Pengenalan
Dimuatkan dalam antologi Bintang
Hati, muka surat 9. Terdiri daripada 4 rangkap yang tidak sama panjang, kecuali
rangkap dua dan rangkap 3 yang mengandungi 5 baris setiap satunya. Penulisnya,
Ustaz Wan Marzuki bin Wan Ramli, 48, lulusan pengajian Islam UKM dan Maktab
Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Pada amnya, sajak menggambarkan
keperitan hidup seekor kijang tua.
Perbincangan rangkap demi
rangkap:
Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema
Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba
Dia tidak lagi mampu menobat takhta
Mengorak telapak di tanah menghijau.
Kekuatan suara sang kijang semakin lemah sejajar dengan usia yang sudah
lanjut dengan tenaga yang merosot dalam persekitaran hutan tebal itu. Sang
kijang bukan lagi hebat bersaing atau lincah bergerak di kawasan penuh tumbuhan
itu.
Saat itu
Sebak menyentap dahan kalbu
Dedaun resah mula berguguran
Pepohon batin akhirnya tumbang
Akarnya menguncup di perdu harap.
Pada ketika itu sang kijang berasa sedih di dalam jiwa. Keyakinan diri
mula pudar, manakala kekuatan dalam dirinya juga tewas. Semangat untuk bertahan
kini tinggal harapan yang tipis.
Hari ini
Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki
Menghambat waktu yang bersisa
Walau dalam jera lelah
Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga
Sang kijang masih berusaha untuk kembali gagah dalam baki usia yang
singkat. Dia perlu melawan perasaan serik kepenatan yang mencengkam dirinya
segenap segi.
Bimbang tersadung akar dan jerat
Sang kijang lebih berhati-hati menapak
Meski dalam peribadi yang keruh
Diredah belantara yang mula teduh
Nun jauh di batas nuraninya
Dia tetap menjinjing tekad dan tabah
terus mengorak penuh berhemah
dengan akal dan hati
dia tidak lagi gundah
menyusun gerak dan langkah.
Sang kijang lebih waspada mengatur langkah kerana khuatir tersangkut
kaki pada akar pokok dan perangkap yang dipasang (oleh pemburu). Walaupun
dikuasai keyakinan diri yang merosot, sang kijang terus juga bergerak di hutan
tebal yang semakin redup. Di sudut hatinya yang dalam, sang kijang berbekalkan
azam yang kukuh dan sabar sambil melangkah dengan bijak dan matang. Akhirnya,
sang kijang berjaya menghilangkan rasa lemah untuk bergerak seperti biasa.
Mingguan Malaysia,
Utusan Publications &
Distributor Sdn. Bhd.
Tema
Perwatakan
Nilai murni
Persoalan
Pengajaran
kbat
No comments:
Post a Comment