Friday, May 9, 2014

HUTANG ISI RUMAH DAN NYAWA BANK (THE PARADOX OF SAVINGS)

Walaupun berhadapan dengan pilihan yang sukar, pada akhirnya keputusan terbaik harus diambil juga. Apabila nisbah hutang isi rumah kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) sudah mencecah tahap kritikal (melebihi 50 peratus, klik di sini), Bank Negara Malaysia (BNM) terpaksa melaksanakan dasar kewangan kualitatif yang lebih ketat. Syarat kredit ansuran dikenakan kawalan, iaitu bayaran pendahuluan yang lebih tinggi dan tempoh bayaran balik yang lebih singkat.

Fenomena yang disebut sebagai gelembung harta benda (gelembung aset) yang bukan berasaskan kuasa beli sebenar isi rumah berpunca daripada gaya hidup glamor dan promosi agresif pinjaman peribadi oleh bank-bank perdagangan. Seorang pegawai kanan pinjaman bank pernah mengatakan bahawa bank lebih cenderung memberi hutang kepada orang yang ada wang sebagai jaminan bayaran balik. Mungkin atas sebab yang sama, kakitangan awam menjadi sasaran pinjaman peribadi dan pelbagai skim perlindungan justeru pembayaran boleh dilakukan menerusi potongan gaji yang diuruskan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan (Angkasa).

Kegiatan memberi pinjaman merupakan sumber pendapatan bank perdagangan sama ada sistem konvensional yang berdasarkan kadar faedah (bunga), atau sistem muamalat yang mengenakan caj keuntungan. Pertumbuhan sektor hartanah yang tidak menentu mengakibatkan bank perdagangan lebih berhati-hati dalam menyusun porfolio perniagaan mereka. 

...

...

...

...

...

...

3 comments:

  1. Assalamualaikum cikgu.

    Jika saya ambil pakej pelajaran "Pengajian Am, Sejarah, BM, Pengajian Perniagaan, Muet", saya boleh sambung course apa dalam Ijazah Sarjana Muda? Dan apa peluang pekerjaan jika saya ambil pakej pelajaran ini?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Ramai yang telah terjebak dengan hutang dan berhadapan dengan masalah bayaran balik. Saya harap cikgu boleh kongsikan blog saya berkenaan hutang yang mungkin boleh membantu sedikit sebanyak.

    Blog dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris. Boleh singgah ke
    https://ceritahutangbankdananda.wordpress.com/ atau http://debttalesthebankandyou.wordpress.com/

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tuan

    Saya nak kongsikan post terbaru saya tentang prosedur tindakan undang undang oleh Bank. Semuga memberi manfaat dan mengurangkan serabut dan boleh berfikir dengan waras kepada yang sedang menghadapi masalah… Ada tiga bahagian semuanya

    https://ceritahutangbankdananda.wordpress.com/2014/08/12/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-1/

    https://ceritahutangbankdananda.wordpress.com/2014/08/13/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-2/

    https://ceritahutangbankdananda.wordpress.com/2014/08/14/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/


    Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2011/08/7-strategi-saya-bebas-dari-hutang.html#ixzz3ATJkC8qm

    ReplyDelete