Monday, March 5, 2012

NUANSA (SUBTLE DISTINCTION)

Perkataan nuansa berasal dari leksikon bahasa Inggeris, nuance. Kamus Dewan edisi IV (2005:1086) mentakrifkan nuansa sebagai perbezaan atau kelainan yang halus dan sangat sedikit pada bunyi, makna, perasaan, warna , rupa dan sebagainya. Hanya orang-orang yang peka dan teliti akan dapat mengenali perbezaan yang sangat kecil, misalnya dari segi fesyen, ragam alunan suara, resepi masakan dan persepsi politik.

Nuansa mudah dimanipulasi oleh pakar dan individu yang sangat berpengalaman. Penggubah lagu yang hebat dapat mencipta irama yang menangkap imaginasi khalayak berdasarkan pengamatan terhadap bunyi-bunyi yang terhasil dalam lingkungan persekitaran mereka, sama ada lagu alam, pergerakan makhluk bernyawa dan geselan objek tertentu. Mereka dapat mencantumkan segala nuansa yang tidak menarik perhatian insan biasa.

Demikian juga dengan dunia artistik dan peluahan kreatif. Pelukis dan pereka fesyen (fabrik dan pelbagai barang hiasan) menggunakan pelbagai jalur warna dan motif untuk mewujudkan nuansa pada persepsi penggemar bercita rasa tinggi. Pendek kata, nuansa sangat penting kepada orang-orang yang mengambil kisah atau peduli akan kesempurnaan.

Dalam dunia politik berasaskan parti dan pengaruh undi awam, nuansa ialah permainan persepsi yang sangat penting. Perkara-perkara titik bengik sering diungkapkan sebagai hal-hal prinsip yang seolah-olah tidak ada sebarang tolak ansur. Saingan politik diberi imej buruk umpama pengkhianat, ejen asing, transeksual, pecah amanah atau sebagai pelampau yang licik.

Perkataan nuansa mungkin masih asing bagi masyarakat di Malaysia, tetapi sudah begitu meluas terungkap di tanah seberang Indonesia. Namun, penggunaan istilah berkenaan mula mendapat perhatian dan mungkin menjadi perkataan biasa sebagaimana istilah fenomena dan paradigma suatu ketika dahulu. Penulis cerpen, lirik, novel dan skrip drama mungkin menjadi pencetus penggunaan perkataan nuansa secara awam...

20 comments:

  1. Cikgu,saya lepasan pelajar matrikulasi sesi 2012/2013..
    Pada sem 1 , pointer says cuma 2.7 sahaja tetapi dalam keputusan sem 2 yang saya terima baru-baru ini..saya berjaya mendapat pointer 3.01..
    Saya mendapat gred A dlm Pengurusan Perniagaan..B+ dlm Matematik Dan Akaun..Dan ekonomi saya ,saya dapat B- sahaja...
    Layak kah saya jika saya memohon jurusan Pengurusan Perniagaan Dan bidang Harta Tanah di universiti-ii seperti UKM,UPM,UMS dan UUM..?
    Dan juga Bidang kos apakah yang patut saya pilih dengan adanya pointer 3.01 ini..?
    Bolehkah Cikgu membantu saya..
    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum cikgu. Saya bekas pelajar pasum. Result keseluruhan saya agak teruk. saya betul2 perlukan nasihat dan recommendation drpd cikgu. Pointer asasi saya 2.44. Apakah kos2 yang layak utk saya mohon?

    Saya jugak sgt minat biology dan kalau bole saya nk mohon bidang zoologi ukm. Layak ke saya? Atau untuk pe2 kos biologi?

    Saya harap sgt2 dpt menyambung pelajaran saya ke peringkat ijazah di ipta. Tolong bantu saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. W.salam nadinarenko,

    2.44 di asasi U M bukanlah teruk sangat. pertama, kalau masih ke U M cuba jumpa perunding cara(kaunselor) dan bertanya terus kepada penolong pendaftar fakulti sains @ pegawai tadbir (ijazah asas) di institut sains biologi.
    jika tidak, telefon sahaja dengan terlebih dahulu memberi butiran diri secara ringkas.

    selain UM, boleh cuba u komprehensif, eg. UiTM, Unimas. Mohon juga kursus diploma yang menjurus kepada peluang sambung ijazah berkaitan biologi.

    semoga berjaya, amin ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu, pertama sekali terima kasih kerana sudi membalas komen saya. Saya nk minta pandangan cikgu. Apakah pilihan terbaik utk saya isi dlm borg upu saya utk sambung ke peringkat ijazah ? Saya takut terslh dan akan terisi kos2 yg tidak bersesuaian dgn keputusan saya. Terima kasih sgt2 cikgu atas nasihat dan pandangan yg diberikan.

      Delete
  4. sama-sama. asalkan bukan kursus kritikal yang menjadi rebutan calon pngk tertinggi.

    uitm banyak buka peluang untuk pelajar islam.

    jika perlu mula dengan diploma, ayuh lakukan. laluan kejayaan tidak semestinya sama untuk semua orang.

    Selamat mencuba ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam ckgu. Sya bkas pljar stpm 2014 tgh tggu result. Saya nak tnya, saya ambil subjek p.a, geo, sej dan sastera. Tp saya berminat kos perancangan bdr dan wilayah dkt um. Bleh ka saya dpt kos tu dengan jangkaan pointer stpm saya dlm 3.75. Mita pandangan ckgu

      Delete
  5. cikgu,waajaran keputusan stpm saya ialah 3.1 atau 3. 2.masalah saya ialah math semasa spm saya tidak kredit dan mendapat e.saya diberitahu banyak kos yang memerlukan kredit math spm.bagaimana saya dapat memilih kos yang sesuai semasa mengisi upu?saya mendapat bt dalam pengajian am dan selebihnya b dalam subjek bahasa arab sejarah dan syariah

    ReplyDelete
  6. cikgu,waajaran keputusan stpm saya ialah 3.1 atau 3. 2.masalah saya ialah math semasa spm saya tidak kredit dan mendapat e.saya diberitahu banyak kos yang memerlukan kredit math spm.bagaimana saya dapat memilih kos yang sesuai semasa mengisi upu?saya mendapat bt dalam pengajian am dan selebihnya b dalam subjek bahasa arab sejarah dan syariah

    ReplyDelete
  7. W.salam,

    alif asyraf: insya-Allah. pencapaian pngk & geografi sangat membantu

    unknown: akademi pengajian Islam UM (syariah, usuluddin), UKM, Usim.syarat kepujian matematik bukan mandatori kecuali kursus sastera ikhtisas, gunaan

    ReplyDelete
  8. salam..cg sy nk tanya kalau ambil kos ijazah sarjanamuda sastera dgn kpujian (pengajian bahasa inggeris) di ukm , bidang kerjaya apa yg blh dceburi oleh sy? tlong la cg bri penjelasan ..

    ReplyDelete
  9. guru, pensyarah, diplomat, pegawai perhubungan awam, pegawai bank, pengacara dan banyak lagi. syaratnya, pngk terbaik & kemahiran insaniah menyerlah. Wallahu a'lam
    ...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum cikgu. Saya merupakan pelajar stpm 2015 . Apakah bidang kerjaya saya selepas ambil kos sarjana muda sains sosial dengan kepujian (sejarah)?

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum cg.. Sy bru dpt result bagi stpm 2016 td.. dan kptusan sy hanya 2.42 dan muet hnya band 3.. Sy minat dlm bidang bhsa dan kaunseling.. Pada pndpt cg kos mana yg sesuai dgn cgpa sy yg x brape tu n UA mana yg layak sy mohon?

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum'ckgu sya nk tnya klu sya ambek akaun wktu stpm bolehka sya smbung law untk ijazah

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum'ckgu sya nk tnya klu sya ambek akaun wktu stpm bolehka sya smbung law untk ijazah

    ReplyDelete
  14. W.salam,

    anon may 23: terlalu banyak pilihan kerjaya jika beroleh pngk tertinggi dan muet band 4 ke atas. ahli akademik, pegawai tadbir dan diplomatik, pakar arkeologi, ahli korporat, usahawan dll

    alim ahmed: boleh. muet kena band 4 dan ke atas. pngk juga mesti o k

    Wallahu a'lam ...

    ReplyDelete
  15. Salam Cikgu saya ambik stpm thn 2018 nak Tanya saya ambik Kos p.am,ekonomi,perakaunan,matematiks m, must kalau saya nak sambung ijazah dalam bidang matematiks boleh ke atau bagi cadangan lain

    ReplyDelete
  16. Salam Cikgu saya ambik stpm thn 2018 nak Tanya saya ambik Kos p.am,ekonomi,perakaunan,matematiks m, must kalau saya nak sambung ijazah dalam bidang matematiks boleh ke atau bagi cadangan lain

    ReplyDelete
  17. Salam,

    boleh cuba ekonomi matematik / statistik
    atau perakaunan sambung master forensic accounting / acca

    ReplyDelete