Cabaran yang bakal dilalui oleh GC DG 48 di persekitaran SK tidak akan kurang hebatnya. Buat masa sekarang, gred perjawatan mereka mengatasi semua guru senior SK, termasuk guru besar. Persepsi tentang sumbangan GC tidak dapat tidak bakal menjadi bahan bualan dan gosip di SK.
Namun, GC haruslah cekal dan tabah bagi membuktikan bahawa kepercayaan yang diberi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bukanlah semata-mata proses naik pangkat. GC memiliki kelebihan (x-factor) hingga melayakkan mereka menikmati laluan pantas kenaikan pangkat tanpa menunggu tangga gaji maksimum pada sesuatu gred. GC, dengan kerjasama dan sokongan guru-guru SK yang sedia ada, bakal melonjakkan imej SK dari segi pelaksanaan aktiviti pembelajaran dan pencapaian.
Di Lembah Kelang, banyak guru SK yang berkelulusan sarjana, sambil ada yang sedang menyiapkan ijazah doktor falsafah (Ph.D) di kampus yang berdekatan. GC pula memiliki pengalaman pedagogi dan proses dokumentasi yang kemas. Kelebihan kedua-dua kumpulan guru ini, dengan sokongan padu pentadbiran dan warga guru SK yang lain, mempercepat pemerkasaan SK sebagai institusi pendidikan awal kanak-kanak yang bertaraf dunia.
Pentadbiran dan guru-guru SK yang sedia ada patut berasa bertuah menerima kehadiran GC 48 di sekolah masing-masing. Di sekolah menengah berasrama penuh sekali pun belum tentu ada guru gred DG 48 selain pengetuanya sahaja. Gred perjawatan bukanlah satu bentuk kasta, sebaliknya hendaklah dipandang sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan seseorang penjawat awam.
Perjuangan memperbanyak jawatan GC telah dipenuhi oleh pihak kerajaan. Kini tibalah pula masanya untuk GC yang menerima lantikan mengatur langkah supaya dalam jangka masa panjang, SK mampu diperkasakan sebagai pilihan utama ibu bapa ke arah perpaduan nan sejati. Peranan Majlis Guru GC kini makin mencabar dengan wujudnya segmen GC yang ditempatkan di SK...
4 comments:
kepada semua gc...dimana ada kemahuan disitu ada jalan...insyaallah,
adakah gc 48 hanya setakat gred tersebut sahaja di sk....bagaimana peluang kenaikan pangkat ke DG 52?tk
sudah tiada sekatan lagi. guru penolong biasa di sk pun boleh mencapai gred dg 54 berdasarkan tahun perkhidmatan 8 + 8 + 6 + 3 + 3.
tempoh untuk gc lebih singkat daripada itu dengan syarat ada kekosongan / norma perjawatan...
Amat malang ppps yang mempunyai ijazah sarjana tetapi tiada pengikhtirafan.Harap dimasa akan dtg. ada imbuhan yg sesuai dgn guru2 tersebut.
Post a Comment