Thursday, July 11, 2013

KEPUTUSAN UPU DAN TEMPOH RAYUAN PERMOHONAN (60.52 PER CENT SUCCESSFUL UNIVERSITY APPLICANTS)

Syabas dan tahniah kepada sejumlah 41,573 orang pemohon yang ditawarkan tempat untuk meneruskan pengajian peringkat ijazah asas (prasiswazah) di institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan mulai 1 September ini. Kepada 27,229 orang pemohon lagi masih boleh berharap untuk berlaku keajaiban apabila tempoh rayuan ditetapkan sehingga 12 tengah malam 21 Julai ini. Segala proses mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan IPTA dan e-rayuan boleh dibuat menerusi laman Unit Pusat Universiti (UPU) di sini, Universiti Teknologi Malaysia di sini, Universiti Utara Malaysia di sini, Universiti Malaysia Sarawak di sini dan Universiti Malaysia Sabah di sini.

Makluman lanjut tentang nombor talian telefon dan rujukan terus ke Putrajaya sila klik di sini atau di sini. Barang diingat bahawa tempoh 10 hari bukanlah panjang sangat. Maka, keputusan untuk tindakan selanjutnya perlu dilakukan secepat mungkin supaya tidak 'ketinggalan kereta api'!

Berdasarkan maklum balas Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, didapati bahawa persaingan merebut tempat ke IPTA semakin sengit. Jika pada tahun lalu (2012), pemohon STPM dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 2.8 dijamin tempat di IPTA, kini dengan PNGK setinggi 3.0 (purata gred B) mungkin mendapati permohonan mereka ditolak untuk pusingan pertama ini. Maka, pemohon yang membuat rayuan perlu membuat pilihan yang tepat dan mungkin terpaksa melupakan kursus idaman masing-masing.

Kekosongan tempat di IPTA mungkin berlaku kerana sebilangan calon mendapat tawaran menyambung pengajian di luar negara, misalnya di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) atau berasa kursus yang ditawarkan tidak menepati kehendak mereka. Dengan kesanggupan kewangan keluarga, golongan sedemikian memilih institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menawarkan bidang pengajian popular secara berkembar dengan universiti ternama dunia. Ibu bapa mereka tidak begitu berharap supaya anak mereka memasuki sektor awam, sebaliknya untuk mewarisi perniagaan keluarga, atau menyertai sektor swasta .

Pemohon IPTA yang mengisi e-rayuan harus memberi pertimbangan terhadap kursus yang kurang saingan seperti pengajian bahasa asing seperti di fakulti linguistik, Universiti Malaya atau fakulti bahasa moden, Universiti Putra Malaysia. Hakikatnya, pemohon mesti merebut tempat di IPTA dalam mana-mana kursus kerana ijazah asas yang bersifat am (bukan ikhtisas) memiliki prospek kerjaya yang sama rata, tertakluk kepada pencapaian PNGK dan kemahiran insaniah yang menyerlah. Semua pemegang ijazah asas juga layak untuk menukar bidang pengajian di peringkat ijazah tinggi seperti pentadbiran perniagaan (MBA), sains komputer (M.Sc) dan mana-mana bidang sastera umum (MA). 

Banyak juga contoh pemegang ijazah pertama kemudian membuat keputusan belajar ijazah pertama yang lain (double degrees) misalnya undang-undang (LL.B) dan perakaunan (ACCA, CA dan MACPA). Ijazah pertama hanyalah tiket untuk mendaki mobiliti sosial (kerjaya dan keluarga) sebelum memiliki peluang kedua mencapai cita-cita sebenar sejak di bangku sekolah! Maksim kejayaan yang tertangguh lebih sesuai daripada melayan rasa kecewa akibat kegagalan yang bersifat jangka pendek atau sementara.

Setelah berehat selama hampir  sembilan bulan untuk menyambung pengajian, kini tibalah masanya untuk kembali ke 'sekolah' dan 'bilik darjah'. Banyakkan kesyukuran dan mulailah mendengar kisah-kisah kejayaan insan yang cemerlang dan layan seadanya insan yang biasa-biasa dalam pencapaian akademik di universiti. Nasihat yang bersifat negatif sekadar dijadikan sempadan untuk meningkatkan jati diri.

Masa berehat sembilan bulan barangkali telah dimanfaatkan untuk mengumpul wang bagi membiayai serba sedikit kos sara hidup di universiti. Perbelanjaan harian yang paling kritikal di universiti ialah makan minum yang cukup dan berkhasiat supaya pelajar memiliki stamina yang diperlukan untuk memberi tumpuan terhadap pembelajaran aras tinggi. Hampir semua universiti (mungkin pengecualian untuk UiTM) menggunakan sistem kafetaria yang bermakna pelajar perlu membuat bayaran tunai setiap kali untuk menikmati makanan dan minuman.

Sementara belum menerima bantuan atau pinjaman kewangan, sebahagian pelajar terpaksa mengikat perut dan menelan air liur sahaja kerana poket yang kosong. Cara berjimat ialah membeli sepotong ikan dan dikerat dua untuk makan tengah hari dan makan malam, bersama nasi yang ditaruh kuah kari misalnya. Barangkali pihak kerajaan perlu menyediakan token RM1,000.00 dalam bentuk kupon supaya tiada pelajar universiti yang 'kebuluran' dalam semester pertama pengajian!

Belanja fotokopi juga agak tinggi kerana bilangan buku di perpustakaan, khususnya di bahagian tanda merah (red spot) yang memang terhad, serta hanya boleh dipinjam dalam tempoh dua jam. Sebaik sahaja menerima senarai buku rujukan, pelajar harus cepat-cepat mendapatkannya di bahagian tanda merah atau melantik ketua kelas kursus untuk proses fotokopi secara beramai-ramai. Sesetengah pengendali kedai fotostat di kampus sudah sedia menjilid rujukan berkenaan walaupun pada hakikatnya bercanggah dengan undang-undang hak cipta kerana membuat salinan penuh untuk tujuan jualan.

Cabaran kehidupan kampus seterusnya ialah

...

93 comments:

  1. asalam cikgu, sy bdk account msa kt matrik dlu. bila rsult UPU kuar, sy terkejut sbb sy dpt kos yg agak jauh terpesongnya dgn bidang sy skrg. sy dpt kos sains computer dekat ump. mcm mana cikgu? patut x sy tolak tawaran ni ni dan apply ipts OR sy just cuba utk ambek jgk. sy berada dlm dilemma skrg. tlg bg pendapat ye cikgu. TK

    ReplyDelete
  2. W.salam

    masih berkaitan sebab ada kursus perakaunan berkomputer (atau komputer dengan perakaunan). masih boleh ambil ACCA, CA atau MACPA kemudian untuk layak sebagai akauntan bertauliah.

    mungkin boleh daftar di UMP dahulu, 'shopping' (masuk kuliah dan buat penilaian kendiri) sama ada serasi atau tidak. ipts sudah tentu membabitkan implikasi kewangan 'fama' (fother & mother), tetapi jika mereka sanggup, apa salahnya.

    Wallahu a'lam...

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Saya telah mendapat kursus yg tidak saya minati iaitu kejuruteraan kimia industri di unimap sedangkan pilihan pertama saya ialah geologi ukm.bolehkah saya mengemukakan rayuan bertulis kepada ukm untuk mempertimbangkan penukaran kursus dan universiti.tetapi sebagai langkah berjaga2, perlukah saya menerima tawaran unimap? Saya tidak mempunyai kenyakinan untuk membawa kursus kejuruteraan kerana agak lemah dalam pengiraan.mohon cikgu dapat membantu

    Terima kasih

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum. saya telah ditawarkan ijazah sarjana muda seni gunaan (muzik) di unimas. saya ingin tanya apa peluang pekerjaan bagi kursus ini setelah tamat pengajian, dan sejauh mana bidang ini boleh menjamin masa depan saya. terima kasih

    ReplyDelete
  5. Salam

    Anony 10:15

    Jika ditawarkan ertinya insya-Allah, uni. berkenaan yakin dengan kelayakan calon prasiswazah mereka. Yakini diri dan berusaha dengan gigih. Mohon tukar boleh sahaja, tetapi elok juga kalau terus berjumpa dengan ketua jabatan geologi ukm atau penolong pendaftar fakulti yang berkenaan. komunikasi secara bukan bersemuka sukar berhasil dalam tempoh sesingkat seminggu proses rayuan.

    Anony 1:05

    muzik bukan sahaja tentang kemahiran bermain alat muzik, tetapi dari segi epistemologi (tubuh ilmu), falsafah, aplikasi dan dan isu-isu sosial yang lain. peluang kerjaya setara dengan kelulusan ijazah asas yang lain.

    Wallahu a'lam...

    ReplyDelete
  6. Salam cikgu. Saya ditawarkan course communication data and networking dekat uitm and yang jadi masalah sekarang sy time dekat matrik saya student acc and time spm saya aliran pure sc. saya lgsg tak pernah belajar bab programming ni and saya dah try refer kepada beberapa senior and majoritinya tak tahu sangat pasal course ni. saya pun dah try cari maklumat sendiri dekat internet, tapi sikit je saya dapat so sekarang patut ke saya terima course ni or teruskan di ipts. Dilema :')

    ReplyDelete
  7. cikgu, ada org ckp boleh tukar u. betul ke? ada panduan tak mcm mna nk tukar uni?

    ReplyDelete
  8. salam,

    sy nk tnya. kursus sains komputer (Sistem Komputer & Rangkaian) tu belajar dia mcm mna? susah x? sbb sy x ada basic dlm kursus ni. sy takut sy x boleh bwk

    ReplyDelete
  9. Salam

    Anony 7:40

    o k, insya-Allah tiada masalah. kursus itu direka bentuk untuk lulusan prauniversiti. jadi bukan masalah besar jika fokus dan gigih sepanjang tempoh pengajian.

    ipts? jika keluarga o k (kewangan) pun tiada masalah.

    Anony 5:10

    bergantung kepada kekosongan tempat. cara paling baik pergi sendiri ke putrajaya (UPU) untuk maklumat terkini dan bersemuka. kena capat bertindaklah...

    Anony 5:15

    sama dengan 7:40 ker? tidak perlu khuatir. cerita negatif boleh dengar tetapi jadikan sempadan sahaja. jati diri mesti kuat, insya-Allah berjaya dengan cemerlang.

    Wallahu a'lam...

    ReplyDelete
  10. Salam cikgu,

    Saya berasa kecewa sbb walaupun mdpat pngk 2.80 masih gagal melayakkan diri ke universiti..mungkin bidang yg saya pilih bnyak saingan..pada pendpt cikgu bidang apa yg patut saya mohon supaya peluang lebih cerah..? Sya lepasan stpm aliran sastera...ambil P. Am, Bm, sejarah dan perniagaan..saya lebih cenderung ke arah bahasa..

    ReplyDelete
  11. assalam cikgu..
    sye dpt result stpm 2012 pngk 2.67 x dpt mana2 u..muet band 2..
    spm ritu bik akaun agama acc A+,bi c+ +mth A-..sye pelajr cmerlng spm..x p mtrx n x pi asasi..
    so nk smbong degree kos pew eik mngikut result stpm nieh..T_T..stpm bnyek mein..mnyesal..

    (a)rayuan
    pilihn 1 upsi pndidikn awai knk2(open market)#
    pilihn 2 uitm seni kulinari
    ok ke..??kmhirn sye mnat masak gak..akaun(kewangn), bnde kire2, agama ,pendidikn..ase2 cikgu sye dpt smbung degree ke..sengit ke bdng nieh..?pew kerjaya masa dpn kos nieh..ke pew kos yg sesuai untuk sye..

    (b)result stpm
    bm c+,pa b+,syariah b-,sj c-,pp c+
    hari tuh dpt ujian medsi n interview upsi akaun..last2 kuar result upu x dpt u..
    upu rituh saye de gak buh pilhn ke 4 perbnkan islam d uum..pon x dpt gak..sye p check2 balik kt imascu mungkikah sye x dpt mne2 u disbbkn x de arab n akaun d stpm.. kew sye dh x de hrpn dlm bdng akaun..dngn result stpm nieh..layak kew sye bik degree nie..

    (c)u pew yg sye x ptot mntak..??dngn mliht result stpm sye nie..uum muamalat leh mntx ak..upm bcelor akaun leh ak..ttibe risau x leh bwok lak..kew sye bik bdg kmhiran jep..mak x kasi p jauh2..sye ong perak..ongkos x seberapa tuk smbung ipts..

    sekian terima kasih..tolng bntu sye sblum 21 julai ni..

    ReplyDelete
  12. (a)rayuan masok bulan bpew klu dpt..?insya'allah aminnnn..

    (b)klu mntx ryuan pndidikn yg kne temuduga..t u tu pnggil kte tuk interview ke pas tuh bwu pat result dpt kew x..ke x de dh interview..bulan bpew eik interview tuh dipnggil..?

    (c)klu x pat ryuan nieh gak..nauzubillah..kte nk wt cmne tuk pat smbung degree jgak pkai stpm nieh..bik 2 intake kew..?bulan bpe eik..??u pew yg de 2 intake ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa jawapan untuk soalan b)...saya btl2 ingin tahu

      Delete
  13. Salam

    Elia,

    pusingan pertama memang sengit, pemohon 3.0 pun banyak yang sangkut. tunggu keputusan e-rayuan kerana terdapat sekumpulan pelajar dua tawaran serentak, atau tidak menerima kursus yang ditawarkan. pilih dua kursus daripada senarai permohonan asal.

    alpa dalam stpm,

    maaf, kurang jelas tentang perkara yang ditanya. pngk 2.67 memang susah nak lepas pengambilan pusingan pertama. maka, tunggu sahaja keputusan rayuan, nanti kita cerita lain, o k?

    Wallahu a'lam...

    ReplyDelete
  14. Salam..ckgu..ble xckgu trangkn serba sedikit mngenai course ekonomi kewangan.. sya da google..tp mc xjmpa jga.. ayah sya berulang kli tya mngenai course tu..

    ReplyDelete
  15. cikgu ok ke tidak kos yg sye mntak rayuan upu tuh..de pluang ke msok u smbung degree kos kulinari ni..??

    cikgu boleh kew saye mohon rayuan kt UUM(kos muamalat) dan upm(kos perakaunan)...??walaupon sye x de akaun mse stpm rituh..senang ke nk bik degree nieh..???

    ReplyDelete
  16. so cikgu pngk yg seciput tuh bidang pew yg saye leh mintx rayuan yek..?

    ReplyDelete
  17. Salam

    Tiyah Jefri:

    ekonomi kewangan lebih menjurus kepada kajian makro dari segi dasar, sistem, perbankan, tukaran asing, aliran modal, kegiatan arbitrari dan banyak lagi. kursus ini menyediakan calon siswazah dengan kebolehan membuat keputusan yang tepat dalam persekitaran kewangan yang sentiasa berubah. kalau di U M boleh mengkhusus dalam bidang perancangan kewangan yang memberi pengecualian kredit untuk 'chartered financial planner".

    *alpa dlm stpm*

    tiada masalah untuk rayuan, tetapi mesti bersedia menerima sebarang kemungkinan, setelah tahu hitam putih, barulah membuat tindakan susulan. moga berjaya akhirnya, amin...

    ReplyDelete
  18. tq3..cikgu..

    ReplyDelete
  19. Salam cikgu, sy lepasan diploma sains uitm dgn cgpa 3.33. Sy telah memohon rayuan s.muda psikologi ukm. Adakah sy mempunyai peluang yg tinggi utk diterima?

    ReplyDelete
  20. Salam

    Peluang ada, kena tunggu sebab laluan kemasukan diploma selepas selesai calon stpm, asasi& matrikulasi.

    mungkin juga ditawarkan kursus lain yang ada komponen psikologi seperti pengajian perniagaan.

    Wallahu a'lam...

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum..
    alhamdulilah sy berjaya menempatkan diri di ipta tetapi sepupu sya tidk mempunyai rezki dlm first intake walaupun pointer 3.00..dlm rayuan dya minx ukm..adakah dya berpeluang ditempatkan ke u tersebut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang sepupu awak tu dapat mana2 tak untuk rayuan?

      Delete
  22. W.salam

    tahniah. tahun lepas 2.4+ pun lolos dalam rayuan (UM). tidak kiralah mana-mana U pun untuk ijazah asas. Didoakan sepupu sdra/i berjaya, amin...

    ReplyDelete
  23. salam :)
    cikgu, saya ingin bertanya. saya telah memohon rayuan untuk menyambung degree di UKM, adakah cikgu rasa peluang cerah untuk dapat UKM? memandangkan UKM sekarang ialah sebuah universiti dengan taraf RU.

    ReplyDelete
  24. Salam

    Harapan ibarat roda yang terus menggerakkan impian manusia. Maka, berdoalah justeru Dia Maha Mengetahui perkara yang terbaik buat kita.

    Jika berjaya selain UKM (uni. komprehensif) terima sahaja, sebab boleh masuk UKM @ RU lain untuk ijazah tinggi (sarjana, Ph.D). Semoga berjaya hendaknya, amin ...

    ReplyDelete
  25. salam cikgu, saya xberjaya dlm tawaran upu. bagaimana nak buat rayuan terus melalui uitm? perlu no pin bsn ke? mohon pjelasan dr cikgu. terima kasih.

    ReplyDelete
  26. Salam,

    semua rayuan secara atas talian (guna maklumat permohonan asal). boleh juga terus ke kampus induk di shah alam (pejabat naib canselor) untuk program destini anak bangsa.

    Wallahu a'lam ...

    ReplyDelete
  27. Salam
    Saya merupakan lulusan stpm 2013. Pointer saya ialah 3.17 dan mendapat band 4 untuk muet. Saya berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang bahasa&linguistik(b.inggeris) atau tesl. Baru2 ni saya mendapat panggilan temuduga untuk fakulti bahasa&linguistik(b.inggeris) di um. Um ialah 1 uni yg tkemuka. Adakah peluang saya cerah atau bagaimana?

    ReplyDelete
  28. Tahniah Levenda Hwang,

    kalau sudah disenarai pendek untuk temu duga, sebelah kaki sudah ke sana (UM). maka, buat persiapan rapi, jangan risau sangat tentang status UM.

    Selamat maju jaya ...

    ReplyDelete
  29. Salam.
    Saya pelajar lepasan spm 2012, dan mendapat keputusan 8a 1b dlm spm. Sy kemudian sambung pengajian dalam asasi sains hayat di universiti malaya. Mungkin kerana kurang usaha sy hanya dpt pngk 2.67 dan saya tak dapat sebarang tempat di ipta.
    Saya kecewa dan tak tahu course apa yg perlu saya mohon dlm rayuan yg sesuai dgn result dan minat sy.sy minat subjek biologi dan semasa di asasi sy dpt gred A- untuk bio.
    Harap cikgu boleh beri nasihat.

    ReplyDelete
  30. Salam,

    Satu pintu tertutup, masih banyak pintu yang terbuka. Laluan untuk mendaki mercu jaya menjadi milik mereka yang sentiasa berusaha dengan bijak dan gigih, tidak kenal erti buntu. cuba mohon uitm, walaupun harus masuk diploma sains dahulu (laluan perubatan, pergigian, farmasi, teknologi makanan, dll). didoakan berjaya, amin ...

    ReplyDelete
  31. salam, cikgu, kalau dh masuk degree kat ipts kemudiannya nk tukar ke ipta boleh ke?

    ReplyDelete
  32. Salam,

    tidak. kena terus hingga bergraduat di ipts, kemudian mohon sambung ijazah tinggi (sarjana) di ipta.

    wallahu a'lam ...

    ReplyDelete
  33. Salam...nak tanya..jika rayun ke uni gagal..boleh ke kita merayu terus ke mana2 universiti

    ReplyDelete
  34. Salam,

    cuba segala cara, apa salahnya?

    didoakan berjaya, amin ...

    ReplyDelete
  35. SALAM CIKGU,
    SAYA LEPASAN STPM 2014/2015. PNGK SAYA 2.90. SAYA GAGAL DLM PENGAMBILAN PERTAMA. SEKARANG SAYA BINGUNG NAK SUSUN PILIHAN DEKAT UPU TU. BOLEH CIKGU TOLONG SAYA TAK?

    ReplyDelete
  36. Salam cikgu.saya dpt smbg pljrn ke utm.but, dtawarkan kursus yg saya x minat.rayuan semula tu hanya utk pelajar yg x dpt ipta or saya yg nak tukar kursus pon boleh rayu sekali?saya harap sgt cikgu balas comment saya

    ReplyDelete
  37. Salam cikgu.saya dpt smbg pljrn ke utm.but, dtawarkan kursus yg saya x minat.rayuan semula tu hanya utk pelajar yg x dpt ipta or saya yg nak tukar kursus pon boleh rayu sekali?saya harap sgt cikgu balas comment saya

    ReplyDelete
  38. Salam.

    Diana Samiran: boleh perinci keputusan termasuk muet. boleh e-mel jika perlu

    unknown: kautimtukar kursus hanya boleh dibuat dengan dekan fakulti yang ditawarkan. proses yang rumit juga. hakikatnya semua kursus u menarik. tidak berminat kerana belum mula belajar. lagi pun boleh ubah haluan bidang apabila membuat pengkhususan mulai tahun 2 @ sambung sarjana.

    Wallahu a'lam ...

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum cikgu, Sye dapat course pengurusan Hartanah di Uthm, Dan apa yang sye tahu course ni jugak terdapat di Uitm dan paling penting course ni terdapat di shah alam, Boleh ke sye guna alasan dekat dgn rumah, dan juga yuran pengajian murah sebagai alasan untuk tukar universiti?? Tapi apa yg sye tahu buat mse ni sye kena tamatkan satu semester dahulu dgn cgpa yg bagus. Sekian, Terima Kasih

    ReplyDelete
  40. Salam cikgu, kalau budak sains biase ye bleh pergi tak dgn kos pentadbiran perniagaan. Sbb sy xde asas ekonomi n akaun

    ReplyDelete
  41. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  42. W.salam,

    Mohamad Hazim: tahniah kerana berjaya ke uthm. apa salahnya merantau di tempat orang. sebenarnya seronok menimba pengalaman di johor. masyarakatnya peramah dan makanan di sana unik. air yang mengalir lebih baik daripada air yang bertakung.

    Kuro Neko: boleh, malah lagi hebat kerana ada kelebihan dari segi kecekapan kuantitatif, iaitu asas matematik tambahan. di amerika syarikat, pengajian perniagaan dikurniakan sarjana muda sains. bidang itu dipelopori oleh para jurutera dan ahli psikologi.

    Wallahu a'lam ...

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum cikgu....saya pelajar uitm diploma...mndapat pointer 3.01 dan muet band4...saya mohon upu tapi tidak dapat.. Sya tgh membuat rayuan upu.tetapi dlm tgh menunggu keputusan rayuan upu 15 september ny,saya masuk ipts Utk Sementara sebagai backup plan jika sya ta dpt upu...adakah ini akan menjejaskan permohonan rayuan saya?

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum cikgu....saya pelajar uitm diploma...mndapat pointer 3.01 dan muet band4...saya mohon upu tapi tidak dapat.. Sya tgh membuat rayuan upu.tetapi dlm tgh menunggu keputusan rayuan upu 15 september ny,saya masuk ipts Utk Sementara sebagai backup plan jika sya ta dpt upu...adakah ini akan menjejaskan permohonan rayuan saya?

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum cikgu,saya sekarang student matrik. Untuk pegetahuan cikgu saya dah google tapi x jumpa. UNIVERSITI manakah yang ada kos geologi. Xkisah lah U apa pun. Yang paling sedikit pointer untuk kos geologi. Universiti manakah. Betul2 minat geologi cikgu. Bye

    ReplyDelete
  46. W.salam,

    P-Duih: tidak menjejaskan kerana tiada kaitan.

    megat amirul: ukm, um, usm. lihat di bawah fakulti sains gunaan. RU seelok-eloknya 3.4 ke atas dan muet band 4

    Wallahu a'lam ...

    ReplyDelete
  47. saya ade send email kpd cikgu. dapat tak?

    ReplyDelete
  48. Salam.sy dpt 2.67 stpm 2015.mmg ssah nk ke ipta.sy ambil p.am bm sej geografi n p.perniagaan.sy agak lmah dlm matematik.boleh cgu cdangkn course yg sesuai n kurang persaingan.tq cikgu..jsamu kan kukenang.

    ReplyDelete
  49. Cikgu Saya nk Tanya Saya dpt tawaran UPU yg Saya tk minat boleh ke Saya buat rayuan di UPU.

    ReplyDelete
  50. Salam,

    anon mac 2: sudah jawab dalam entri lain, betul?

    Afizah Ariel Inspirit: daftar uni. berkenaan, kemudian rujuk pejabat dekan fakulti.

    Wallahu a'lam ...

    ReplyDelete
  51. Sya nk tnye klau permohonan rayuan dpt adakah pembelajarannye ketinggalan dgn first intake student

    ReplyDelete
  52. Assalamualaikum cikgu. Saya nak tanya, kalau gagal Ujian Medsi, boleh ke buat nak buat rayuan? Sebab setengah orang ckp kalau gagal ujian medsi tak boleh buat rayuan, yang boleh buat rayuan hanya yang gagal temuduga. betul ke cikgu? Mohon pencerahan cikgu. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  53. love key: tidak perlu risau. pihak ipt berkenaan sudah menyediakan caranya

    W.salam maryana: benar, rayuan hanya dibuka kepada pemohon yang pernah menghadiri temu duga

    Wallahu a'lam ...

    ReplyDelete
  54. Assalamualaikum cikgu,saya baru je dpt result utk twaran kmsukan smetara di ukm...n sy xdptt..soalan saya adakah sy masih mmpunyai peluang utk myambung di ukm ?

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum cikgu,saya baru je dpt result utk twaran kmsukan smetara di ukm...n sy xdptt..soalan saya adakah sy masih mmpunyai peluang utk myambung di ukm ?

    ReplyDelete
  56. W.salam Abbby,

    sudah isi e-rayuan? banyak juga pemohon yang mendapat sehingga 3 tawaran RU serentak, misalnya UM, UKM, USM. maka, dua tempat akan kosong. andai ditawarkan UA lain, terima sahaja. bolehsambung ijazah tinggi di ukm kemudian. Wallahu a'lam ...

    ReplyDelete
  57. Assalamualaikum. Cigu, bole tak dpt lbih dr satu tawaran srentak dr upu utk mgikuti pgjian ke prgkat ijazah sarjana muda? D univrsiti yg blainan. Cth, dpt trima tawran utk plihan 1 d ums pd upu, dan plihan 2 d uitm. Pernah brlaku? Atau smmgnya 1 pljar utk 1 tawaran shj..

    -lepasanStpm-

    ReplyDelete
  58. Maksud saya, kdua2 univrsiti trsebit menawarkn course yg balinan. Cth d ums, sejarah, d uitm mascomm. Sbb kdua2 course d univrsiti trsbut mjadi plihan dlm upu plajar..

    ReplyDelete
  59. Salam cg, sy dpt upu kos yg sy tak minat. Kalau sy buat rayuan utk masuk uitm boleh ke?

    ReplyDelete
  60. Assalam cikgu,

    Contoh, kalau saya tolak universiti yang saya dapat tahun ini, masih berpeluang lagi ke saya untuk membuat upu baru pada tahun hadapan walaupun saya bukan stpm tahun semasa(2017)?

    ReplyDelete
  61. W.salam,

    anon aug 7: boleh serentak untuk RU: ukm, um, upm, usm, utm. atau RU dengan UA lain. ua biasa hanya satu tawaran kerana diselaraskan oleh upu.

    nurul natihah: bidang apa? rayuan memang terbuka, tetapi tiada jaminan pasti ...

    maryana: boleh, tiada masalah. cuma muet yang laku 5 tahun

    Wallahu a'lam ...

    ReplyDelete
  62. Assalamualaikum cikgu. selalu second intake dibuka bulan berapa ya cikgu? Dan layakkah saya untuk memohon second intake sekali lagi walaupun saya dah tolak universiti pada first intake??

    ReplyDelete
  63. W.salam maryana,

    2nd intake untuk mengisi kekosongan tempat pengajian apabila ada calon menolak tawaran.mungkin maksud maryana ialah ambilan november. kena rujuk terus portal uni. berkenaa misalnya uitm, ukm ...

    ReplyDelete
  64. Assalamualaikum cikgu, Mohon pencerahan, saya ingin bertanya, berapa kali kah setiap seorang boleh menduduki ujian MEdsi? Terima kasih cikgu :)

    ReplyDelete
  65. W.salam,

    setiap kali peperiksaan berkenaan ditadbirkan. kena peka dengan iklan & pemberitahuannya dari masa ke masa. rujuk takwim kpm & kpm

    Wallahu a'lam ...

    ReplyDelete
  66. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  67. Cikgu saya nak tanya syarat am upu nak C ...tapi saya dapat C- adakah sy layak minta sebb saya memg nk sangat masuk ipta. sebb result stpm sy ok cuma p.am ja

    ReplyDelete
  68. Assalam ckg nak tanya. Cth mcm kos seni kulinari kan tak bnyk di ipta cthnya di uitm. Agak2 klau buat rayuan permohonan ade possibility tak utk dpt?

    ReplyDelete
  69. Salam cikgu, saya telah mendapat tawaran interview accountancy di UM, sekiranya saya gagal interview tersebut, adakah saya dikira gagal UPU? Atau gagal utk interview itu sahaja? dan kemungkinan utk dapat tawaran university lain itu masih ada?

    ReplyDelete
  70. Salam,

    Nurul Asyiqin:cuba sahajalah walaupun sukar. muet band berapa?

    unknnown: kekosongan tempat berlaku kerana terdapat pemohon yang ditawarkan pengajian oleh beberapa buah UA sekali gus. maka, rayu sahajalah

    Syafinaz AhmadShah: temu diga hanya bertujuan untuk melihat pemohon secara in person dan kesesuaian untuk bidang yang dipohon.buat sedikit carian tentang bidang perakaunan UM. andai x lepas, masih boleh ditawarkan pilihan lain di UA. tiada masalah

    Wallahu a'lam ...

    ReplyDelete
  71. AS SALAM, SAYA NAK TANYA...SAYA LEPASAN DIPLOMA TAPI BOLEHKAH SAYA BUAT RAYUAN UPU SEDANGKAN SAYA BARU HABIS BELAJAR. BOLEHKAN SAYA TIDAK BUAT PERMOHONAN TETAPI SAYA MAHU
    BUAT RAYUAN. (NOKTAH)

    ReplyDelete
  72. Salam..Kalau mohon kos bertemuduga semsa rayuan upu...Bila kita akan ditemuduga....atau sudah tidak perlu ditemuduga....harap anda dpt membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul tu hrp encij dpt menjawab dgn segera...Saya pon konfius

      Delete
  73. Salam,
    Sy lepasan asasi sains uitm. Masa upu haritu, sy mohon course yg sama dari university yg berbeza. Last² sy xdpt upu. Masa rayuan, selepas dipertimbangkan dan berbincang, sy memilih course yg berlainan tp ada kaitan antara satu sama lain ke dari university yg sama. Keempat empat pilihan rayuan tersebut sy memilih university yg sama cuma course berbeza. Adakah tindakan sy betul???

    ReplyDelete
  74. Salam saya nak tanya list untuk program pengajian yg keluar semasa kita buat rayuan upu tu telah disenarai pendek mengikut kelayakan dan kekosongan atau tidak....harap respon yg cepat kerana masa untuk isi upu rayuan sudah tidak byk

    ReplyDelete
  75. W.salam,

    Hafiz Aiman: rayuan untuk pemohon asal. nama sdra tiada dalam sistem upu, bagaimana nak akses?

    Anon aug 4: temu duga sudah selesai. upu mungkin meletakkan pilihan lain untuk rayuan

    Hiragi Uchiha: jika berjaya klik, cuba sahajalah

    Anon Aug 6: kekosongan tempat hanya diketahui apabila tamat tarikh menjawab tawaran bagi calon yang berjaya (14 ogos) dan selepas tamat pendaftaran (4 september).
    selepas dua tarikh itu akan ada oengambilan kedua dan mungkin ketiga ...

    Wallahu a'lan ...

    ReplyDelete
  76. Salam cikgu..sya nak tanya sya lulus dlm ujian medsi namun sekiranya sya tidak menghadirkan diri untuk interview akan dikira sebagai gagal ke? Boleh ke klau sya memohon semula kos tersebut utk permohonan upu yg akn dtg?

    ReplyDelete
  77. W.salam,

    ya. wajib hadir temu duga

    tiada masalah mohon semula

    ReplyDelete
  78. Salam cikgu, saya dpt panggilan temuduga di ukm, sekiranya temuduga itu gagal, adakah saya akan dicampak ke kursus yg saya x minat?

    ReplyDelete
  79. Assalammualaikum cikgu .

    Saya nak tanya boleh ke saya mohon upu pada tahun hadapan sebab saya gagal untuk mendapatkan tempat ke ipta pada tahun ni jadi boleh ke saya memohon lagi sekali pada tahun hadapan bagi lepasan spm ? Sedangkan saya dapat 9 credit untuk result spm saya

    ReplyDelete
  80. Assalam cg, saya sdh mndpt tawaran upu di ums. Dan saya tidak suka dngn kos saya. Saya dpt lpas ujian medsi dan dpt temuduga utk upsi..tpi saya tidak mndpt upsi....boleka klau saya tolak dan buat rayuan balik utk upsi....btulka tindakan saya kalau saya brbuat demikian...tq cg

    ReplyDelete
  81. Salam cikgu, saya lepasan stpm dan saya sedang buat rayuan semula pada fasa 1 2018, kebanyakan pilihan saya ada # bermakna adakah saya akan ditemuduga semula utk sesi rayuan? Dan bolehkah saya masukkan kos pendidikan dlm pilihan rayuan saya? Adakah ujian medsi akan diadakan lagi? Mohon pencerahan cikgu :)))

    ReplyDelete
  82. salam cikgu. saya suda mendapat tawaran upu. bolehkah saya mmbuat rayuan untuk menukar universiti?

    ReplyDelete
  83. Salam.. Saya mendapat upu perbankan islam di uum.. Bolehka saya menukar kos ke perakaunan di uum.. Saya lepasan stpm sastera

    ReplyDelete
  84. Assalamualikum cikgu, saya hendak bertanya.Saya mendapat 2 tawaran temuduga dari UKM course yang berlainan. Adakah saya perlu memilih salah satu atau manghadiri kedua-dua temuduga tersebut? Satu temuduga tu merupakan temuduga bersemuka.

    ReplyDelete
  85. Assalam cikgu,

    Contoh, kalau saya tolak universiti(UMS) yang saya dapat tahun ini, masih berpeluang lagi ke saya untuk membuat upu baru pada tahun hadapan walaupun saya bukan stpm tahun semasa(2017)? Sya mgharapkan pencerahan drpd cikgu. Tq

    ReplyDelete
  86. Assalamualaikum cikgu...
    Saya nak tanya kalau untuk rayuan upu, saya ambil program bertemuduga boleh tak atau perlu dielakkan? Saya juga nak bertanya kos apa yang masih banyak kekosongan? Harap dibalas dengan segera. Terima Kasih cikgu :)

    ReplyDelete
  87. Assalam tuan, bru² ni sye gagal dipanggil temudga pendidikan degree, so msih ade pluang x klau amek kos agama msa kmaskini upu nnti.. ke dh xde kos bkaitan agama sperti syariah, pai, pqs? sya stpm agama pointer 2.9 Pa=c arab= c syariah=A sej=A

    ReplyDelete
  88. Kabar baik!!!

    Nama saya teddy dan saya dari Jawa Tengah Indonesia dan alamat saya KP. KADU RT 10 RW 04 KEL SUKAMULYA KEC CIKUPA KAB TANGERANG BANTEN, Saya baru saja menerima pinjaman Rp 3 Miliar (Small Business Admintration (SBA) dari Perusahaan Pinjaman Dangote setelah membaca artikel dari Lady Jane Alice (ladyjanealice@gmail.com) dan Mahammad Ismali (mahammadismali234@gmail.com) tentang cara mendapatkan
    pinjaman dari Perusahaan Pinjaman Dangote dengan tingkat bunga 2% tanpa lisensi atau biaya gurantor, saya baru saja melamar melalui email dan ikhlas selama prosesnya, awalnya saya takut mengira itu seperti penipuan perusahaan peminjaman sebelumnya, tetapi yang mengejutkan saya ini nyata bahwa saya juga berjanji akan memberi tahu lebih banyak orang, percayalah itu nyata 100%, pelamar lain dari negara lain juga dapat bersaksi.

    Email Perusahaan Pinjaman Dangote Melalui email: Dangotegrouploandepartment@gmail.com

    Email saya: teddydouble334@yahoo.com

    ReplyDelete