Wednesday, March 18, 2015
BAB DUA PULUH SATU, BAB DUA PULUH DUA NOVEL 'JENDELA MENGHADAP JALAN' (SUCCESS WAITING BEHIND THE PROBLEM)
Sinopsis Bab 21
(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat
156 - 162)
Sepanjang malam, ‘aku’ tidak terlelap langsung.
‘Aku’ bersimpati dengan Rafik dan Haziq walaupun ‘aku’ dijadikan tebusan. Usai
‘aku’ sarapan, Danel muncul. Dia pelik kerana ‘aku’ bertanya khabar dua beradik
itu, bukannya berkenaan tangkapan. Danel memberitahu tempat persembunyian
mereka telah dirobohkan. Mereka sudah biasa keluar masuk penjara dan pusat
pemulihan. Danel geram, tetapi ‘aku’ menyebut tentang kemungkinan perubahan sikap
mereka. Sambil tersipu-sipu Danel meminta diri.
“Aku’ mengekori nenek menyidai pakaian sambil
bertanya tentang Che Jah dengan alasan suaranya lantang. Nenek melarang
‘aku’mengambil tahu, malah bertegas Rafik dan Haziq sukar berubah untuk menjadi
baik walaupun itulah ikhtiar Che Jah. Maka, ‘aku’ sedar bahawa nenek sama
dengan Danel, iaitu di pihak yang menghukum. “Aku’ ingin menemui Geetha, tetapi
keizinan nenek menjadi masalahnya.
Sudahnya ‘aku’ resah di jendela sejak pagi hingga
tengah hari. Menjelang waktu asar, sekali lagi ‘aku’ cuba meminta izin nenek ke
pecan,tetapi dia tetap tegas enggan membenarkan dengan menjegilkan matanya.
Alasan ditemani Abang Rashid, berdikari dan sekejap semuanya ditolak
mentah-mentah. ‘Aku’ akur akan perintah nenek yang bimbangkan keselamatan
cucunya, tetapi masih berharap keajaiban akan muncul juga.
Sinopsis Bab 22
(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat
163 - 170)
Sedang nenek sibuk berleter kerana datuk masih
mencari tasbihnya yang hilang, Abang Rashid muncul. Dia memberitahu Rafik dan
Haziq ditangkap oleh penduduk kampung setelah dibelasah oleh ayah mereka.
Hasrat ‘aku’ keluar rumah tertunai apabila Abang Rashid bersetuju ‘aku’
mengikutnya. Nenek sempat memberi amaran supaya ‘aku’ tidak merayap, sebaliknya
cepat pulang.
Di dalam kenderaan, Abang Rashid hanya
memberitahu Rafik dan Haziq nakal sejak zaman kanak-kanak. Dia mengelak soalan
lain, sebaliknya diam setelah bertanya hal pelajaran ‘aku’. Laman rumah Che Jah
kemas dan teratur, tidak seperti kehidupan keluarganya. ‘Aku’ mendapati ruang
tamu rumah Che Jah kosong tanpa perabot, macam muflis. Abang Rashid berbual
dengan ayah saudara Che Jah di luar.
Che Jah memohon maaf dalam nada suara lemah
lembut, berlainan dengan sangkaan ‘aku’ suaranya lantang dan suka memekik. Che
Jah memberitahu Haziq dibalun separuh mati dengan tali pinggang oleh ayahnya.
Che Jah memuji sikap ‘aku’ yang tidak berdendam.’Aku’berjaya membuatkan Che Jah
tersenyum dan mengheret perbualan sehingga aktiviti memasak. Abang Rashid
pulang sendirian kerana ‘aku’ memenuhi pelawaan Che Jah untuk makan tengah hari
di rumahnya.’Aku’ menganggapnya suatu pencapaian sosial.
Watak dan perwatakan
‘Aku’ / Lili:
berpandangan jauh
Danel:
mengambil berat / prihatin
Nenek ‘aku’:
tegas
Abang Rashid:
Cepat memahami orang lain.
Che Jah:
mudah mesra
Latar masyarakat
Masyarakat yang berpandangan jauh
Masyarakat yang tegas
Masyarakat yang mudah memahami orang lain
Nilai
Berwawasan
Ketegasan
Kesefahaman
Persoalan
Berwawasan dalam menilai sesuatu kejadian
Ketegasan dalam melindungi keselamatan keluarga
Kesefahaman dalam memenuhi hasrat orang lain
Pengajaran
Kita hendaklah berwawasan dalam menilai sesuatu
kejadian
Kita hendaklah tegas dalam melindungi keselamatan
keluarga
Kita hendaklah bersefahaman dalam memenuhi hasrat
orang lain
Latar tempat
Rumah datuk / nenek ‘aku’
Rumah Che Jah
Latar masa
Usai sarapan pagi
Waktu solat asar
Perbincangan kbkk / kbat
Peluang kedua kepada mangsa / pesalah dadah
Risiko anak gadis / wanita bersendirian
Contoh soalan aras komsas
Huraikan
tiga peristiwa yang menunjukkan bahawa berlakunya konflik berdasarkan novel
yang anda pelajari.
Contoh soalan aras kbkk / kbat
Watak utama
dalam sesebuah novel sering digambarkan sebagai memiliki kebijaksanaan
tertentu.
Berdasarkan
novel yang anda pelajari, berikan dua peristiwa yang menunjukkan kebijaksanaan
watak utama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment