Wednesday, April 8, 2009

guru bahasa melayu smi sertai komuniti blogger






Kini, semua guru Bahasa Melayu SMK St Michael, Ipoh (SMI) memiliki blog sendiri. Langkah ini bererti bahawa proses pembestarian sekolah dan konsep e-pembelajaran di SMI, khususnya dalam pengajian Bahasa Melayu bakal lebih mantap. Pelaksanaan p & p dalam bilik darjah fizikal kini dapat disambung pula ke bilik darjah maya.
Pada hari Rabu, 8 April 2008, Panitia Bahasa Melayu telah menghimpunkan semua guru Bahasa Melayu sesi pagi dan sesi petang untuk slot Latihan Dalam Perkhidmatan (Ladap) bagi membina blog secara individu. Latihan dikendalikan oleh Ketua Panitia, Tuan Haji Mohd Sidik bin Haji Zakaria di Makmal Komputer SMI. Slot dua jam yang bermula pukul 1.10 tengah hari itu berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Dijangkakan bahawa satu sesi pelancaran bagi menguar-uarkan kemunculan komuniti blogger Bahasa Melayu SMI akan diadakan dalam tempoh terdekat. Mudah-mudahan usaha ini akan memperkenalkan guru Bahasa Melayu SMI kepada seluruh pencinta bahasa serata dunia, insya-Allah.

No comments:

Post a Comment