TEKS LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGUAN
27 OGOS – 30 OGOS 2018
(15 – 18 ZULHIJJAH 1439)
Terima
kasih pengacara majlis
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh
Selamat
pagi dan salam sejahtera
Yang
Berusaha _______________________
Pengetua,
SMK ______________________
Penolong-penolong
kanan, guru kanan
Guru
dan pelajar yang dikasihi sekalian
Saya,
___________________, guru bertugas mingguan antara 27 Ogos hingga 30 Ogos yang
lalu, atau bersamaan 15 – 18 Zulhijjah 1439H bersama Cikgu ____________________.
Izinkan saya memberi laporan ringkas serta sedikit cadangan.
Pertama
sekali guru bertugas ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar yang rata-ratanya
memberi kerjasama dan sokongan terhadap pencapaian kecemerlangan sekolah atau
dalam bahasa pendidikan disebut sebagai keberkesanan sekolah (school
effectiveness). Sejumlah 98% pelajar tiba awal ke sekolah. Hanya 2% sahaja yang
perlu kepada penambahbaikan kemahiran insaniah dari segi perancangan untuk
pengurusan diri dan perjalanan ke sekolah. Pada hemat guru bertugas, pasukan
guru kaunseling sekolah pasti sudi membantu.
Disiplin
juga pada amnya terkawal. Bilangan kes juga pada nisbah 2%, termasuk kes
mengalihkan kedudukan kamera litar tertutup (cctv) pada minggu sudah. Guru
disiplin telah mengambil tindakan berdasarkan tatacara yang diperuntukkan, s o p.
Beliau juga ada membuat teguran tentang susunan pelajar dalam perhimpunan
hendaklah mengikut abjad. Harapan guru bertugas bahawa semua kelas akur akan
peraturan tersebut.
Kes
ponteng kelas dan tuisyen masih dilaporkan. Gelagat segelintir pelajar yang
keluar kelas sesuka hati, termasuk ketika guru sedang mengajar masih berlaku.
Kepada kumpulan pelajar berkenaan, tolonglah ubah sikap anda. Suburkan potensi
terbaik dalam diri kalian.
Pada
minggu lepas acara sambutan kemerdekaan juga berlangsung, termasuk raptai
peringkat negeri di Padang Ipoh. Tahniah kepada pasukan pancaragam, pengakap
dan lain-lain yang mengambil bahagian. Acara peringkat sekolah pada pagi Khamis
tidak kurang meriahnya. Semangat cinta negara, patriotik dan jati diri begitu
menyerlah. Mudah-mudahan semangat yang berkobar-kobar itu akan dibawa ke dalam
proses pembelajaran di bilik darjah dan segala kegiatan yang berkaitan.
Guru
dan pelajar yang dimuliakan,
Berdasarkan
pengamatan guru bertugas minggu sudah, saya percaya bahawa pelajar boleh
meningkat lebih maju jika sanggup melakukan perubahan dengan bijaksana. Kurt
Lewin, ahli psikologi memperkenalkan teori analisis daya lapangan (force field analysis). Proses perubahan
ke arah yang lebih baik penuh cabaran. Daya pacu perubahan (driving forces) akan digugat dengan
kuatnya oleh daya rintangan (restraining, resistance forces).
Susahnya
individu atau organisasi menuju perubahan justeru wujud rasa takut akan
kehilangan kedudukan, peluang, kawan, keselesaan yang boleh diringkaskan
sebagai status quo. Mereka rela
kekal di takuk lama.
Maka,
tingkah laku terpuji pelajar perlu dikukuhkan. Kelompok rujukan normatif
seperti pembimbing rakan sebaya diberi sokongan yang tuntas. Jika pelajar dalam
perhimpunan pada pagi ini sanggup menyebelahi driving forces, nescaya SMI akan terus mencipta kejayaan demi
kejayaan, dihormati dan dicontohi.
Kata
hukamak: hari ini lebih baik daripada semalam, esok lebih baik daripada hari
ini.
Selamat datang perubahan (ke arah kebaikan)
Selamat tinggal takuk lama (andai
merugikan)
Kualiti umpama marathon tanpa garis
penamat.
Sudah
pasti masih ada perkara tetap seperti aqidah, syariat dan akhlak bagi
masyarakat Islam, jati diri, lestari alam sekitar dan sebagainya. Kecemerlangan
juga perlu dilestarikan, tetapi cara dan strateginya tertakluk kepada
perubahan.
Dengan
kata-kata itu, saya akhiri laporan guru bertugas mingguan dengan wabillahi
taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
No comments:
Post a Comment