tidak termasuk 10 halaman berhuruf roman.
Penulis asal: Cikgu Ruzaini Yahya, 50, guru tingkatan enam, SMK (P) Abu Bakar, Muar Johor.
Kelayakan akademik, BA(Hons), Dip.Ed, M.Ed (UKM)

Genre novel: fiksyen sains
Di sebalik judul / tajuk novel: Watak utama, Farhani, terperangkap dalam dunia kumbang dan ditawan oleh Komander Chalcosoma Caucasus, ketua tentera kerajaan kumbang kaum / spesies Chalcosoma Caucasus (muka surat 35).
Sinopsis Bab 1 (muka surat 1 - 8)
Bermula dengan kecoh kehilangan Kim Yong, rakan sekelas Farhani. Kim Yong, anak tunggal mendiang bapanya, seorang hartawan. Kim Yong dianggap angkuh kerana kurang bercampur gaul dengan rakan di sekolah. Namun, Farhani mengajak rakan-rakannya menziarahi ibu Kim Yong, Puan Lee. Mereka tidak masuk ke dalam rumah banglo tiga tingkat itu, tetapi berlegar di luar. Wei kemudian ternampak zoo mini yang penuh dengan pelbagai spesies kumbang. Mereka terdengar Puan Lee meracau sambil ditenangkan oleh Mak Cik Margaret, adiknya. Farhani dan rakan segera beredar.
Haikal menebak kemungkinan Kim Yong diculik, tetapi Che Mei berasa hairan mengapa tiada ugutan wang tebusan. Farhani menyatakan Kim Yong hilang ketika keluar mencari kumbang. Berita telah tersebar menerusi media massa, tetapi setelah seminggu masih tiada kemajuan. Hanya ada pelbagai andaian, termasuk kononnya, Encik Kwok, bapa tiri Kim Yong mahu membolot harta. Sebulan kemudian, cerita Kim Yong menjadi sejuk. Hanya Farhani yang masih prihatin.
Watak utama: Farhani, 13, rakan sekelas dengan Kim Yong, Haikal, Devnath, Wei, Mira dan Ren Che Mei. Anak bongsu daripada lima orang adik-beradik. Pelajar Tingkatan satu Arif, Sekolah Menengah Sri Kencana.
Perwatakan watak utama:
prihatin: mengambil berat akan misteri kehilangan Kim Yong, walaupun mangsa bersikap kurang mesra.
peka / cakna / sensitif: segera mengajak rakan-rakannya beredar dari rumah Kim yong sebaik mendengar Puan Lee meracau tentang kehilangan anaknya.
dominan / unggul / berpengaruh / berciri pemimpin: berjaya menghentikan andaian rakan-rakan tentang kehilangan Kim Yong dalam nada jenaka.
Latar masyarakat:
masyarakat murid sekolah: Farhani, Haikal dan rakan bersekolah di Sekolah Menengah Sri Kencana
masyarakat hartawan: mendiang bapa Kim Yong memiliki memiliki kilang dan syarikat di dalam sertadi luar negara.
masyarakat penyayang: Mak Cik Margaret menemani kakaknya dalam detik sukar
masyarakat penyayang: Mak Cik Margaret menemani kakaknya dalam detik sukar
Nilai murni:
keprihatinan / kepekaan / cakna: (gunakan huraian yang sama)
keunggulan peribadi
kasih sayang
keprihatinan / kepekaan / cakna: (gunakan huraian yang sama)
keunggulan peribadi
kasih sayang
Persoalan:
Keprihatinan / kepekaan terhadap keadaan / emosi orang lain
Keunggulan peribadi seorang remaja pintar
Kasih sayang sesama keluarga
Pengajaran:
Kita hendaklah prihatin / peka / cakna terhadap keadaan sekeliling / perasaan orang lain
Kita sepatutnya memiliki keperibadian yang unggul
Kita hendaklah berkasih sayang sesama keluarga
Latar tempat:
Rumah banglo tiga tingkat Puan Lee / Kim Yong
Bilik kelas tingkatan satu Arif: Sekolah Menengah Sri Kencana: Ketika ketiadaan Kim Yong semakin tidak dirasakan, Farhani masih melihat tempat duduk kosong milik Kim Yong.
Latar masa
Perbincangan kbat:

Teknik plot?
ReplyDeleteperwatakan?
ReplyDeletemana bab yang lain???????????????/
ReplyDeleteWatak kim young?
ReplyDeleteLatar tempat? ?
ReplyDeleteBole x sediakan isi-isi penting setiap bab thanks.. kalau bole secepat yg mungkin.. :)
ReplyDelete