Sunday, April 27, 2014

DOA KHATAM AL-QUR'AN VERSI BAHASA MELAYU (THE FINAL REFERENCE)

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillahirabbil alamin wassolatu wassalamu ala asyrafil anbiya'i wal mursalin wa ala alihi wasahbihi ajmain

Ya Allah, rahmatilah aku denngan al-Quran. Jadikan ia sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagiku. Ya Allah, ingatkanlah apa-apa yang aku lupa daripadanya. Berikanlah ilmu apa-apa yang belum aku ketahui mengenainya. Anugerahkanlah kepadaku untuk membacanya pada waktu tengah malam dan penghujung siang. Jadikanlah ia sebagai hujah bagi wahai Tuhan seru sekalian alam. 

Ya Allah Ya Tuhanku, perbaikilah bagiku agamaku kerana dialah penjaga urusanku. Perbaikilah bagiku duniaku kerana di dalamnya aku hidup. Perbaikilah bagiku akhiratku, kerana ia tempat kembaliku. jadikanlah kehidupan sebagai tambahan segala kebaikan bagiku dan jadikanlah kematian sebagai kerehatanku daripada segala kejahatan. 

Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghabisannya, dan sebaik-baik amalku adalah penutupnya dan sebaik-baik hari bagiku adalah hari berjumpa dengan-Mu. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kehidupan yang tenteram, kematian yang tenang dan tempat kembali yang tidak menyedihkan dan tidak membuka aib.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik pahala, sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian,. Teguhkanlah aku, beratkanlah timbangan kebaikanku, teguhkanlah keimananku, tinggikanlah darjatku. Terimalah sembahyangku, ampunilah segala kesalahanku. Aku memohon ketinggian syurga.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keharusan mendapatkan rahmat-Mu dan keteguhan pengampunan-Mu, keselamatan daripada segala dosa, kejayaan daripada semua kebajikan, keuntungan syurga dan keselamatan daripada neraka. 

Ya Allah, perbaikilah akhir hayat kami dalam segala perkara. Selamatkanlah kami daripada kenistaan hidup di dunia dan seksaan akhirat.

Ya Allah, anugerahkanlah bagi kami ketakutan kepada-Mu yang dapat menghindarkan kami daripada berbuat maksiat kepada-Mu, ketaatan yang dapat menyampaikan kami kepada syurga-Mu, keyakinan yang dapat memperkecil musibah dunia yang menimpa kami. Berikanlah kenikmatan kepada kami dengan pendengaran, penglihatan, dan kekuatan kami selama hidup kami. Jadikanlah ia sebagai peninggalan kami. Jadikanlah pembalasan kami kepada orang yang menzalimi kami. Tolonglah kami menghadapi orang yang memusuhi kami. Janganlah Engkau jadikan dunia sebagai kehendak kami yang paling besar, dan pengetahuan paling akhir kami. Janganlah Engkau berikan kepada kami kekuasaan atas kami kepada orang yang tidak mengasihi kami. 

Ya Allah, janganlah Engkau tinggalkan dosa-dosa pada kami melainkan Engkau telah mengampuninya. Janganlah Engkau tinggalkan kesusahan kepada kami melainkan Engkau telah menggembirakannya. Janganlah Engkau tinggalkan hutang-hutang kepada kami melainkan Engkau telah menunaikannya, dan janganlah Engkau tinggalkan sesuatu keperluan dunia dan akhirat pada kami melainkan Engkau telah menunaikannya wahai Zat Yang Maha Mengasihani. 

Ya Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan selamatkanlah kami daripada seksaan api neraka. Semoga Allah melimpahkan selawat salam kepada junjungan kita nabi Muhammad Salallahu alaihi wasallam dan kepada keluarga baginda serta kepada para sahabat baginda yang baik. Amin.

(Disalin daripada naskhah Mushaf Tajwid Beserta Terjemahan Ke Dalam Bahasa Malaysia (2006), Kuala Lumpur: Darul Fikir

47 comments:

  1. MOHON DOWNLOAD DOA NI CIKGU....TQ

    ReplyDelete
  2. Silakan tuan taufik

    kita beri kredit kepada Darul Fikir ...

    ReplyDelete
  3. Mohon download doa ini Cikgu....

    ReplyDelete
  4. mohon download doa ini. semoga Allah rahmati usaha tuan. Terima kasih.
    Mohd Nor Hassan.

    ReplyDelete
  5. mohon download doa ini. semoga Allah rahmati usaha tuan. Terima kasih.
    Mohd Nor Hassan.

    ReplyDelete
  6. mohon download doa ini...shukran jaziilan

    ReplyDelete
  7. mohon download doa ini...shukran jaziilan

    ReplyDelete
  8. Terima kasih ustaz.. Moga Allah merahmati hidup ustaz dan keluarga

    ReplyDelete
  9. mohon download doa ini...shukran jaziilan

    ReplyDelete
  10. TERIMA KASIH CIKGU

    ReplyDelete
  11. mohon copy dan print ye cikgu..terima kasih..moga Rahmat Allah buat cikgu dan keluarga..:)

    ReplyDelete
  12. TERIMAKASIH perkongsian ilmu milk Allah

    ReplyDelete
  13. terima kasih kembali tuan puan. silakan ...

    ReplyDelete
  14. Mohon download n amalkn cikgu..moga Allah sntiasa mrahmati cgu..

    ReplyDelete
  15. Mohon copy dan print untuk kegunaan majlis khatam quran. Semoga usaha cikgu diberkati dan dirahmat Allah swt...

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum.. Nk download mcm mna

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum Mohon izin download ustaz

    ReplyDelete
  18. mohon download doa ini. semoga Allah rahmati usaha tuan. Terima kasih.
    Mohd Nor Hassan.

    ReplyDelete
  19. Salam cikgu.. Minta izin sy copy ye

    ReplyDelete
  20. Salam cik gu ,
    Mohon download ye. Tiap kali lepas ngaji baca doa ni. Alhamdulillah. Ada yg allah dh kabulkan.terimakasih cik gu. Jzkk

    ReplyDelete
  21. Assalam.saya mohon untuk share doa ini. Jazakallahu khoyr

    ReplyDelete
  22. sy minta izin copy ye tuan

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum. Saya mohon copy dan shate doa ini ya cikgu. Terima kasih ya cikgu.

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum , Mohon download & amalkan cikgu

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah,
    Saya mohon download doa ini dan share utk d amalkan...trima kasih

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum cikgu,
    Mohon download doa ini untuk amalan...

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum cikgu. Alhamdulillah, saya khatam al quran pagi ni. Izinkan saya download doa ini. TK.

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum, terima kasih Cikgu

    ReplyDelete
  29. Salam..boleh ke saya guna doa ini sebagai doa harian?

    ReplyDelete
  30. Mohon share cikgu, terima kasih

    ReplyDelete
  31. Alhamdulillah..aaminn2 yra..terima kasih byk cikgu

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum Ustaz. Sy mohon menggunakan doa ini. Terima kasih

    ReplyDelete
  33. Wa alaikumussalam. Terima kasih semua kerana sudi singgah di sini. Silakan kongsi, salin atau screen shot. Insya-Allah, doa khatam al-Quran ini kalimah2 yang baik. Untuk bacaan harian pun tiada masalah. Semoga rahmat Allah sentiasa atas diri kita semua. amin ... (kredit untuk Darul Fikir)

    ReplyDelete
  34. Alhamdulillah. Syukran jazilan diatas perkongsian doa khatam al-Quran.

    ReplyDelete
  35. Tk ustaz izinkan sy download dah share. Tk.

    ReplyDelete
  36. Salam...mohon copy doa ini ya tuanπŸ™πŸ™πŸ™

    ReplyDelete
  37. Asslm...mohon copy doa ni tuan..jazakallhu khairon prkongsianny

    ReplyDelete
  38. MOHON DOWNLOAD DOA INI C AZHAR

    ReplyDelete
  39. That's really amazing recitation about (doa khatam quran rumi). Thanks for sharing. I really love it.

    ReplyDelete
  40. Salam.
    Minta izin copy doa ini kerana nak edit kesalahan-kesalahan ejaan yang dijumpai.
    Mohon izin untuk diguna dalam majlis khatam tahun ini. selalu ustaz-ustaz baca dalam bahasa Arab...berapa ramai yang faham maksudnya? Doa yang cikgu buat ini sangat bagus.

    ReplyDelete