Tuesday, February 24, 2015

CONTOH KATA-KATA ALUAN MAJALAH (FORMAL WRITING OF SENIOR OFFICER)



KATA ALU-ALUAN UNTUK MAJALAH SEKOLAH


Assalamu alaikum warahamatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada sidang redaksi majalah ___________________ atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah yang istimewa ini. Terima kasih kerana memberi kesempatan untuk saya mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah ini.

Daerah ______________ sudah lama dianggap sebagai penanda aras pencapaian akademik, kokurikulum, sukan dan pengurusan organisasi sekolah yang tinggi bukan sahaja di negeri ___________, bahkan di seluruh negara. Banyak sekali sekolah bertaraf premier, kluster kecemerlangan dan berprestasi tinggi terletak di sini. Namun, kita juga sedar bahawa masih terdapat golongan murid kurang beruntung dan bermasalah pembelajaran yang perlu kepada perhatian secara khusus. Maka, konsep pendidikan inklusif tidak menyebabkan kita lupa terhadap pendidikan khas.

Perubahan dan penambahbaikan dalam dasar pendidikan negara seperti pentaksiran berasaskan sekolah (PBS), kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan sarana sekolah yang menjadi inti pati pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 menuntut warga pendidikan berfikir di luar kotak, serta mengaplikasikan strategi lautan biru supaya terus berdaya saing dan dihormati. Saya mengucapkan tahniah kerana warga sekolah dan ibu bapa berjaya memanfaatkan pelbagai aplikasi atas talian bagi melicinkan pengurusan sekolah dan maklumat pencapaian murid dengan lebih berkesan dan cekap. Mudah-mudahan sumbangan ikhlas tuan puan bakal memacu pendidikan di __________________ ke persada kecemerlangan yang dihajati.

Majalah sekolah ialah naskhah yang memaparkan kegiatan pendidikan dan pencapaian pembelajaran yang terkini. Bagi warga sekolah, butiran dan gambar yang dimuatkan bakal menjadi kenangan indah zaman persekolahan. Memang benar bahawa media sosial maya mengakibatkan naskhah bercetak semakin terpinggir, tetapi sebagai dokumentasi yang bersifat rasmi, majalah sekolah akan terus relevan sampai bila-bila.

Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa majalah dan sidang redaksi ________________________. Kepada pembaca majalah ini, semoga beroleh manfaat yang tidak terhingga.

Sekian, terima kasih.





KATA ALU-ALUAN PENGETUA
Majalah ________________ edisi tahun 2014 ini suatu dokumen bercetak yang sangat penting sebagai gambaran kecemerlangan pendidikan SMK ________________________ sejak ___ tahun yang lalu. Walaupun teknologi canggih atas talian dan teknologi komunikasi pada masa sebenar telah mengambil alih sebahagian besar naskhah penulisan tradisional, SMK ________________ masih mampu mengekalkan penerbitan majalah _____________ dalam bentuk yang sedia ada bagi kesekian kalinya. SMK _________________ sentiasa mengalu-alukan aplikasi teknologi terkini, tetapi pada masa yang sama berusaha menjaga kesinambungan sejarah yang sangat berharga ini.
Sukacita saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada sidang redaksi __________________ dan panel guru penasihat, serta terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan sokongan sehingga memungkinkan majalah ini berada di tangan pembaca _________________ bukan sekadar catatan kenangan indah zaman persekolahan, bahkan suatu rujukan tentang kemajuan SMK _________________ yang autentik dan rasmi.
SMK_________________ menjelmakan segala dasar dan pendekatan bagi menambah baik dan melestarikan sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2014 menerusi semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan seluruh warga sekolah diperkukuh. Sekolah juga  dipastikan pada landasan yang betul sebagai kesinambungan citra penubuhan SMK _______________________ lebih ____ tahun yang lalu. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, petunjuk keberhasilan utama negara (NKRA) dan strategi lautan biru kebangsaan (NBOS) merupakan kerangka asas pelaksanaan transformasi pendidikan di peringkat sekolah.
Bagi mengakhiri coretan ringkas ini, saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri _______________, Pejabat Pendidikan Daerah ______________, Lembaga Pengelola Sekolah (BOG), dan PIBG atas kepercayaan dan sokongan kepada pihak sekolah. Harapan saya kepada warga sekolah dan pembaca, selamat maju jaya.


Saya Yang Ikhlas,                                                                                
Pengetua,
SMK ____________________

19 comments:

  1. ASLKM TUAN RUMAH. MOHON COPY PASTE UNTUK PERKONGSIAN ILMU DAN MAJALAH

    ReplyDelete
  2. sebarang kemusykilan sila hubungi saya.

    ReplyDelete
  3. Mohon share tuan..terima kasih

    ReplyDelete
  4. terima kasih ataz perkongsian. mohon copy

    ReplyDelete
  5. mohon izin utk copy bahan ini tuan.tq

    ReplyDelete
  6. Salam.cikgu ada senarai isi kandungan majalah tak?mohon share cikgu.tk

    ReplyDelete
  7. Salam...mohon izin copy bhn ini tuan. Tq.

    ReplyDelete
  8. salam.. izin copy bahan ini.. t/kasih

    ReplyDelete
  9. IZINKAN SAYA COPY,TUAN.

    ReplyDelete
  10. Assalam
    Mohon izin copy.
    Sgt berguna.
    Tq cikgu ☺

    ReplyDelete
  11. Mohon izin copy utk majalah sekolah ye.

    Terima kasih banyak2 Tuan.

    ReplyDelete
  12. mohon izin utk copy..didoakan tuan moga sentiasa sihat walafiat..terima kasih

    ReplyDelete
  13. Salam cg
    Mohon share ya bahan ucapan ni
    Terima kasih cg

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum..mohon copy...smoga cikgu dipermudahkan urusan harian dan diberi kesihatan yang baik..insyaallah...aamiin..

    ReplyDelete
  15. Salam cikgu...
    Mohon izin copy deh. Moga bermanfaat kpd kami dan tuan. Dengan izin.... mekasih.

    ReplyDelete
  16. Salam cikgu...Terbaik..sya mohon izin c&p sbgai contoh terima kasih..

    ReplyDelete
  17. salam, izinkan saya untuk mengambil inspirasi kandungan tuan/puan ya

    ReplyDelete
  18. Mohon izin copy dan ucapan berbanyak terima kasih.

    ReplyDelete